responsif teks foto

Khamis, 27 Mei 2010

Rakyat Meminta Negara .......???



Kerajaan diminta segera naikkan elaun Rela

KUALA LIPIS 26 Mei - Kerajaan diminta menyegerakan kenaikan elaun anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi menarik lebih ramai golongan belia menyertai pasukan sukarela itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, kenaikan elaun itu dapat menyuntik semangat anggota terbabit untuk terus berkhidmat.
Beliau yang juga Kolonel Kehormat Rela daerah Lipis berkata, kenaikan itu sebagai menghargai pengorbanan anggota pasukan tersebut dari segi masa dan tenaga menjaga keselamatan masyarakat.
''Kenaikan elaun itu penting bagi memastikan tahap keselamatan rakyat terus terjamin menerusi kawalan pasukan Rela ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penubuhan pasukan Rela Kampung Telang dan Tanjung Jambu dekat sini semalam.
Baca selanjutnya…..

KOMEN

Anggota RELA yang rata-rata merupakan sukarelawan, saya berpendapat mengerah tenaga anggota sukarelawan untuk membenteras jenayah yang semakin menjadi-jadi ini mungkin tidak mampu menbuahkan hasil yang baik. Kalau anggota polis yang terlatih itu pun kecundang, bagaimana pula dengan anggota RELA tiada kelulusan akedemik dan khabarnya berlatih hanya dua minggu. Seingat saya dalam tentera belajar kilat kasut dan cara berpakaian pun lebih dua minggu. Inikah pula kerja RELA akan berkaitan dengan prosedur jenayah, menangkap dan menahan serta hal-hal berhubung hak asasi manusia.










Jambatan gantung usang ancam nyawa

KUALA LIPIS 26 Mei – Lebih 450 penduduk Kampung Beriang dan Kampung Pamah Aur dekat sini menggadai nyawa setiap hari kerana terpaksa melalui jambatan gantung yang menghubungkan kedua-dua kampung itu yang kian usang dan rosak teruk sejak lima bulan lalu.
Jambatan gantung yang dibina lebih 30 tahun lalu itu menjadi nadi kepada penduduk kedua-dua kampung untuk berulang alik sama ada bagi mencari rezeki, menghantar anak ke sekolah dan aktiviti harian lain.
Beberapa penduduk yang ditemui melahirkan perasaan bimbang kerana pada bila-bila masa sahaja nyawa dan keselamatan mereka boleh terancam dan menemui ajal.
Menurut mereka, penduduk terdedah pada bahaya dan mungkin terjatuh ke dalam sungai memandangkan keadaan jambatan itu yang sepatutnya tidak boleh digunakan lagi.
Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menyeberangi Sungai Tanum yang menghubungi kedua-dua kampung itu kerana jambatan gantung tersebut merupakan jalan pintas dan menjimatkan masa.

Baca selanjutnya…………


KOMEN

Wakil rakyat sudah men jalankan tugas, kelulusan dan pertimbangan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Pada hari ini Negara kita menghadapi masalah kerana memberi terlalu banyak subsidi kepada rakyat. Baca Selanjutnya….

1 ulasan:

Nan Zul berkata...

Jambatan baru

Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerja-kerja membina jambatan konkrit yang berharga RM200,000 akan bermula pada 13 Jun ini.

pembinaan jambatan yang akan mengambil masa dua bulan setengah dijangka siap pada awal September nanti dibiayai oleh Risda iaitu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).-UM

AddToAny