Jeti Kuala Lipis |
Seperti juga masyarakat melayu semenanjung Tanah Melayu penduduk tradisi negeri Pahang hidup disepanjnag aliran sungai Pahang yang merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung. Pemerintah iaitu Sultan tinggal di Kuala dimana ia mendirikan kota raja yang dikenal dengan nama Pekan. Dari situ pemerintah dapat mengawaisi perdaganggan keluar masuk hasil negeri. Pada masa itu Pekan sebagai tempat pertemuan berbagai golongan penduduk ianya membentuk satu kampong yang besar yang terdiri dari kampong Melayu, Cina dan Arab.
Daerah utama yang ramai penduduk dialiran sungai Pahang adalah Pulau Tawar, Semantan, Lipis, Jelai, Triang, Chenor dan Bahagian Sungai Tembeling. Hubungan antara negeri Sembilan, Selangor dan Johor lebih akrab berbanding dengna negeri Perak, Kelantan dan Terengganu yang susah untuk ditembusi disebabkan perbatasan yang bergunung. Walaupun begitu jalan perhubungan ini tidak asing bagi penduduk tempatan kerana perhubungan laut tidak selalu dapat diadakan. Seorang penjelajah Eropah Von Mikluho-Maclay pernah melalui jalan darat ke kelantan pada tahun 1875, selepas itu barulah Cilfford mempergunakan jalan darat ini dalam pengejarannya menangkap pemberontak Pahang yang melarikan diri ke arah utara.
Orang Melayu Pahang berumah dipinggir sungai, rumah mempunyai tiang bentuk kediaman di kawasan perarian dan juga berfungsi sebagai pelindung dari binatang buas dimalam hari. Mereka berkerja sebagai penanam padi dan pencari ikan air tawar untuk makanan saradiri. Masa itu belum terdapat orang melayu pendalaman terlibat dengan perniagaan, mereka merupakan golongan yang sangat hormat dan taat kepada pembesar seperti Penghulu, Ketua Kampung. Mengikut tulisan W.B Robert pada tahun 1896 orang melayu hanya tinggal sementara waktu sahaja di suatu tempat untuk berkerja apabila sudah dapat wang mereka akan segera pulang kekampung masing-masing.
Penduduk Melayu Pahang terdiri dari penduduk Melayu asli dan keturunan immigran-immigran Indonesia atau hasil percampuran dengan ras lain yang kemudian mengidentifikasikan sebagai orang melayu. Penduduk dipendalaman di kawasan ramai penduduk seperti Pulau Tawar, Semantan, Chenor, Jelai dan Lipis mempunyai kebanggaan dengan menyusur asal usul keturunan mereka sampai ke Indonesia. Kebanyakan adalah keturunan immirgran Minangkabau dan Rawa. Penambahan orang cina ke Pahang apabila system residen diperkenalkan. Statistic menunjungkan pada tahun 1891 hanya 3241 orang cina berada di negeri Pahang.
Pada masa itu sungai pahang merupakan nadi perdagangan. Melalui sungai ini pemerintah seperti Sultan, pengguasa tempatan mendapat hasil melalui cukai. Barang dagangan seperti Minyak kerosin, Tembakau garam, candu, kain, lampu dan barang eksport seperti emas, timah, hasi hutan dan ternakan. Barang dagangan mesti melalui kuala jika terdapat barang melalui Ulu maka penguasa tempatan akan melakukan penyitaran dan penangkapan. Melalui paper Maharaja Perba Jelai pada 23 April 1888 jelas menunjukan Orang Kaya Maharaja Perba Jelai, orang Kaya Setia Wangsa Lipis dan Imam perang Indera Gajah Pahang mempunyai kuasa untuk menjaga, memeriksa, menangkap dan menawan mereka yang membawa barang dari Ulu.
Dalam catatan Clifford 3 Ogos 1887 orang Pahang mengagongkan nilai kepahlawanan keberanian untuk berperang dan jika lelaki Pahang keluar rumah mesti membawa senjata menghunus dipingang berlain dengan masyarakat Terengganu yang dikatakan suka damai, cerdas, dan suka belajar. Menurutnya lagi, kegemaran masyarakat masa itu suka berjudi, menyabung ayam, menghisap candu, dan sebagainya.
Pertanian merupakan kegiatan yang penting tetapi bukan untuk mencari keuntungan kerana ia tidak mampu untuk dieksport kecuali hasil hutan yang dikumpul dari alam semulajadi. Hasil seperti beras hanya mampu memenuhi keperluaan dalam negeri sesetengah di datang khas dari Kelantan. Sistem tali air sudah ada tetapi masih tidak produktif untuk digunakan. Samb….
Rujuk
Jang Aisjah Muttalib : Pemberontak Pahang 1891 -1895
1 ulasan:
Kala yang tinggal di sepanjang sungei Pahang ter tak ande orang lain.Sedare belake.
Catat Ulasan