Dalam sejarah negara, ramai terlupa tentang antara sebab
Singapura berjaya dikeluarkan dari Malaysia. Salah seorang individu yang
bertanggungjawab dalam pemisahan tersebut adalah Othman Wok, bekas pengarang
akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu.
Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa
dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu
mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam
kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.
Diantara peranan yang dimainkan oleh Othman Wok pada masa
itu ialah melakukan hasutan dan fitnah terhadap isu semasa dan menaikkan
kemarahan anak muda terhadap UMNO Singapura. Fitnah dan hasutan ini telah
menjadikan anak muda terus menolak UMNO dibawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman.
Akhirnya, UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura.
Sekarang peranan Othman Wok mirip dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim
mahupun Mat Sabu terus memperdayakan anak muda Melayu agar memberi undi kepada
sekutu kuasa politik orang Cina PAP.
Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia
mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu ini
hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk
merampas tanah orang Melayu di Singapura.
Pengkhianatan sedang dilakukan oleh beberapa pemimpin
Melayu yang kini berada berasama DAP untuk tujuan yang sama dilakukan oleh
Othman Wok terhadap bangsa Melayu dan UMNO di Singapura. Akhirnya bangsa Melayu
Islam dan UMNO hilang di persada politik dan menjadikan bangsa Melayu seperti
pengemis.
DAP dengan agenda liciknya sedang memporak perandakan
dunia Islam di Malaysia. Melalui jaringan yang mantap penuh rahsia. Jalan yang
paling mudah ialah menghidangkan hiburan dan mengajak manusia yang bernama
Melayu melakukan kerja bodoh dengan berdemo menentang kerajaan yang dipimpin
oleh orang Melayu.
Pada awal 70an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar
semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat
terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan
ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan
bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.
Tindakan tersebut mempunyai persamaan di mana isu wang
zakat, Azan, Kalimah Allah serta banyak lagi isu berkaitan dengan aqidah serta
hukum halal dan haram didalam agama Islam yang mahu dianggap sebagai perkara
yang remeh dan dicadangkan agar di halalkan segalanya.
Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah
dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan Rakyat yang sentiasa akur dengan
DAP sebagai kata pemutus muktamad. Apakah kita sehingga kini masih lagi dalam
keadaan begitu bodoh yang mahu menerima pengkhianat seperti ini dalam politik
kita.
Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat
Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan
Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO
Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura.
Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan
cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di
sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura, ibarat melukut di tepi
gantang, merempat di bumi sendiri.
Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ini ada
dan hidup membiak di dalam negara kita. Terima Kasih Othman Wok kerana telah
‘mengadaikan’ nasib bangsa sendiri. Mirip siapakah watak Othman Wok di
Malaysia? Tepuk dada tanya minda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan