responsif teks foto

Khamis, 14 Oktober 2021

Kenyataan Media MB Pahang







Khidmat Pengerusi dan AJK JPKK disambung bagi sesi 2022/2023
 
Khidmat Pengerusi-pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang tamat 31 Disember ini (2021), akan disambung bagi penggal baharu 2022/2023 bermula 1 Januari depan.

Ini sepertimana diputuskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pagi semalam (13 Oktober 2021), yang turut menetapkan bahawa penerusan khidmat ini bagaimanapun, terkecuali atas kes-kes tertentu yang memerlukan penggantian.
 
Terdapat 543 JPKK di seluruh Pahang dan setiap JPKK dianggotai masing-masing seorang Pengerusi dan Setiausaha yang dilantik dalam kalangan kepemimpinan UMNO setempat.
 
Selain itu, ialah 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) terdiri daripada ahli UMNO serta dalam kalangan ahli PAS – parti bersama UMNO dalam gagasan politik Muafakat Nasional (MN) di negeri ini.

Dengan pengumuman awal ini, dapat memberi kelegaan dan kepastian tentang kedudukan Pengerusi, Setiausaha dan AJK JPKK sekalian. Apatah pula, mereka telah menunjukkan komitmen tinggi serta keberkesanan dalam melaksanakan peranan masing-masing semasa penggal 2020/2021.

Saya berharap, mereka dapat meningkatkan lagi komitmen dan peranan mereka pada penggal baharu 2022/2023 yang dijangka tempoh lebih mencabar, agar rakyat yang diwakili di kampung masing-masing mendapat perkhidmatan sebaik-baiknya, In Sya Allah.
 
DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
14 Oktober 2021

Tiada ulasan:

AddToAny