21–23 November 2025 (Jumaat, Sabtu, Ahad) di Padang Awam Kampung Gua, Lipis
Tiga hari penuh dengan pelbagai aktiviti untuk keluarga, anak muda, warga emas — pendek kata, memang ada sesuatu untuk semua orang.
Sepanjang karnival, pengunjung boleh menikmati permainan rakyat, aktiviti sukan, pameran agensi kerajaan, jualan Rahmah & Agro MADANI, serta pelbagai aktiviti menarik dari pagi sampai malam. Karnival ini juga membawakan artis undangan khas pada malam Pentas seni iaitu Dato Jamal Abdillah dan Apex Tajudin.
Anak-anak pun tak bosan — ada Petting Zoo, sauk ikan, gol & panah, dan Kahoot Game
Pendek kata — datanglah bersama keluarga dan kawan-kawan.
Makan ada, hiburan ada, permainan ada, hadiah pun ada.
Masuk pun percuma!
Jadi, kosongkan jadual hujung minggu tu dan jom sama-sama memeriahkan Karnival Aspirasi Pahang1st Lipis
Kita jumpa di Padang Awam Kampung Gua, Lipis

Tiada ulasan:
Catat Ulasan