responsif teks foto

Selasa, 4 Julai 2023

Cara Mudah Kesan Tanah Lot Guna Aplikasi MyLot

Apakah ia Aplikasi MyLot ?


Tanah lot merupakan tanah yang dibahagikan kepada plot-plot kecil yang terdiri daripada Tanah Rizab Melayu sama ada pegangan bebas atau pegangan sementara yang dimiliki oleh penduduk di negara ini.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui pemilik tanah sebelum memulakan sesuatu pembinaan di kawasan itu terutamanya yang berkongsi tanah lot bersama orang asing.

Kadang-kadang ramai yang keliru dengan keluasan tanah yang dimiliki kerana tidak tahu ukuran yang tepat disebabkan tidak dapat melihat secara menyeluruh.

Dalam perkongsian video, dia menunjukkan cara tersebut menggunakan aplikasi MyLot yang dibangunkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM).

Perkara ini memudahkan orang ramai untuk melihat keluasan tanah sebelum mendirikan sesebuah bangunan atau rumah di kawasan itu.

Ikuti cara mudah di bawah ini.

Cara kesan tanah lot guna MyLot

Yang pertama sekali adalah untuk mengetahui nombor lot tanah. Pemilik boleh melihat kepada geran mukim untuk dapatkan maklumat berkaitan nombor tersebut.

Cari No Lot pada Geran Tanah


Selepas itu, buka aplikasi MyLot untuk mengisi semua maklumat supaya mengetahui kelebaran tanah.


Kemudian, pilih penetapan negeri tanah tersebut sebelum memasukkan maklumat yang lebih terperinci.


Aplikasi itu akan mengecilkan gambaran dan hanya menunjukkan negeri tanah lot itu sahaja.

Tekan carian dan masukkan maklumat di bahagian Lot iaitu nombor lot, negeri, daerah dan mukim.

Langkah seterusnya adalah menekan butang carian dan peta akan menunjukkan kedudukan tanah lot tersebut.

Tekan di bahagian tanah itu untuk mendapatkan maklumat.



Sekiranya ingin melihat dengan lebih realistik, aplikasi itu juga memaparkan gambaran nyata yang boleh dilihat dengan persekitaran rumah, pokok dan sebagainya.

Pilih tetapan peta asas dan kemudian tekan Google Satellite.

Kredit :  Arif Syazwan


Tiada ulasan:

AddToAny