Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri pada 1 April 2024, JHEV ATM akan membuat bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfiri (BKKA) Tahun 2024 sebanyak RM250 bermula pada 5 April 2024 (Jumaat). Veteran boleh membuat semakan maklumat bayaran di Portal VIBES 2.0 ;
“Buaya di Sungai Pahang tidak baham orang. Ada kisah lama di sebalik mengapa buaya-buaya ini tidak ganggu manusia cari rezeki di sungai,” kata Pok Mat memulakan cerita tradisi lisan penduduk Pahang. Menurut Pok Mat, buaya-buaya di Sungai Pahang sudah tidak lagi membaham manusia disebabkan terikat ‘perjanjian’ dengan seorang pawang terkenal di negeri itu, Pawang Kader atau nama sebenarnya Abdul Kader Awang sekitar tahun 1930-an.
“Diceritakan, seekor buaya besar pernah membaham lelaki Orang Asli di daerah Pekan pada satu masa dahulu (1930-an). Lelaki itu cedera parah tetapi berjaya menyelamatkan diri. Berita itu sampai ke telinga Pawang Kader,” katanya.Ujar Pok Mat lagi, Pawang Kader yang meninggal dunia pada lewat 1980-an itu memiliki ilmu mistik termasuk pandai mengubati gangguan makhluk halus serta berkebolehan menjinakkan haiwan berbisa dan juga pemangsa seperti buaya.
“Setelah menerima khabar daripada penduduk, Pawang Kader segera bertemu lelaki Orang Asli itu. Pawang Kader bukan sahaja membantu mengubatinya, tetapi turut bertanya mengenai ciri-ciri buaya yang menyerangnya,” kata Pok Mat.
Pawang Kader dikatakan pergi ke tepi sungai yang menjadi lokasi lelaki itu diserang. Sambil disaksikan orang kampung, Pawang Kader menyeru buaya berkenaan supaya tampil bersemuka dengannya. “Beberapa minit selepas membacakan ayat (al-Quran), buaya itu pun timbul. Dikatakan, Pawang Kader hukum buaya itu. Tidak pasti jenis hukumannya. Buaya itu mengalah dan diminta mengikat satu perjanjian.
“Dalam perjanjian (lisan), buaya itu serta seluruh keturunannya tidak dibenarkan membaham manusia. Untuk keadilan dalam perjanjian itu juga, manusia tidak akan membunuh buaya di negeri ini,” tambahnya. Bagaimanapun, Pok Mat menambah, langkah berhati-hati perlu diutamakan ketika berada di habitat haiwan pemangsa itu.
Ia kerana sifat semula jadi reptilia tersebut yang lazimnya akan bertindak ganas di luar jangkaan apabila berasa terancam disebabkan oleh kehadiran manusia.
Pawang Kadir & Kisah Perjanjiannya Di Sungai Pahang
Terminal Bersepadu Gombak (TBG) atau nama lamanya Terminal Bersepadu Timur (TBT) dijangka akan dibuka dan beroperasi pada Mei 2024 ini. Semua bas ke Pantai Timur akan berlepas dan tiba di Terminal baharu ini. Ia terletak di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tidak jauh dari Plaza Tol Gombak.
Terminal Bersepadu Gombak ini telah tertangguh beberapa tahun menyebabkan bas ke Pantai Timur terpaksa menumpang sementara di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Begitu juga dengan Terminal Bersepadu Utara (TBU) di Sungai Buloh bagi bas ke Utara yang masih belum siap lagi.
Tren ECRL yang akan beroperasi beberapa tahun lagi juga akan beroperasi di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) ini sebagai salah satu komponen pengangkutan awam ke Pantai Timur.
TBG mempunyai konsep dua tingkat untuk pengangkutan awam dan lima tingkat untuk lot perniagaan.
𝗠𝗢𝗛 𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟰 Sekretariat Perantau Anak Pahang akan mengadakan 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘂𝗰𝗲𝗿 𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹 / 𝗗𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 Moh ramai-ramai mendaftar di link atau scan bar code seperti berikut :