Isnin, 2 Februari 2009

Ladang Sawit Sungai Koyan 1



Keadaan ladang tersebut

Serah ladang kepada penggurusan FELDA memang patut dilakukan oleh peneroka yang tidak mampu untuk mengurus ladang mereka kerana tidak mampu melaksanakan kerja ladang disebabkan factor usia. Tetapi jika peneroka merasa masih mampu dari segi modal dan boleh melakukan kerja di ladang adalah di cadangkan agar mengerjakan sendiri, kerana boleh mendapat untung yang maksimun ditambah dengan harga memuaskan pada hari ini .

Kelemahan mengerjakan ladang sendiri adalah disebabakan peneroka perlu membeli semua beralatan, upah kerja, baja, racun rumpai, kebanyakan peneroka gagal melaksanakan pengurusan ladang dengan sempurna seperti pokok tidak dibaja mengikut jadual menyebab penghasilan buah terbatut dan pokok kekuningan.

Saya merupaka anak peneroka hampir 18 tahun saya tidak menjengguh ladang milik orang tua kerana telah berkerja diluar dari tanah rancangan(Felda). Sebelum itu ladang sawit merupakan tempat saya berkerja selepas bersekolah, ladang itu menyebabkan saya pandai mengait buah sawit, menyusun pelepah dan yang tidak saya lupakan disitulah kami satu block yang mempunyai 22 peneroka seperti sebuah keluarga besar memikir, bekerja mengeluarkan hasih sawit ke Kilang. Traktor berhaga RM 80,000 mampu dibeli oleh ahli block untuk menggangkut hasil ladang ke kilang.

Pada hari ini saya bersama orang tua telah pergi melihat ladang setelah 18 tahun saya tinggalkan. Bagi saya tidak banyak berubah, jalan lama masih lagi digunakan walaupun teruk daripada dulu, pokok yang tinggi mengalah sudah rendah kerana telah ditanam semula.

Semasa tanam semula orang tua saya telah menyerah ladangnya kepada pihak Felda untuk diusahakan. Segala pengurusan ladang 100 peratus diselia oleh pihak Felda, dari menebang, menanam, mengambil hasil seterus menjual hasil dengan Felda.

Semasa di ladang saya perhatikan ladang orang tua saya tidak diambil perhatian oleh pihak Felda, ladangnya masih lagi semak, buah sawit tidak dituai beberapa tahun lalu sebab pelepah tidak dibuang hingga menyukar buruh ladang hendak menuai buah sawit. Ini menyebabkan kerugian kepada pihak Felda dan peneroka itu sendiri.

Saya berharap pihak pengurusan harus proaktif mengurus secara professional kerana pihak felda telah berjanji memegang amanah dan bertanggungjawab ke atas penyeliaan ladang hingga tiada peneroka merunggut ladang mereka tidak diselia dengan rafi. Masalah Kecuriaan buah sawit diladang harus dibendong tanpa ada unsur penyelewengan atau bersubhat dengan pekerja dan buruh. Sekian Terima Kasih

Anak Sungai Koyan 1

7 ulasan:

Abalfash berkata...

Kalau ini keadaan ladang sawit di Sg Koyan, amat memalukan Felda

Tanpa Nama berkata...

Apa jadinya kepada Jenerasi Kedua Felda? Apa jadinya pada janji-janji Najib beberapa bulan lepas? Dia kata nak majukan anak-anak peneroka felda hingga ada yang boleh jadi angkasawan? Ladang 10 ekar pun tak boleh bantu urus, manakan nak jadi angkasawan!

Eddie berkata...

Yup... Pengurusan Felda Sungai Koyan Satu mmg teruk. Tu belum cerita bab politik dalaman lagi. Dari aku kecik sampai la dah kerja sekarang ni.. Masalah yg sama ... Asal balik koyan je, mesti org tua bising cerita pasal Felda, ladang sawit pengurusan dan lain lain... mmmm Entahla

Tanpa Nama berkata...

Masalah kecurian buah sawit di Sg. koyan 1 masih lagi serius. Sepatutnya peneroka koyan mengambil usaha yang berkesan untuk memendung perkara tersebut. Saya cadangkan agar peneroka penubuhkan satu 'team security' yang professional memendung kecuriaan tersebut, jangan sayang duit.
Pemimpin lama seperti 'Pak andak kohlid' dan korninya sepatutnya tidak memegang sebarang jawatan lagi, mereka ini sudah tua dan tidak mempunyai pemikiran baru yang boleh kita tumpang ikut.

anak koyan diperantau

Zizi berkata...

Anak anak FELDA Sg. Koyan 1 yang sedar sepatutnya menolong/membantu rakan rakan yang hanyut dengan motor baru dan gejala sosial yang lain. Kita selalu menyalahkan pengursan begitu dan begini. Seeloknya biarlah semua bekerjasama daripada bercekak pinggang menuding jari.. Contoh paling mudah adalah kisah Guru dan Murid. Tanggungjawab guru disekolah dan Ibubapa dirumah... Ini tidak.. Guru juga yang salah...

Muhasabah.. Muhasabah... dan apa yang penting adalah kerjasama...

Yastro berkata...

Aku pun anak peneroka felda koyan 1 gak...nasib ladang aku lebih baik sikit kot sbb ade adik gua yg tolong tengok2kan...
Tapi bab2 jadi angkasawan tu, anak org felda Ulu Jempul antara top 10 yg bakal jd angkasawan...mmg aku kenal dia sbb sama kerja...

Don Balon berkata...

Ladá neh kala ngaghak koghá takde mende la..

Mok komeh pun umo 63 dah, naik moto jeh nengok oghá menyabik.. Arwoh ayoh kaeh buaek sendighi jeh ladá di Kota Gelanggi 2 te..

Kala demeh tengok Video klip youtube jeghantek kampung kaeh te, minit 2:20 beloh kighi gerbang gelangi te ladá mok kaeh la te..