Isnin, 9 Oktober 2017

Kenangan bersama 10 Bgd Para : Pengalaman Kursus APT Siri 2/ 01

PADA mulanya saya berkhidmat di dalam Angkatan Tentera di penempatan Pejabat Perisikan Tentera (PPT) Kedah/Perlis seterusnya ke PPT Pahang selama 10 tahun. Pada 2001 saya telah ditukar ke Markas 10 Briged Para. Sebelum berkhidmat ke pasukan ini saya tidak pernah menjalani latihan yang lasak. Penempatan PPT disetiap negeri hanya ditugaskan membuat pemantauan dan mengikuti perkembangan ancaman semasa dalam negeri, yang mana tidak memerlukan tenaga fizikal yang banyak. Pengalaman untuk menghadiri kursus Payung Terjun memang tidak dijangka apatah lagi untuk memakai beret merun yang dianggap gah oleh lain-lain pasukan.
Dalam pesawat  Hercules  C130


Latihan selama 2 minggu telah diadakan di 8 RRD Para sebagai latihan pemanasan bagi mempersiapakan diri sebelum berangkat ke tempat kursus sebenar. Saya telah ditunjuk ajar oleh jurulatih dari 8 RRD Para yang berpengalaman dan menpunyai kursus jurulatih payung terjun. Selama 2 minggu kami hanya membuat persediaan fizikal dengan lari 2.5 kilometer setiap 7 pagi, dan 3 petang disamping aktiviti-aktiviti yang lain-lain.

Pada 10 Februari 2001 merupakan hari yang mendebarkan. Saya telah bertolak ke Pusat Latihan Peperangan khas (PULPAK) di Kem Kamondo Sungai Udang, Melaka. Berbagai cerita yang didengar dari mereka yang pernah mengikuti latihan di kem ini seperti di ‘rangging’(Buli). Apabila kami sampai sahaja di pintu masuk sudah terpampang kata-kata yang menyambut kami “KEDATANGAN ANDA TIDAK DIUNDANG ,JIKA RAGU SILA PULANG”. Hati saya berkumcuk dan mula rasa menyesal tetapi cepat saya kuatkan hati semula semangat terutama apabila mengenangkan ada seorang kawan saya mencabar saya semasa di PULARIS.

Sampai sahaja di kem tersebut kami telah diasingkan tempat tinggal dimana `senior rank` dikehendaki menetap di Wisma Bintara. Setibanya di wisma saya telah disambut oleh PMC Wisma Bintara dari Rejimen Gerak Khas dengan baik dan kami diajar bagaimana untuk mengunakan kemudahan yang terdapat disitu. Saya juga dapat berkenalan dengan ‘senior rank’ yang datang dari pasukan lain yang turut hadir untuk mengahadiri kursus tesebut.

Keesokan harinya kami memulakan latihan bersama dengan 133 anggota dari PASKAL, Pasukan Udara Tentera Darat malahan dari Rejimen Gerak Khas sendiri. Pada hari pertama kami telah diperkenalkan dahulu kepada jurulatih dan ditunjukkan peralatan asas yang perlu ada pada setiap kali dikehendaki untuk membuat penerjunan. Kami dibahagikan kepada kumpulan dimana seorang pegawai dikehendaki menjaga satu rangkai yang menpunyai jumlah anggota seramai 11 orang anggota lain-lain pangakat. Saya tugaskan menjadi penolong ketua rangkai ke 10 dari kumpulan A.

Sepanjang 3 minggu tersebut kami telah diberikan pelbagai latihan yang berkaitan dengan cara-cara penerjunan yang baik. Dua minggu pertama kami diajar dengan perkara seperti teknik mendarat dan terjun yang betul, tindakan yang perlu dilakukan jika payung berada dalam keadaan yang tidak diingini, teknik membuka payung kedua (cadangan), tatatertib ketika berada dalam pesawat, tindakan yang perlu dibuat setelah mendarat saperti jika terseret oleh angin atau lain-lain dan juga cara mengemas payung setelah mendarat. Setiap hari Jumaat diadakan satu ujian pra-syarat untuk melayayakkan kami menerima sayap penerjunan di mana kami kami mesti melepasi tahap masa 16 minit ke bawah dalam larian 3.2 km, memanjat setinggi 6 meter, mendagu sebanyak 8 kali, tekan tubi sebanyak 35 kali dalam masa 1 minit, sit-up juga dalam jumlah yang sama dan bawa rakan mendukung sejauh 100 meter.

Pada minggu ketiga pula kami dilatih dengagan latihan yang lebih mencabar lagi seperti terjun menara kipas iaitu terjun dengan ketinggian 32 kaki ke bawah, terjun menara ‘exit’ yang mengayatkan itu, ini adalah latihan sebelum penerjunan sebenar dan memikul beg seberat 40kg selama 45 minit didalam model pesawat yang sangat panas dan sempit. Minggu keempat kami bertolak ke Gong Kedak Pasir Putih Kelantan untuk menjalani penerjunan sebenar. Sepanjang perjalanan hati saya sentiasa berdebar- debar. Kami dibahagikan kepada dua trip iaitu satu trip iaitu satu trip iaitu satu trip kumpulan B bergerak dengan menaiki trak tentera 3 tan dan satu kumpulan lagi iaitu kumpulan A bergerak dengan menaiki pesawat Hercules C130 dan secara tidak langsung saya dihendaki menaiki pesawat tersebut dan kami berlepas melalui Lapangan terbang Gong Kedak. Keesokkan harinya adalah merupakan hari yang paling di tunggu-tunggu iaitu hari untuk terjun dari kapal terbang. Saya dipilih untuk mengetuai kumpulan pertama membuat penerjunan. Setelah semua kelengkapan siap dipakai dan diperiksa dengan teliti,maka kami pun dibenarkan menaiki pesawat terbuka ketakutan kami makin terselah dan bayangkan dalam pesawat yang berhawa dingin tetapa kami masih berpeluh. Setelah itu seorang demi seorang dilepas untuk melakukan penerjunan. Ketika hampir untuk saya

persiapan untuk membuat penerjunan
membuat persiapan penerjunan, saya rasakan segala yang diajar ketika di waktu latihan dahulu hilanfg dan jadi kelam kabut akibat ketakutan yang tidak dapat dibendung lagi. Segala ayat suci yang saya ingat macam- macamsaya baca. Selepas itu, tanpa banyak cerita terus terjun dan ketika itu terus terang saya katakan saya hilang ingatan seketika. Kewarasan saya kembali ketika payung payung tersebut menyentapsaya keatas dan mengembang dengan sempurna dan selepas itulah barulah saya lakukanapa yang perlu saya buat sebelum payung tersebut kembang. Ketika berada terapung di udara, saya rasa kagum dan rasa macam satu keajaiban yang saya berpelungan melakukannya. Ketika saya mendarat saya telah tersilap membaca arah angin dan kakisaya terseliuhdan bengkak tetapi denagan semangat yang kental saya tahan kesakitan tersebut. Begitulah pada hari-hari yang berikut dimana saya kehendaki membuat penerjunan sebanyak 7 kali termasuk 2 kali dengan alatan berat termasuk senjata. Selepas penerjunan kali pertama, saya dapat mengawal fikiran dan tindakan saya. Waktu inilah saya dapat lihat pelbagai pengalaman termasuk melihat dengan depan mata sendiri.

“Hari ini sudah tahun 2017 sedar tak sedar, sudah 6 tahun aku meninggalkan perkhidmatan ATM kami dikenali sebagai veteran atau pesara, kenangan bersamanya tidak dapat aku lupakan hingga akhir hayat, pegawai yang dulu bersama aku berpangkat Mejor sekarang sudah pun Mejor Jeneral, moga masa-masa yang mendatang ATM akan terus maju dengan jayanya...Selamat menyambut ulang tahun ke-23  10 Bgd Para esok... ”

 

Tiada ulasan: