responsif teks foto

Sabtu, 28 Februari 2009

Cabaran buat Barisan Nasional



Memenangi hati Kaum Cina. BN akan berdepan dengan masyarakat cina yang sudah pandai menilai pemimpin BN yang berpura-pura. Generasi baru cina sudah terdedah dengan media baru seperti Blog, Web, SMS dan mereka yakin bahawa BN tidak banyak membantu masyarakat cina dan mereka menganggapan BN menjadikan mereka masyarakat kelas kedua ini dibuktikan dengan kenyataan Ketua Bahagian Bukit Bendera semasa pilihanraya permatang Pauh. BN dikatakan banyak menyekat peluang-peluang perniagaan masyarakat cina mereka merasa “untuk berniaga pun susah” dan tiada kemudahan seperti orang-orang melayu terutama ahli UMNO seperti Tekun, MARA dan lain-lain. Ini merupakan cabaran bagi BN untuk menerang kepada masyarakat Cina permasaalah tersebut. Zaman era Tun Dr Mahathir masyarakat cina menghormati beliau kerana beliau mempunyai pemikiran perniagaan yang serupa dengan masyarakat cina. Dasar-dasar beliau sangat diterima oleh semua lapisan masyarakat terutama masyarakat cina. Buktinya PRU 11 tahun 1999 orang melayu telah menolak Tun Dr Mahathir tetapi masyarakat cina tetap menyokong beliau dan BN masih mendapat majority di parlimen.

Menenangi hati kaum India. Sebab apa masyarakat India menolak BN dan menyokong satu pertubuhan haram Hindraf. Masyarakat ini masih lagi miskin di negara ini walaupun ada yang berjaya. Golongan elit India tidak banyak membantu masyarakat ini, pemimpin menperkayakan korni-korni dan bersetongkol dengan kerajaan dan tidak banyak membantu golongan yang tinggal di estet-estet. Bayangkan pekerja estet kaum India yang sudah berkerja hampir 55 tahun tidak mempunyai rumah jika mereka meninggalkan estet. Keluhan mereka tidak didengar oleh pemimpin masyarakat India. Gula-gula pemberian semasa menghadapi pilihanraya seperti mesin jahit, jalan raya, baju sekolah, basikal, kasut sekolah sebenar sudah basi kadang-kadang mereka merasa malu menerima habuan tersebut. Pegangan “ambil tak apa pangkah belum tentu” telah menjadi pegangan golomgan ini.

Menenangi hati golongan muda Melayu. Orang muda melayu masih tidak menjiwai Umno, sikap untuk berkorban memang tiada langsung. Ini masalah besar kerana apabila mereka bergerak, mereka akan minta habuan. Masalah pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga menjadi isu jika tidak ditangani. Jika dulu orang pelajar dapat biasiswa, tetapi sekarang mereka dapat pinjaman sama macam bank. Pinjam dengan kerajaan atau pinjam dengan bank sama saja dan tetap kena bayar faedahnya. Macam mana orang muda nak dekatkan diri dengan BN kerana berasa terhutang dengan kerajaan. Sekitar 1960-an dan 1970-an, orang tua mempengaruhi orang muda tetapi sekarang sudah terbalik, orang muda yang mempengaruhi orang tua. Apabila orang muda dari Lembah Klang balik mengundi di kampung, mereka boleh mempengaruhi undi ahli keluarga. Kalau katakan ada 30 peratus orang muda balik kampung mempengaruhi 20 peratus orang tua, itu sudah menjadi 50 peratus dan besar kesannya.

Agama perspektif UMNO. Soal agama Umno dilihat tidak berjuang untuk agama menyebabkan Pas mengambil alih peranan tersebut . Sebab itulah orang Melayu berpecah. Mereka yang fikirkan soal agama, memilih Pas. Kita juga patut melihat sebab apa Dato Seri Anwar berjaya dalam menawan ahli UMNO menyokong beliau semasa dalam UMNO kerana agama yang dibawanya. Saudara Muhamad Sabu pernah menyatakan “kalau Anwar Jadi PM, PAS bertambah susah” berbanding dengan Tun Dr Mahathir. Pemimpin UMNO kebanyakan tidak mempunyai semangat agama yang tinggi, kita sebenarnya tidak semestinya berkelulusan agama tetapi menghormati orang beragama sudah cukup. Pemimpin perlu mengadakan aktiviti agama di kawasan masing-masing, kalau boleh jengguhlah ke masjid sesekali jangan tunggu semasa pilihanraya sahaja.

Menghadapi krisis dalaman yang parah. Kebanyakan Bahagian UMNO diseluruh Negara berpecah kepada dua puak atau team. Sebab apa mereka merebut jawatan, sebab beringinkan kuasa , kuasa boleh mendatangkan keuntungan, diri sendiri atau kroni bukan lagi kepentingan parti. Cuba bayangkan sesuatu team yang hendak menang dalam pemilihan berbelanja wang dengan begitu banyak hingga menjankau ratusan ribu kadang-kadang mengalahkan perbelanjaan pilihanraya umum. Kalah bererti jatuh susah. Sebab itu ahli UMNO berempas pulas untuk menang. Umno sekarang bersifat eksekutif, buat program pun di hotel lima bintang, pemimpin dihormati berlebihan hinggakan menegur pemimpin dianggap kurang ajar. Ahli bertambah tetapi tidak menjurus kepada pengorbanan.

Empat factor tersebut perlu ditangani oleh BN dan UMNO jika mahu memenangi PRU ke 13. Jika tidak BN akan ditolak oleh rakyat, cabaran tersebut memang payah untuk ditangani terutama terlibat dengan sikap, terguris hati, ego, benci yang ditanam dalam hati pengundi. Hanya pemimpin yang berkarisma, menakjukan sahaja boleh mengharumi permasalah tersebut. Buat masa sekarang saya tidak nampak Dato’ Najib boleh mengharumi permasalahan tersebut. Berbanding dengan Tun Razak selepas negara mengharumi cabaran getir selepas 13 Mei 1969. Adakah BN akan bangkit seperti zaman sebelum ini selepas melakukan perubahan selepas Mac ini…? atau sebalik. Sama-sama kita saksikan- Terima Kasih

Sabtu, 21 Februari 2009

Ikan Kenerak



Air sungai di sekitar Lipis telah mula surut ramai pemancing, penarik pukat kecil telah mula mencari rezeki sampingan. Kalau dapat patin muncu, patin buah berbaloi. Rezeki dimana-mana kalau kita berusaha. "tak percaya lihat foto di atas dapat RM 15 tu"

"Rezeki dimana-mana kalau kita rajin berusaha''

Khamis, 19 Februari 2009

MAKSAK Lipis 2009


Tahniah..!! Biro Sukan UMNO Bahagian Lipis dekatilah golongan muda.
"Majulah Bolasepak Untuk Negara"

Isnin, 16 Februari 2009

SIAPA SEBENARNYA PENDERHAKA KEPADA RAJA RAJA MELAYU ?



'banner' oleh Pemuda UMNO Lipis

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Titah Sultan Azlan Shah

ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Peristiwa 1. Pakatan Rakyat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika terus melantik Menteri Besar BN yang baru, kata pengerusi DAP Karpal Singh dalam laporan berita Bernama. Beliau berkata Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan Artikel 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya di satu sidang akhbar. Karpal Singh berkata tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada Sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.

Peristiwa 2. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Peristiwa 3. Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993, Allahyarham Tun Ghafar Baba telah mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.

Peristiwa 4. Beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Peristiwa 5. Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.

Peristiwa 6. Apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

Peristiwa 7. Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta. Buatlah penilaian secara rasional siapa penderhaka kepada Kesultanan Melayu dan orang yang terlibat dalam peristiwa di atas mendokong parti politik mana. Harus diingat janganlah Kesultanan Melayu diheret dalam kancah politik yang berat sebelah. Kesultanan Melayu harus diletakkan di tengah tengah sebagai pendamai bukan pemuas nafsu sebelah pihak.

KOMEN

Kembalikan Kedaulatan Kesultanan Melayu. Saya sokong penuh Pemuda UMNO Lipis meletak kain ‘banner’ disekitar bandar Lipis menunjukkan kita menyokong raja-raja melayu. Tetapi peristiwa-peristiwa di atas banyak menunjukan UMNO tidak menyebelahi raja-raja melayu. UMNO perlu membuat penerangan kepada masyarakat agar mereka faham kedudukan sebenar.

Di petik dari Web bernama.com/pendapat oleh MD SANI www.bernama.com/bernama/v5/bm/letterindex.php?pg=1

Ahad, 15 Februari 2009

Peneroka jual tanah hidup melarat

"jika peneroka tidak mahu berubah beginilah keadaannya"


MARAN: Sebuah keluarga peneroka Felda, di sini terpaksa hidup menumpang di perkampungan Orang Asli selepas menjual semua tanah untuk mendapat wang tunai segera, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak.

Beliau berkata, selepas kehabisan wang peneroka terbabit kini terpaksa mengambil upah bekerja di ladang kelapa sawit orang lain.

Katanya, masalah itu terbongkar apabila anak peneroka terbabit menemuinya dan memohon kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan semula tanah milik bapanya. Utusan Malaysia.


KOMEN
Saya difahamkan jual tanah itu bermaksud mengadai atau memajak tanah seluas yang ada kepada individu tertentu selama mana mengikut perjanjian yang dibuat dengan individu yang hendak  emberi pinjaman wang kepada peneroka. Contoh 30,000.00 selama 4 tahun dengan tanah seluas 10 ekar tanaman sawit. Dengan duit 30,000.00 itu habis digunakan selama 2 tahun dengan itu baki dua tahun lagi peneroka tersebut terpaksa mencari pendapat lain seperti yang diceritakan di atas. Kes seumpama ini memang berlaku di felda.

Saya melihat di felda ada segelintir peneroka yang tidak ambil berat berkenaan dengan ladang, sesetengahnya tidak tahu dimana ladang mereka. Berusaha kepada harta yang telah dikurnia oleh kerajaan kepda mereka kadang-kadang tidak ada. Sesetengahnya ada daripada peneroka mula masuk rancang tidak pernah penebas atau mengambil buah sawit semuanya diupah, semasa mudanya bukan tidak berdaya tetapi sifat malas yang ada dalam diri peneroka itu sendiri. Peneroka bernasib baik kerana ada buruh dari Indonesia yang boleh diupah jika buruh ini tidak ada saya ingat buah sawit tidak dituai.

Saya mencerita ini bukan semua peneroka bersifat sebegitu ada yang rajin hingga ladang seluas yang dikurniakan oleh felda dirumput hingga tidak ada seurat rumput pun. Dibaja ladang mereka mengikut yang dijadual yang telah ditetapkan. Itu sebab kita dapati ramai peneroka telah berjaya, berjaya menunaikan fardu haji, berjaya membina rumah besar dan berjaya menjadi masyarakat yang bersatupadu.

Jika kita tidak mengikut norma-norma yang telah digariskan pergi kemana pun kita tidak berjaya malah akan menyusahkan orang lain pula.

"Siapa yang patut disalahkan"

Bapa Siti Nurhaliza meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza, Taruddin Ismail, meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Ampang Puteri, Ampang pada jam 10.40 pagi ini.

Taruddin menjalani pembedahan jantung tiga hari lalu. Berita Harian.

maklumat

Van yang merempuh kereta proton saga di bawah betul- betul di belakang rumah lama siti di Taman Pertama.

"AL-Fatihah"

Kemalangan kecil



Kejadian ini berlaku pada pukul 0915 pagi di Taman Pertama Kuala Lipis, dimana tidak semena-mena sebuah van telah melanggar sebuah kereta proton saga yang dalam kedudukan
'parking' di hadapan rumah.

"Berhati-hati jika memandu"

Sabtu, 14 Februari 2009

Ceramah Bulanan



Ceramah Bulanan

Penceramah : Tuan Haji Mohamad bin Haji Ismail

Tarikh : 19 Feb 2009 (Khamis)

Masa : 0900 Malam

Tempat : Dararan Lipis.

"Datanglah beramai-ramai"

Jumaat, 13 Februari 2009

Katak Lompat



Pemimpin BN atau PR jangan menyerupai diri kita seperti foto di atas.

Ceramah PAS di Lipis


Kerajaan PR Perak dirampas

Penceramah : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Ahmad Nizam Hamid

Tarikh : 18 Feb 2009 (Rabu)

Masa : 0900 Malam

Tempat : Maskas Kampung Berchang

"Datang mendengar penjelasan dari PR"

Jumaat, 6 Februari 2009

Cerita Dari Lipis : respon


SUARA BLOG

Satu lagi blog yang menarik perhatian ialah hasil penulis bernama Zaini dari Lipis, Pahang. Dalam blognya itu lipis-zaini.blogspot.com, penulis memaparkan kisah-kisah yang berlaku di kampungnya selain catatan peribadi kehidupan sehariannya.

Sebagai contoh dalam pos terbarunya dipaparkan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang terjunam di dalam sebuah longkang.

Walaupun tidak dinyatakan nasib pemandunya tetapi melalui blog itu, kini ramai yang tahu kejadian-kejadian yang berlaku yang tidak dimuatkan di dalam media massa.

Malah seorang pembaca blognya memberi komentar: "Tahniah kerana saudara banyak sekali menulis mengenai keadaan tempatan. Sebenarnya kadang kala jemu juga membaca kisah politik di blog yang banyak di tempat lain.

Oleh itu untuk menghilangkan kebosanan, baik kita bertukar-tukar kisah kampung masing-masing."

Dipetik dari suara blog Utusan Malaysia

KOMEN

Saya ucapankan terima kasih kepada Suara Blog Utusan Malaysia memberi perhatian ke atas Blog saya yang tidak seberapa. Tidak dapat dinafikan penulis blog yang bertemakan politik sangat mendapat perhatian dari pembaca berbanding dari blog Sejarah,Pengalaman dan Ilmiah.

Saya perhatikan masyarakat Malaysia sangat berminat mengikut perkembangan politik tidak kira politik pembangkang atau politik dalam parti terutamanya UMNO. Perkara ini juga hingga terbawa-bawa dalam kenduri, perjumpaan keluarga hingga menimbulkan keadaan yang tidak mesra antara keluarga disebabkan fahaman politik.

Saya tidak nafikan politik itu penting tetapi keutamanya kadang-kadang melebihi keutama yang lebih penting iaitu membangunkan ekonomi terutama orang melayu yang masih lagi ketinggalan berbanding dengan bangsa lain. Sekian Terima Kasih.

Gerak Usahawan di Lipis



Gerak Usahawan

Tempat : Rumah Rehat (Baru)

Tarikh : 13 - 14 Feb 2009 (Jumaat- Sabtu)

Masa : 09.00 malam

Hubungi 017-9744676

"Minat sila hadir"

Isnin, 2 Februari 2009

Kereta Masuk Longkang



Kejadian berlaku pada 02 Jan 2009 Jam 1215 tengahari di hadapan jerat cina depan Petronas Kuala Lipis mangsa dikejar ke Hospital daerah Lipis.
Berhati-hati di jalanraya

Ladang Sawit Sungai Koyan 1



Keadaan ladang tersebut

Serah ladang kepada penggurusan FELDA memang patut dilakukan oleh peneroka yang tidak mampu untuk mengurus ladang mereka kerana tidak mampu melaksanakan kerja ladang disebabkan factor usia. Tetapi jika peneroka merasa masih mampu dari segi modal dan boleh melakukan kerja di ladang adalah di cadangkan agar mengerjakan sendiri, kerana boleh mendapat untung yang maksimun ditambah dengan harga memuaskan pada hari ini .

Kelemahan mengerjakan ladang sendiri adalah disebabakan peneroka perlu membeli semua beralatan, upah kerja, baja, racun rumpai, kebanyakan peneroka gagal melaksanakan pengurusan ladang dengan sempurna seperti pokok tidak dibaja mengikut jadual menyebab penghasilan buah terbatut dan pokok kekuningan.

Saya merupaka anak peneroka hampir 18 tahun saya tidak menjengguh ladang milik orang tua kerana telah berkerja diluar dari tanah rancangan(Felda). Sebelum itu ladang sawit merupakan tempat saya berkerja selepas bersekolah, ladang itu menyebabkan saya pandai mengait buah sawit, menyusun pelepah dan yang tidak saya lupakan disitulah kami satu block yang mempunyai 22 peneroka seperti sebuah keluarga besar memikir, bekerja mengeluarkan hasih sawit ke Kilang. Traktor berhaga RM 80,000 mampu dibeli oleh ahli block untuk menggangkut hasil ladang ke kilang.

Pada hari ini saya bersama orang tua telah pergi melihat ladang setelah 18 tahun saya tinggalkan. Bagi saya tidak banyak berubah, jalan lama masih lagi digunakan walaupun teruk daripada dulu, pokok yang tinggi mengalah sudah rendah kerana telah ditanam semula.

Semasa tanam semula orang tua saya telah menyerah ladangnya kepada pihak Felda untuk diusahakan. Segala pengurusan ladang 100 peratus diselia oleh pihak Felda, dari menebang, menanam, mengambil hasil seterus menjual hasil dengan Felda.

Semasa di ladang saya perhatikan ladang orang tua saya tidak diambil perhatian oleh pihak Felda, ladangnya masih lagi semak, buah sawit tidak dituai beberapa tahun lalu sebab pelepah tidak dibuang hingga menyukar buruh ladang hendak menuai buah sawit. Ini menyebabkan kerugian kepada pihak Felda dan peneroka itu sendiri.

Saya berharap pihak pengurusan harus proaktif mengurus secara professional kerana pihak felda telah berjanji memegang amanah dan bertanggungjawab ke atas penyeliaan ladang hingga tiada peneroka merunggut ladang mereka tidak diselia dengan rafi. Masalah Kecuriaan buah sawit diladang harus dibendong tanpa ada unsur penyelewengan atau bersubhat dengan pekerja dan buruh. Sekian Terima Kasih

Anak Sungai Koyan 1

AddToAny