Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
responsif teks foto
Ahad, 27 November 2011
Khamis, 24 November 2011
PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA
Sabtu, 19 November 2011
Tanaman Koko: Pendapatan Sampingan
Resit jualan koko |
Tanaman Koko |
Koko merupakan satu tanaman yang boleh menghasilkan pendapatan sampingan. Kalau ditanam 50 pokok dibelakang rumah setelah dijaga seperti membaja, memangkas ianya menambah duit poket. Kerajaan melalui Lembaga Koko Malaysia telah mengadakan program ‘Koko Untuk Rakyat’ yang bertujuan mengalak rakyat Malaysia menanam tanaman tersebut. Mengikut kajian, 25 biji buah boleh menghasilkan 1 kg biji koko kering. 1 kg koko kering berharga RM 7.50. Jika ada 30 kg dapatlah RM 225.00.
Maklumat Koko di Indonesia
Maklumat Koko di Indonesia
Rabu, 16 November 2011
Jumaat, 11 November 2011
Rancangan Tempatan Daerah Lipis
aktiviti menarik di Lipis |
Permandangan Sungai Jelai dan Bandar Lipis |
Daerah Lipis berkeluasan 540,778 hektar yang mana gunatanah utama adalah pertanian dan hutan simpan. Daerah Lipis merangkumi sepuluh mukim dengan mukim yang terbesar adalah Mukim Ulu Jelai dan mukim yang terkecil adalah Mukim Budu. Kawasan petempatan utama adalah Bandar Kuala Lipis, Benta, Padang Tengku, Sg. Koyan, Kerambit, Mela dan Merapoh. Daerah Lipis merupakan sebuah daerah yang terletak di Koridor Utara Pahang yang aktiviti ekonominya tertumpu kepada aktiviti pertanian, perlombongan dan pelancongan alam semulajadi.
Daerah Lipis terletak dalam lingkaran Central Gold Belt Semenanjung Malaysia dan mempunyai kawasan perlombongan emas yang masih aktif di Penjom dan Selinsing. Lipis juga kaya dengan keindahan khazanah semulajadi kerana mempunyai Taman Negara Pahang Sg. Relau, Hutan Lipur Terenggun, Taman Rimba Kenong dan terdapat lebih tiga puluh buah gua batu kapur yang berpotensi untuk dimajukan sebagai Taman Geopark Negara. Keunikan khazanah semulajadi diintegrasikan dengan kesenian warisan peninggalan sejarah menjadi daya tarikan pelancong ke Daerah Lipis. Sinonim dengan imej Bandar Warisan Sejarah dan bekas Ibu Negeri Pahang (1898-1955), Daerah Lipis juga segar dengan kemahsyuran tokoh negara yang menjadi ikon kebanggaan Lipis iaitu Tan Sri Ghazali Shafie, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dan Chef Wan Ismail.
Matlamat dan objektif pembangunan Daerah Lipis adalah “Menjadikan Daerah Lipis Dengan Persekitaran Yang Bersih, Indah, Bercahaya Menerusi Pembangunan Yang Terancang Di Samping Mengekalkan Warisan Sejarah”. Pembangunan Daerah Lipis dirancang dengan pembangunan koridor terancang, perbandaran mampan, pengukuhan bandar warisan, memperkasa aktiviti pertanian, pengekalan kualiti alam sekitar dan mengenalpasti potensi aktiviti perlombongan emas dan memantapkan sektor pelancongan eko dan agro.
Cadangan utama RTDL antaranya ialah cadangan IPTA di Bukit Sarang, cadangan UIAM di Kg. Atong, pengindahan 14 bangunan warisan, cadangan pembangunan semula Stesen Keretapi Lipis, Cadangan Pembesaran Bandar Lipis, Pembangunan Bandar Perlombongan Penjom, Pembangunan Semula Bukit Bius dan Lipis Valley Golf Club (LVGC) dan cadangan jalan baru kesinambungan dari Cameron Highlands dengan Kg. Berchang-Kuala Lipis ke Kemaman serta cadangan jalan Central Spine Road (CSR) Fasa 3 dari Simpang Pelangai ke Gua Musang yang melalui Daerah Lipis.
Sehubungan dengan itu, orang awam, agensi kerajaan atau swasta serta pihak yang berkepentingan dijemput hadir sepanjang tempoh Rancangan Tempatan Daerah Lipis ini dipublisitikan bermula 1 November hingga 31 November 2011 untuk memberikan pandangan ulasan dan bantahan sekiranya ada untuk pemantapan kajian ini. Semakan secara online juga boleh dibuat melalui:
Komen
Menarik cadangan jalanraya Kampung Kuala Medang - Aur Gading – Cegar Perah 42km, Jalanraya Simpang Kampung Bercang – Kuala Lipis – Kemaman Terengganu, Jalan Kg Sungai Padi – Tersang Raub 11km, dan jalan Merapoh - Kg Relong 90km. Segala bantahan dan cadangan boleh dikemukaan kepada Pegawai Perancang Bandar dan Desa melalui borang yang disediakan.
Rabu, 9 November 2011
Menanam Pokok Getah
Peralatan yang perlu ada untuk 'install' Pagar Elektrik untuk menanam getah
Patriot Fence Energizer : https://invol.co/cl58arh
Beli Panel Solar : https://invol.co/cl58aew
Beli Bateri Solar : https://invol.co/cl58ap4
30A 12V 24V Automatic Solar Charge Controller : https://invol.co/cl58ayu
High Quality Polywire / Wayar Pagar Elektrik : https://invol.co/cl58b1c
Tiang PVC dibeli di kedai 'hardware'
Lain-lain keperluan
Sabtu, 5 November 2011
Tong Gas Warna Biru Kedai tak mahu ambil.
Tong Gas yang tak mahu diambil |
Tong gas yang terpaksa dibeli |
Resit : Menunjukan koi terpaksa beli tong gas baru |
“Naik angin betul koi hari ni…. Sebab tong gas WARNA BIRU kedai gas tak mahu ambil, koi terpaksa beli gas jenama BP dengan harga RM 73.00, kalau tak beli tak memasak le.. orang rumah maknanya tak beraya le kami. Bayangkan kalau org tu tak beduit hanya ada duit secukup-cukup untuk beli gas RM 23.00…”
Rabu, 2 November 2011
KURSUS SKUAD BELIA LASAK
Tarikh : 18hb - 20hb Nov 2011
Tempat : Kem BTN Lipis
Masa Pendaftaran : 3.00 Petang
Tempat : Kem BTN Lipis
Masa Pendaftaran : 3.00 Petang
Aktiviti yang dijalankan :
1.Flying Fox
2.Berakit (dari Bukit Betong ke Bandar Lipis)
3.Program khidmat masyarakat
4.Paintball
5.Malam kebudayaan & BBQ
Kepada yang berminat, sila bagi Nama & IC.
Tiada bayaran dikenakan
1.Flying Fox
2.Berakit (dari Bukit Betong ke Bandar Lipis)
3.Program khidmat masyarakat
4.Paintball
5.Malam kebudayaan & BBQ
Kepada yang berminat, sila bagi Nama & IC.
Tiada bayaran dikenakan
Langgan:
Catatan (Atom)