responsif teks foto

Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013


Ketika hari terus berganti
Tak terasa sudah sampai di penghujung
jika ada salah maafkanlah 
mari kita sambut indahnya hari-hari baru

Selamat tahun baru 2013










Jumaat, 28 Disember 2012

Pembajaan dan Pendapatan penoreh getah



Membaja paling sesuai pada masa daun meluruh iaitu pada bulan Mac dengan mengunakan baja CIRP (30 P) selepas 45 hari baru pula ditabur baja Urea (46 N) atau Amonio Sulfat. Dua bulan selapas itu antara bulan Mei boleh  ditabur baja MOP (60 K). Dua bulan selepas itu antara bulan Sep barulah boleh ditabur baja campur NPK 12:12:17. Dengan melaksanakan kerja tersebut maka habis tugasan membaja untuk satu tahun.


Harga Baja













contoh baja dipasaran



Pendapatan  penoreh  getah   2012

Torehan lebih kurang 270 pokok selama 2 jam sehari  dengan pendapatan RM 10,444.00 setahun (purata bulanan RM 870.00),  pendapatan bulanan secara detail seperti dalam  rajah graf  di bawah.  Pendapatan ini dipengaruhi oleh musim meluruh pada bulan  Mac dan musim hujan bulan Nov dan Dis serta kenaikan/ kejatuhan harga getah di pasaran.



Ahad, 23 Disember 2012

Misteri Batu Nisan Bernyawa Semakin Tinggi



Oleh : Mazeer Mohamad

Batu nesan yang dikatakan semakin tinggi
KUALA LIPIS: Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini.

Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.

Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak. Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.

Penduduk kampung terbabit mendakwa, kubur mempunyai batu nisan bernyawa itu milik Karim Muda iaitu cucu kepada Tok Dusun yang juga individu bertanggungjawab membuka perkampungan berkenaan.

Bekas Penghulu Kampung Dusun, Ahmad Nazri Abdul Rani, 73, berkata, keanehan batu nisan berkenaan membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah fenomena sebenar di sebalik kejadian itu.

Katanya, batu sungai yang dijadikan nisan itu pada mulanya tidaklah setinggi dilihat kini dan perkara itu amat menghairankan penduduk.

“Kami percaya batu nisan itu hidup kerana di sini ada lagi beberapa kubur dipercayai daripada keturunan Tok Dusun yang diletakkan batu jenis sama untuk dijadikan nisan tetapi tidak pula meninggi.

“Sehingga kini, penduduk kampung berusaha mengesan identiti sebenar kubur lain yang dipercayai daripada keluarga Tok Dusun untuk mencari salasilah individu dikatakan bertanggungjawab membuka kampung yang turut dinamakan sempena namanya itu,” katanya ketika ditemui.

Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga ‘orang lama’ di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.

“Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

“Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Dusun, Ibrahim Aziz, 58, berkata, disebabkan keganjilan yang berlaku itu, penduduk kampung kini berusaha menjaga kawasan tanah perkuburan berkenaan kerana khuatir kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab berbuat syirik di kubur itu.

Katanya, mereka tidak mahu sesuatu perkara khurafat yang menyalahi agama dilakukan di kawasan tanah perkuburan berkenaan apatah lagi di ‘kubur bernyawa’ itu.

“Kita sedia maklum benda pelik begini mudah dijadikan pihak cetek agama sebagai tempat melakukan perkara syirik seperti pemujaan nombor ekor dan sebagainya.

“Justeru penduduk kampung berusaha menjaganya supaya bebas daripada gangguan pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Ibrahim berkata, sehingga kini penduduk kampung masih tidak melihat sesuatu kejadian pelik berlaku di sekitar kubur berkenaan.

“Jika boleh, saya minta pihak berkenaan datang menjalankan kajian di sini untuk mengenal pasti identiti sebenar beberapa lagi kubur lain,” katanya.

Rabu, 19 Disember 2012

Sejarah Batu Malim dan Cabaran

Jambatan merentang Sungai Lipis
Batu Malim adalah sebuah kampung di Hulu Sungai dalam Mukim Batu Talam. Letaknya disebelah kiri hilir Sungai Lipis. Pada hari ini ada sebuah jambatan merentang Sungai Lipis yang menyambung kiri-kanan sungai tersebut.

Apa yang diceritakan pada zaman dulu ada seorang Lebai, yang dipanggil orang Tok Malim, yang tinggal di kaki Bukit Barok. Di pangkalan Tok Malim itu ada sebuah batu besar . Batu tersebut digunakan oleh Tok Mailm sebagai tempat duduk semasa mengambil air sembahyang.

Selepas Tok Malim meninggal dunia maka batu tempat Tok Malim mengambil air sembahyang itu dipanggil Batu Tok Malim. Sesudahnya Batu Tok Malim menjadi Batu Malim sahaja. Kampung di mana Tok Malim tinggal ini diberi nama Batu Malim.

Kampung ini ada cerita sejarah semasa ‘Bintang Tiga’ bermaharajalela di Pahang selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 14 Ogos 1945. Apabila mengetahui bahawa Jepun mengaku kalah pada Amerika Syarikat, pihak ‘Bintang Tiga’ yang mensifatkan dirinya sebagai pembela rakyat yang tertindas mengambil tindakan menankap dan membunuh orang-orang awam yang disyaki membantu Jepun. Orang-orang itu ditangkap dan dibawa ke suatu tempat. Di sana mereka ditembak mati. Ada juga yang dibicarakan terlebih dahulu sebelum di bunuh.

Setakat yang diketahui bahawa cuma di daerah Pekan sahaja ‘Bintang Tiga’ tidak sampai. Perkara huru-hara ‘Bintang Tiga’ ini berlaku selama 14 hari. Sebab itu ada orang mengelarnya ’14 hari Yang Mendebarkan’

Boleh dikatakan disetiap tempat ‘Bintang Tiga’ berkuasa semua orang yang didendaminya ditangkap dan dibunuh. Akan tetapi di Batu Malim ianya ditentang hebat oleh penduduk tempatan. Dengan apa jua senjata yang ada pada mereka yang diketuai oleh Abu Jamal telah berjaya membunuh beberapa ramai ‘Bintang Tiga dan kuncu-kuncunya hingga diceritakan, merah air Sungai Lipis dengan darah manusia.

Apabila negara sudah aman dan pentadbiran sudah pulih seperti sediakala maka kejadian di Batu Malim telah dibawa ke Mahkamah untuk diadili. Di dalam kejadian di Batu Malim ini penduduk kampung yang menentang kekejaman ‘Bintang Tiga’ telah dipersalahkan. Beberapa orang dihukum penjara termasuk Abu Jamal dipenjara seumur hidup. Dia Cuma dibebaskan beberapa tahun kemudian.

Cabaran
Aktiviti sukan air Batu Malim
Pada hari ini sejarah telah meninggalkan kita, sejarah biarkan ianya menjadi sejarah. Kampung Batu Malim merupakan laluan dari Raub menuju ke Cameron Hingland . Penduduk di sini wajar memanfaatkan peluang meningkatkan ekonomi. Aktiviti sukan air Batu Malim yang dijangka menjadi salah satu aktiviti tahunan. Kampung ini juga akan menerima peruntukan untuk memajukan kawasan rekreasi ini dan menjadikan Kampung Batu Malim sebagai salah satu destinasi riadah keluarga.

Penduduk diharap merebut peluang ini dengan mengetengahkan sebarang produk yang menjadi identiti Kampung Batu Malim atau menjalankan perusahaan kecil-kecilan bagi menjana pendapatan. Kalau dulu kita sebahagian pahlawan menentang ‘Bintang Tiga’ hari ini kita sebagai usahawan yang berjaya.

Rujuk:

Asal Usul Nama Tempat Negeri Pahang

Sinar Harian Pahang.

Isnin, 17 Disember 2012

Kadar Dividen ASB 2012




Pengumuman Kadar Dividen ASB 2012 yang akan diumumkan dijangka lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Bagi semua pelabur ASB, ini merupakan berita yang sangat dinantikan. Menurut sumber, Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) pada 21 Disember 2012. Apapun, berapa peratus kenaikan akan diumumkan nanti.

Dividen ASB 2012 pasti menjadi topik perbincangan pada penghujung bulan 12 nanti. Ramai yang akan mencari dan ternanti nanti. Selepas pengumuman, pengiraan dividen dan juga tarikh boleh sambung pembelian dan pengeluaran unit ASB nanti, pasti sangat sesak kaunter kaunter bank yang membuka cawangannya didalam bank. Yang ada duit akan terus membiarkan dividen ASB di dalam akaun, yang memerlukan duit pula pasti akan mengeluarkan kesemua dividen untuk perbelajaan anak-anak sekolah. Apa

apa pun tujuannya, gunakan wang tersebut dengan bijaksana.


Hari ini buku pelaburan ASB boleh dikemaskini di kuanter ASB dipejabat Pos atau di bank yang menjadi agen ASB. Agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Dengan membuat load ASB Maybank sebanyak RM 20,000 selama 10 tahun saya telah mendapat RM 1594.09 "nak buat banyak tak termampu bayar bulanan sebanyak RM 222...."
Jadual Ansuran Bulanan Pinjaman ASB Maybank

Calculator Pengiraan ASB

Rabu, 5 Disember 2012

Perisian Pembina Salasilah Keluarga

contoh salasilah klasik yang disimpan oleh keluarga kita.
Geni.com merupakan laman web membina salasilah keluarga dicipta pada tahun 2007 dengan satu idea besar ianya boleh menyimpan sejarah keluarga, dengan ini anda boleh berhubung dengan saudara-mara anda. Sepanjang lima tahun yang lalu, Geni telah melihat kuasa pendekatan ini, dengan berjuta-juta pengguna yang bekerja bersama-sama untuk membina salasilah tunggal yang menghubungkan lebih 65 juta orang.

Dengan semangat ini, Geni telah mengumumkan menyertai sebuah lagi laman web membina salasilah iaitu MyHeritage. MyHeritage ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Gilad Japhet dan pasukan peminat genealogi. Dalam 9 tahun yang lalu ia telah berkembang ke Eropah dan Amerika Syarikat, mencipta sejarah keluarga rangkaian besar dengan 65 juta pengguna berdaftar dan lebih daripada 1350000000 profil salasilah keluarga.

Perkongsian wawasan Geni dan MyHeritage menawarkan alat bebas untuk membina salasilah keluarga, akses kepada rekod sejarah, dan ujian DNA. MyHeritage terkenal teknologi untuk dipadankan salasilah keluarga kepada salasilah keluarga anda yang lain dan rekod sejarah. Di samping itu, MyHeritage menawarkan perisian desktop percuma genealogi yang boleh membina salasilah (Family Tree Builder); aplikasi mudah alih percuma untuk iPhone, iPad dan Android, yang bekerja selari dengan Laman Web mereka pada MyHeritage.com; dan enjin carian untuk rekod sejarah (SuperSearch).

Anda boleh lihat mengapa kita akan teruja untuk menyertai laman web salasilah MyHeritage. MyHeritage komited sepenuhnya untuk visi Geni dan anda akan melihat beberapa faedah sebagai pengguna laman web tersebut sepanjang minggu bulan dan akan datang.

Perisian pembina salasilah percuma

Kita Perlu Pendokumentasi Salasilah
Contoh muat turun poster salahsilah satu keluarga


Sabtu, 17 November 2012

Koko merupakan tanaman yang perlu difikirkan


boleh ditaman bersama durian
Selain dari kelapa sawit dan getah tanaman koko berpotensi untuk ditanam secara meluas di daerah Lipis. Tanah terbiar yang tidak diusahakan boleh dimajukan dengan tanaman ini.  Kalau diperhatikan penjagaannya tidak begitu susah, kerjanya sangat santai berbandingkan dengan tanaman kelapa sawit ataupun getah. 

Pihak kerajaan sangat mengalakan petani menanam tanaman ini sebagai tanaman sampingan berbagai kempen dan peruntukkan telah disalurkan kepada petani yang berminat. Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah diberikan peruntukan sebanyak RM12.54 juta untuk Program Tanaman Baru Koko 2012 dalam membangunkan kira-kira 1,567 hektar tanaman koko di seluruh. Negara kita perlu mengimport 95 peratus koko dari luar Negara terutamanya dari Indonesia.

Bajet 2013 pula kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memperuntukkan hampir RM23.5 juta bagi bantuan tanaman baru dan pembangunan nurseri koko, selain lada dan kenaf.

LKM  juga akan mempertingkatkan keluasan dan pengeluaran tanaman koko di mana peserta akan diberikan kursus tanaman koko, insentif baja dan anak pokok koko di samping khidmat nasihat.

Masalah utama adalah generasi muda kurang pendedahan dan tidak meminati dengan tanaman tersebut  mereka lebih suka makan gaji.  Masalah peningkatan kos pembangunan tanaman merupakan cabaran yang perlu ditanggung oleh penanam. Masalah tanah pusaka yang menjadi rebutan menyebabkan usaha mengkomesialkan tanaman ini menjadi sukar. Masalah musuh tanaman seperti tupai, babi hutan dan monyet merupakan cabaran yang memenatkan  sehingga kebanyakan penanam putus asa.

Kerajaan juga perlu mengalakan pembukaan tanah untuk tanaman ini kepada generasi muda supaya tidak bergantung pada hasil tradisional milik orang tua. 

Harga Semasa
Harga koko berubah-ubah setiap tahun, bergantung kepada pengurangan atau lebihan biji koko di pasaran dunia. Rekod harga yang tertinggi adalah pada tahun 1977, iaitu pada harga RM 13,000 se tan. Pada tahun 2007, purata harga biji koko kering (SMC 2) di Tawau adalah RM 5,852 se tan, lebih tinggi berbanding RM 4,992 se tan pada tahun 2006. Purata harga biji koko kering (SMC 2) di Raub pula, adalah RM 6,277 se tan, berbanding RM 5,300 se tan pada tahun 2006.

Harga biji koko boleh SMS LKM HARGA dan hantar ke 15888  contoh  LKM HARGA RAUB SMC1 hantar ke 15888.

Fakta Koko
 

AddToAny