Sebahagian Bandar Kuala Lipis |
Kuala Lipis adalah parlimen paling
setia dalam negeri Pahang. Tidak pernah kalah. Semangat UMNO dan BN kuat
mungkin kerana dulu Pahang Barat yang merangkumi Bentong, Raub, Kuala Lipis dan
Jerantut adalah tempat UMNO mula bertapak di Pahang.
Kuala Lipis yang dibangunkan sebagai
pusat pentadbiran Pahang pada 1898 kerana kaya dengan perlombongan mineral
emas, timah dan besi, perladangan dan hasil hutan dari tradisi kolonial
Inggeris.
Bila ekonomi dan kepentingan
strategik Kuala Lipis merosot maka pada 1955 ibu negeri Pahang dipindahkan ke
Kuantan. Bandar Kuala Lipis yang dikatakan jalan mati menambah parah
tertinggalnya Kuala Lipis dari arus pembangunan.
Namun sokongan pengundi Kuala Lipis
tetap utuh kepada UMNO dan BN. Mungkin legasi semangat kepahlawanan dan Orang
Besar Kanan Pahang- Maharaja Perba Jelai @ Tok Raja buat akar umbi setia
kepada pemerintah.
WZWH cuba memberi posting tentang
kebangkitan dan pembangunan Kuala Lipis. Agak sentimental kerana WZWH
dilahirkan di Hospital Kuala Lipis 45 tahun yang lalu. Perhubungan kereta api
memudahkan perjalanan dari Kuala Lipis ke Jerantut selain jalan raya yang
bengkang bengkok dari Jalan Jerantut-Benta-Kuala Lipis.
Pada akhir tahun 80an dan 90an
beberapa jambatan telah dibina merentangi bandar Kuala Lipis dan
kampung-kampung. Pembinaan jambatan merancakkan lagi ekonomi Kuala Lipis.
Jalan raya Kuala Lipis-Merapoh-Gua
Musang, Jalan raya Jerantut-Kuala Tembeling-Kuala Lipis, Jalan raya Kuala
Lipis-Felda Kecau Tui, Jalan raya Bukit Betong-Aur Gading-Cegar Perah, Jalan
raya Relong-Merapoh, Jalan raya Cameron Highland-Kuala Lipis, Jalan raya
Raub-Benta-Kuala Lipis, Jalan raya Bentong-Kuala Lipis kemudian dibina.
Jalan-jalan ini yang sudah siap,
hampir siap, dinaiktaraf dsb ini membantu lagi pertumbuhan ekonomi Kuala Lipis.
Sila klik senarai Projek Pembangunan KKLW di Kuala
Lipis setakat 24/4/2011 yang berjumlah RM152 juta.
Konsep ‘Perbandaran Bertumpu’ akan
mempertingkatkan Bandar Kuala Lipis selaras dengan peranannya sebagai Pusat
Separa Wilayah. Fungsinya sebagai Pusat Pentadbiran Daerah serta Pusat
Perniagaan dan Perkhidmatan Utama daerah ini akan di perkukuhkan melalui
pelbagai strategi pembangunan antaranya adalah:
- Pembesaran dan penambahan kawasan perumahan,
perniagaan, kemudahan masyarakat, institusi dan industri di Bandar Kuala
Lipis dan kawasan persekitarannya
- Pembesaran Bandar Baru Kuala Lipis
- Pembangunan Bandar Institusi IPTA Kuala Lipis
- Peningkatan kemudahan Infrastruktur dan utiliti
bandar
- Pengkhususan kawasan promosi perbandaran
Konsep ‘Pembangunan Koridor Terkawal’
pula memberi tumpuan kepada pembangunan spatial daerah yang menekankan kepada 3
koridor pembangunan iaitu:
* Koridor Utama (Koridor Kuala Lipis
– Benta, Koridor Kuala Lipis – Padang Tengku dan Koridor Kuala Lipis- Kerambit)
* Koridor Sekunder (Koridor Padang
Tengku – Sungai Koyan, Koridor Kuala Lipis-Kechau dan Koridor Merapoh)
* Koridor Baru (Koridor Kuala Lipis –
Jerantut – Kemaman, Koridor Kuala Lipis – Kuala Ketir – Padang Tengku dan
Koridor Kuala Medang –Chegar Perah – Merapoh)
Antara aspek utama konsep ini adalah:
- Peningkatan tahap perhubungan antara pusat
petempatan melalui rangkaian jalanraya dan jalan keretapi.
- Penambahbaikan kemudahan infrastruktur pelancongan
eko dan agro di sepanjang koridor utama dan sekunder
- Pengekalan kawasan pertanian perladangan dan
pertanian bercampur
- Kepelbagaian aktiviti industri khususnya
aktiviti indusri ringan, perkhidmatan dan IKS
- Pengekalan Kawasan Sensitif Alam Sekitar dan
Kawasan Hutan Simpan
Kawasan seluas 245 hektar berdekatan
Bandar Baru di seberang Sungai Lipis dicadangkan bagi pembangunan bandar baru
kedua Kuala Lipis.
Antara projek pembangunan yang akan
dilaksanakan di kawasan itu ialah projek perumahan rakyat, premis perniagaan,
kawasan industri ringan, kompleks sukan, taman awam dan reakrasi.
Kawasan itu berhampiran FELDA Gugusan
Kecau dan apabila dibangunkan kelak, sudah tentu akan memesatkan ekonomi
penduduk sekitarnya.
Kuala Lipis bakal menjadi hab pendidikan
berasaskan keusahawanan dan teknologi tinggi sekiranya perancangan pembinaan
sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah ini dapat direalisasikan.
Kerajaan negeri sudah pun menyediakan
tapak untuk pembinaan IPT itu di Bukit Sarang, berdekatan Jalan Lipis -
Merapoh.
Lipis sudah mempunyai sebuah Institut
Pendidikan Guru (IPG) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menerima
penuntut dari seluruh negara.
Dua pusat pendidikan itu banyak
membantu melonjak pembangunan di bandar Kuala Lipis dan kawasan berdekatan,
Cadangan bidang pengajian yang
berkaitan dengan daerah ini seperti perhutanan, geologi, kejuruteraan,
pelancongan dan beberapa bidang lain.
Ini bagi melahirkan lebih ramai pakar
termasuk usahawan di bidang berkenaan terdiri daripada anak-anak tempatan
termasuk Orang Asli untuk bekerja di sektor kerajaan, perlombongan emas dan
pembangunan usahawan berasaskan pelancongan dan pertanian.
Kuala Lipis memang sesuai sebagai
destinasi pelancongan kerana di sini terdapat monumen dan artifak bersejarah
dan menjadi transit pelawat yang berkereta api ke Kelantan, Thailand dan Taman
Negara Kuala Tahan
Pelawat juga berpeluang singgah di
Taman Rimba Kenong, Hutan Simpan Kemahang, Kuala Medang, Merapoh, Empangan
Jaleh dan Hutan Lipur Terenggun yang kaya dengan flora dan fauna di samping
menikmati keindahan alam semulajadinya.
Keindahan hutan dara, sungai,
perkampungan Orang Asli di Betau, Temetong, Bencah Kelubi, Lanai dan binaan
peninggalan British berjaya menarik seramai 100,000 ke Lipis pada tahun lalu.
Penemuan lebih 500 gua-gua menambah lagi daya tarikan pelancong.