responsif teks foto

Jumaat, 15 September 2017

*Skim Anuiti Veteran* save

*Skim Anuiti Veteran* save

(9/13, 10:31] ‪+60 11-2086 3691‬: info tkini.
kepada anggota yg hendak menamatkan pkhidmatan 13 15 dan 18 thn.berkuatkuasa pd 1 nov 2017.Anggota layak menerima pencen mengikut pangkat dan peratusan gaji pokok yg d terima.gaji pencen 13 15 dan 18 thn.sama juga d byr mcm pencen 21thn ke atas.cuma rendah sedikit drp pencen 21 thn ke atas.duit yg kita dpt masa bhenti 13 15 dan 18 x mcm sblm ini.klu sblm ini bhenti 13 15 dan 18 kita dpt penuh.tp bkuatkuasa 1 nov 2017.seandainya kita bhenti.kita akan d bg peratusan yg kita dpt.yg selebihnya d beri sepanjang kita ms hidup.jika tuan2 nk tahu lebih jelas lg.blh hubungi en cleark.sekian trm ksh.

[9/13, 12:33] ‪+60 11-2086 3691‬: Padrick Jihen:
*Skim Anuiti VEteran* save

Kepda askar lasykar terlibat yang pilihan berhenti pada 12, 15, dan 18 tahun perkhidmatan.

LTAT
Caruman Anggota
Caruman Kerajaan

# Caruman anggota shj dpt (sebelah kiri).
# Caruman kerajaan dibuat      Pelaburan (sebelah kanan).

*Contoh Pengiraan*
# Caruman kerajaaan x Div Tahunan semasa ÷ 12 bulan.

*Contoh dividen LTAT tahun 2017 adalah 10%*
RM 80,000.00 x 10% ÷ 12 bulan = RM 583.33

# RM 583.33 akan dibayar setiap bulan kepada anggota pada tahun 2018.

# Untuk pencen tahun seterusnya berdasarkan dividen LTAT pada tahun semasa. Dividen tahun 2017 untuk pembayaran tahun 2018. Untuk dividen tahun 2018 pembayaran tahun 2019 dan seterusnya.

# Skim persaraan pencen save ini tidak melibatkan gaji pokok anggota seperti yang bersara 21 tahun dan keatas. Skim save berdasarkan % dividen tahunan LTAT.

# Skim pencen save ini adalah berkekalan hingga anggota meninggal dunia. Pencen akan dikreditkan ke akaun anggota masing2 setiap 26hb setiap bulan.

# Skim ini tidak boleh diwarisi oleh pewaris seperti mana anggota yang bersara 21 tahun dan keatas.

# Jika Anggota meninggal dunia caruman kerajaan yang dilaburkan tersebut akan dibyar semua sekali kepada pewaris dan berakhirlah skim tersebut.

# Siapa yang layak skim save? Kepada anggota yang Masuk tentera sebelum 1 Nov 2017 dan TTP selepas 1 Nov 2017.

# Anggota perlu menandatangan borang opsyen dan tidak dibenarkan menukar opsyen setelah membuat pilihan.

# Siapa yang wajib skim save? Kepada anggota yang Masuk tentera 1 Nov 2017 ke atas dan TTP selepas 1 Nov 2017.

# Pilihan ditangan anda. Sekian terima kasih

Khamis, 14 September 2017

Asrama Tahfiz Terbakar

Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat Kuala lumpur. Asrama lelaki terbakar pada Jam 0600 hrs tadi. mohon seluruh rakyat Malaysia doakan dipermudahkan segala urusan pihak Polis, Bomba,APM dan Pihak hospital untuk urusan Keluarkan Mangsa Kebakaran tersebut.

Seramai 24 mangsa meninggal dunia termasuk warden dan pelajar serta beberapa orang cedera. (Maklumat Awal) Semoga keluarga mangsa tabah hadapi Ujian besar daripada Allah SWT. Al fatihah.



Kes Selesai 
Hanya 48 jam untuk polis membongkar misteri kebakaran besar yang mengorbankan 21 pelajar dan dua ustaz pagi Khamis lalu.
Memang kes khianat dan berpunca daripada ejek mengejak di antara sekumpulan remaja yang merupakan penduduk Kampung Datuk Keramat dengan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam sidang media khas awal malam Sabtu mengesahkan kes sudah dianggap selesai dengan tangkapan tujuh suspek berumur antara 11 dan 18 tahun dari pukul 6 petang 15 Jumaat sehingga 2.30 pagi Sabtu.
Semua mereka disiasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 kanun yang sama itu khianat dengan api.
“Enam daripada mereka positif dadah, satu daripadanya tidak positif. Tujuh daripada mereka sudah direman selama tujuh hari bermula hari ini.
“Dua daripada mereka ada rekod lampau iaitu mencuri dan rusuhan. Motif kejadian adalah berpunca dari ejekan antara kedua-dua pihak,"ujarnya.
Beliau sebelum itu memberitahu, sepatutnya sidang media hanya akan diadakan pada pagi Ahad, tetapi mesej yang tular di media sosial menyebabkan dirinya membuat keputusan untuk disegerakan.
“Tolong hentikan mesej yang viral kerana akan ganggu proses perbicaraan mahkamah. Saya minta maaf kerana terpaksa mengumpulkan anda (media) dalam masa yang cepat. Saya tidak mahu spekulasi berkembang,"katanya.
Amar mengesahkan remaja terbabit memang mempunyai motif untuk membakar pusat tahfiz berkenaan.
“Mereka yang membawa tong gas. Motif memang untuk bakar pusat tahfiz itu. Mereka hanya berniat untuk bakar bangunan itu. Polis sudah selesai kes dengan tangkapan semua suspek,"jelasnya.
Dua tong gas tersebut dibawa dari tingkat bawah ke tingkat atas oleh suspek.
“Dua tong gas digunakan secara keseluruhan dalam kejadian ini,"katanya.
Sebelum itu, beliau memberitahu polis turut mendapatkan imej rakaman litar tertutup (CCTV) untuk mengecam suspek.
Menurutnya, sejenis bahan pembakar digunakan untuk mempercepatkan proses kebakaran.
"Tidak wajar untuk saya menceritakan secara detail proses pembakaran itu dilakukan,"jelasnya.
Polis turut merampas pakaian suspek untuk ujian makmal dan motosikal yang dipercayai digunakan oleh suspek.
Sementara itu, semua mangsa yang terselamat dalam tragedi kebakaran tersebut ditempatkan di dalam kem Kementerian Pertahanan sebelum dipindahkan ke sebuah premis rahsia di sekitar Keramat semalam.
Difahamkan, premis itu dikawal ketat pihak polis dan tentera, manakala hanya waris terdekat dibenar memasuki kawasan terbabit.
Katanya, mereka ditempatkan di kem berkenaan sehingga semalam bagi memastikan keselamatan terjamin selain tidak didekati pihak tertentu.
Selepas itu, katanya, mereka dipindahkan ke premis rahsia bagi tujuan perlindungan dan bilangan sebenar mangsa terselamat turut dirahsiakan.
Beliau yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi dinyatakan.-16/9/207

KEBAKARAN SEKOLAH TAHFIZ : BEBERAPA PENGAJARAN

Menurut Polis KL, kebakaran ma'ahad tahfiz di Dato' Keramat SAH hasil tindakan khianat 7 orang remaja berusia 12-17 tahun yang kebanyakannya POSITIF DADAH, akibat marah kerana ditegur (cuma statement Polis guna istilah 'ejek mengejek') oleh pelajar tahfiz berkenaan, mereka MEMBAKAR maahad terbabit tanpa dapat dipastikan sama ada hanya untuk membakar bangunan sahaja atau membunuh penghuninya sekaligus. 

Innalillahi wa inna ilaihi rajioun..amat dukacita..pun begitu beberapa pengajaran yang wajib diambil:-

1. Besarnya tanggungjawab ibubapa untuk sedaya upaya mengetahui aktiviti anak-anak & membuat tindakan pantas, walau memang sukar. Khususnya jika ia melibatkan apa jua jenis DADAH dan arak. Kemabukan dan khayal dari keduanya itu memang boleh menambah besar potensi pengambilnya untuk hilang kewarasan dalam tindakan lalu bertindak di luar dugaan.

2. Sebagaimana ditegaskan oleh pihak bomba, besarnya keperluan semua sekolah BUKAN HANYA TAHFIZ tetapi semua jenis sekolah yang berhimpunannya ramai pelajar (khususnya yang ramai pelajar berusia 15 tahun ke bawah) untuk mempastikan CIRI KESELAMATAN seperti 'fire exit' yang mencukupi serta mendapat kelulusan berwajib seperti bomba etc. Ini juga sebenarnya temasuk rumah yang kita diami sendiri juga. 

Justeru, pendaftaran rasmi serta permit dengan pihak berwajib adalah logik dan wajar. Sebaiknya ibubapa mempastikan dahulu ciri keselamatan minima ini wujud sebelum menghantar anak masing-masing ke sekolah terbabit.

3. Besarnya harapan agar orang awam PANTAS menghubungi bomba dan ambulan sejurus mendapati sebarang insiden kebakaran premis dan kediaman, dan juga besar harapan kami agar ambulan dan bomba dapat terus berusaha menambah cemerlang lagi TARGET untuk sampai ke lokasi kebakaran lebih cepat. Kalau boleh 10 minit ke bawah selepas dihubungi, sebagaimana di United Kingdom, seingat saya sasaran mereka adalah 8 minit.

4. Besarnya harapan kita juga agar gambar sadis tubuh mangsa yang terbakar TIDAK disebarluas di media sosial, demikian juga video yang kedengaran jeritan mangsa. Ia bukan hanya memedihkan keluarga mangsa malah orang ramai yang turut boleh menjadi trauma dan terganggu emosi secara psikologinya.

5. Perlunya rakyat yang prihatin untuk berhati-hati sebelum memberi DERMA kepada tahfiz terbabit kerana difahamkan wujudnya penipu yang cuba mengambil kesempatan atas simpati orang ramai.

Tahniah diucapkan kepada pihak polis atas tindakan dan siasatan awal yang pantas. Sama-samalah mendoakan rahmat Allah swt ke ats semua mangsa dan juga diberikan kekuatan jiwa kepada semua ahli keluarga mangsa terkorban, cedera dan yang terlibat.

Dr.Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
16 Sept 2017

Isnin, 11 September 2017

Al Fatihah

Al Marhum Sultan Kedah
Kerabat terdekat 

Salam Takziah buat keluarga dan kaum kerabat Al-marhum seluruh rakyat Negeri Kedah Darul Aman...

KDYMM Tuanku Sultan Kedah Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah kembali ke rahmatullah...Tuanku Baginda telah menghembuskan nafas terakhirnya di Istana Anak Bukit pada  11 Sept 2017 jam 2.30 petang, "Semoga roh Tuanku ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh... Amin...

Al-Fatihah...


Isnin, 4 September 2017

Bantuan Kepada Pengusaha Kebun Getah

Kebun Getah


Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan semasa pembentangan Bajet 2017, Bantuan Musim Tengkujuh RM200 sebulan untuk 3 bulan akan diberikan kepada 440,000 pekebun kecil/penoreh getah. Lembaga Getah Getah Malaysia (LGM) sebagai agensi pelaksana telah membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh bertujuan bagi memudahkan permohonan dibuat oleh Pekebun Kecil. Sila klik pada pautan dibawah untuk membuat permohonan.

Permohonan BMT oleh Pengusaha

Pengusaha yang memohon Bantuan Musim Tengkujuh hendaklah memuat naik gambar resit yang sah tahun 2017 sekali sahaja sebagai bukti. Kegagalan untuk memuat naik resit yang sah akan menyebabkan kelewatan ataupun permohonan tuan/puan tidak dapat diproses. Tuan/Puan juga dinasihatkan supaya memasukkan nombor telefon pada ruangan yang disediakan.
Perlu ada kad PAT-G untuk pokok matang yg belum ada boleh buat di LGM sebelum 30 Sept 2017. 

Contoh Resit Rasmi (Pengusaha Sahaja)

 Resit tersebut hendaklah dihantar secara on line ke alamat berikut LGM

Portal Rasmi Lembaga Getah Malaysia Malaysian Rubber Board

Syarat-syarat permohonan Kad PAT-G...Klick


---------------------------------------------------------------------------------

Semakan untuk Tahun 2019 



NO K/P XXXXXXXXXXXX

DIMINTA HADIR KE PEJABAT RISDA YANG BERHAMPIRAN UNTUK MENGEMASKINI

Kalau paparan tulisan seperti di atas pergi ke pejabat RISDA isi borang:
  • Surat Deklarasi BMT.>>>>>>>>>>Borang
  • Photostat Geran Tanah Kebun
  • Photostat Kad Pengenalan
  • Photostat Buku Akaun Bank. 
  • Photostat Kad PAT-G Lembaga Getah Malaysia
Cerita dari Lipis
Surat Deklarasi BMT


Projek Tanam Getah

Sabtu, 2 September 2017

Rohingya


Setakat aku meneliti  jurnal tentang isu Rohingya, aku tidak menjumpai pun sebab Rohingya dihalau dari Myanmar adalah faktor kedegilan mereka menerima dasar asimilasi Kerajaan Myanmar.

Yang ditemui ialah sebab Rohingya diusir dan ditindas kerana berlaku banyak pindaan perlembagaan Myanmar sejak tahun 1864, yang secara jelas tidak memberikan ruang kepada Rohingya hak untuk menjadi rakyat Myanmar (Burma). Tahun penggubalan tersebut merangkumi;

1. Akta Warga Asing  1864
2. Undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982
3. Akta Kewarganegaraan Kesatuan 1948
4. Perlembagaan 1974 merangkumi Akta Imigresen 1974

Kesan kepada penggubalan undang-undang tersebut telah menyebabkan berlaku operasi pembersihan etnik secara besar-besaran. Termasuklah mengusir, membunuh, merogol dan memusnahkan masjid. Antara operasi tersebut seperti berikut:

1. Operasi tentera (Rejimen Burma 5), November 1948.
2. Operation of Burma Territorial Force (BTF), 1949-1950.
3. Operasi Tentera (Rejimen Kecemasan Chin 2), Mac 1951-1952.
4. Operasi Mayu, October 1952-1953.
5. Operasi Mone-Thone, October 1954.
6. Operasi Gabungan Tentera dan Imigresen, Januari 1955.
7. Operasi Kesatuan Polis Tentera (UMP), 1955-1958.
8. Operasi Kapten Htin Kyaw, 1959.
9. Operasi Shwe Kyi, October 1966.
10. Operasi Kyi Gan, October-Disember 1966.
11. Operasi Ngazinka, 1967-1969.
12. Operasi Myat Mon February 1969-1971.
13. Operasi Major Aung Than, 1973
14. Operasi Sabe, 1973.
15. Operasi Naga-Min (King Dragon), 1978-1979.
16. Operasi Shwe Hintha, Ogos 1978-1980.
17. Operasi Galone, 1979.
18. Operasi Pyi Thaya, Julai 1991-1992.
19. Operasi Na-Sa-Ka, 1992.



Kesemua operasi dalam tahun berbeza ini telah membunuh puluhan ribu suku Rohingya terutama wanita dan kanak-kanak. Manakala ratusan ribu menjadi pelarian.

Sejak 1948 iaitu berpuluh tahun mereka dibantai hingga sekarang, di mana rasional dan signifikannya sebab pembantaian didorong oleh faktor Rohingya 'menolak asimilasi'? Jelas ia pembunuhan dan pengusiran terancang. Saya pelik mana sumber menyatakan Rohingya menolak dasar kerajaan Myanmar sebagai faktor pengusiran etnik? Adakah sumber itu diperoleh daripada pihak Junta? Seriously?

Malah bukan Rohingya sahaja menjadi pelarian yang datang ke Malaysia. Menurut rekod UNHCR 2015, antara etnik Myanmar yang menjadi pelarian di Malaysia adalah:

1. Chin (49,800)
2. Rohingya (45,170)
3. Muslim (12,347)
4. Rakhine, Arakan & Lain-lain etnik (7,320)
____________

Saya berharap para pembaca yang suka 'memviral' sesuatu agar menyelidiki fakta terlebih dahulu.

-Halim Abdurrahman

Artikel 2

Mengapa ada usaha 'menjulingkan' sejarah Arakan dan Muslim Rohingya?

Matawang kurun ke 16, dan lukisan-lukisan sejarah kesultanan kerajaan Islam Arakan ini adalah petunjuk bahawa Arakan sejak kurun ke-14 (1345M), telah diperintah oleh kerajaan Islam sehingga kurun ke-18 (1784M). Islam diterima meluas di Arakan sejak kurun ke-9 (877M) sewaktu pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid.

Dikisahkan bumi Arakan pernah disinggahi sahabat Rasulullah yang tersohor iaitu Syaidina Saad Abi Waqas untuk berdakwah, dalam perjalanannya ke China.

Satu-satunya bangsa di dunia yang 100% menganut Islam adalah etnik Rohingya di Arakan. Kekalahan kepada penjajah Burma pada 1784M dan dijajah Inggeris pula pada 1824M membelahkan wilayah Islam Arakan ini kepada Burma pada 1948M, bahagian yang diserahkan kepada India kemudiannya menjadi Pakistan Timur pada 1947M dan menjadi sebahagian Bangladesh pada 1971M. Pelabuhan terbesar Bangladesh di Cittagong dahulu adalah sebahagian daripada Arakan.

Sebuah tugu Field Marshal William Joseph Slim (The Viscount Slim) yang bertugas dalam British Indian Army  didirikan di Kota London, bertentangan dengan kediaman Perdana Menteri Britain di 10 Downing Street.  Tugu ini dipahat wilayah-wilayah imperial di bawah kendalian beliau antaranya adalah Arakan, terpahat berasingan daripada Burma. Beliau pernah dilantik mengetuai 14th Army Burma (1943-45) dan kemudiannya Gavenor General Australia (1952-60).

Rohingya adalah penduduk asal Arakan, Islam adalah pegangan dan kerajaan yang mereka dirikan. Untuk memadamkan sejarah ini, semua media mutakhir ini di Burma tidak menggunakan Istilah 'Rohingya'  malah kerajaan Burma memanggil mereka kaum Benggal. Nama Arakan di tukar kepada Rakhine State dan ibu negerinya Akyab dinamakan Sittwe.

Masjid-masjid yang berusia ratusan tahun dan premis perniagaan milik orang Islam dibakar,  ditutup dan dirampas.  Orang Islam tidak boleh berada di mana-mana bahagian bandar Akyab (Sittwe).

Siapa kata Muslim kaum bukan Rohingya tidak terancam di Myanmar?

Pada Mac 2013, di Maktila,  Mandalay ( bahagian tengah Burma), 5 buah Masjid, kedai-kedai milik umat Islam dibakar dan lebih 20 muslim dibunuh (bakar hidup-hidup) . Mereka bukan dari bangsa Rohingya tetapi Muslim Burma. Ia disenyapkan.

Sejak 2005, Kerajaan Myanmar melarang membina masjid baru dan masjid sedia ada tidak boleh diperbesar atau dibaikpulih. Ia juga disenyapkan!

Adalah pelik dan buta sejarah apabila ada pihak mendakwa Rohingya adalah pendatang di Myanmar dan hanya mereka dizalimi tentera kerana mereka bukan warga Myanmar dan kerana berkelakuan buruk.

Sahabat saya di Yangon berketurunan Rohingya sebelah neneknya,  dan datuknya berbangsa Rakhine yang memeluk Islam. Datuknya berkhidmat selama 40 tahun sebagai pegawai kerajaan Burma.  Neneknya masih menerima pencen datuknya sebagai pesara kerajaan.

Dia terpaksa membuang semua identiti Rohingya untuk tinggal bebas di Yangon. Semua Rohingya yang berada di luar Arakan menanggalkan identiti Rohingya untuk hidup. Semua Muslim Burma tidak dibenarkan masuk atau keluar ke Arakan,  kecuali dengan permit khas.

Saya dapat memerhatikan seorang muslim Burma yang beratur di hadapan saya, ketika mahu pulang ke Rakhine State, diperiksa seluruh badan, dan diselongkar bagasinya di Lapangan terbang Yangon dan setibanya di Akyab,  walaupun dia memiliki permit khas.

Dia seorang sahaja dibuat begitu,  lebih daripada pemeriksaan terhadap kami, warga asing. Saya bertanya kepada saudara Nasim yang menguruskan keberangkatan kami ke Arakan,  dia memaklumkan kerana maulana itu muslim. Orang Islam sukar sekali mahu pergi atau keluar dari Arakan.

Sejak keluar dari Arakan pada 2007, Nasim tidak pernah pulang lagi ke bumi itu. Dia terpaksa merasuah pegawai Myanmar sekitar RM30,000 untuk membenarkan ibunya keluar dari Arakan untuk merawat sakit diabetis di Yangon tahun lalu.

Ada tiga pihak yang sedang membunuh,  mengusir dan membakar kampung-kampung Muslim Rohingya. Junta tentera kerajaan, Arakan Army -sayap bersenjata parti politik etnik Rakhine dan sami buddha dari Gerakan 969 pimpinan Ashin Wirathu. Jika Rohingya adalah pendatang haram, kenapa urusan pandatang haram menjadi urusan Arakan Army dan Gerakan 969 Ashin Wirathu?

Ada pihak cuba menulis sejarah Rohingya seolah-olah Myanmar tidak pernah dikenali sebagai Burma,  Arakan bukan nama asal Rakhine State. Bagaimana etnik yang mendiami Arakan sejak seribu tahun dikatakan berasal dari sebuah negara lain yang hanya wujud pada 1971?

Tuduhan-tuduhan pelik kepada Muslim Rohingya yang baru muncul di media internet adalah sejenis propaganda politik kerajaan Myanmar untuk menghalalkan kekejaman terhadap Muslim Rohingya. Setelah bertahun-tahun cuba memadamkan sejarah Islam di Arakan dan kaitannya dengan Muslim Rohingya, kini muncul pula usaha mewajarkan mereka diperlakukan persis haiwan perosak, dibunuh dan dihapuskan... Berwaspadalah!

Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PAS Relief



Kenyataan Media Presiden PAS

KESABARAN UMAT ISLAM ADA SEMPADANNYA

Apa yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya di luar batas perikemanusiaan. Seluruh dunia sudah mengetahui kekejaman yang mengorbankan manusia di sana sehingga ramai yang sudah terpaksa menjadi pelarian dan mangsa korban di darat dan lautan.

Masyarakat antarabangsa tidak boleh memejamkan mata dari segi kemanusiaan untuk bertindak terhadap regim yang terkurung dalam negerinya dan melakukan apa sahaja tanpa peduli terhadap kutukan dunia luar terhadapnya.

Masyarakat antarabangsa yang telah mengetahui betapa aspek agama memainkan peranan terhadap kekejaman yang berlaku sehingga melibatkan sokongan para sami yang dikatakan juga menyalahi ajaran agamanya sendiri yang menentang keganasan.

Masyarakat antarabangsa perlu menyedari juga bahawa Islam mengajar erti kemanusiaan dan persaudaraan secara khusus dikalangan umat Islam sesama penganutnya laksana satu jasad. Perlu diketahui bahawa disekeliling negara zalim dan kejam itu sangat dekat dengan jumlah umat Islam yang besar sehingga mencecah setengah bilion.

Tindakan lebih awal hendaklah diambil secara berkesan oleh PBB, bukan sahaja resolusi dan lawatan yang tidak dihormati pun. Mereka hendaklah sedar bahawa kesabaran umat Islam ada batasnya. Walaupun negaranya tidak mampu bertindak, jangan sampai adanya tindakan bersendirian yang tidak boleh dikawal lagi dan jangan Islam pula yang disalahkan.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Zulhijjah 1438H / 8 September 2017

------------------------------------

[ English Version ]

PAS President Media Release

MUSLIMS PATIENCE HAS RUNNING OUT

What happened to the Rohingyan muslims were so intense and devastatingly cruel. The world has witnessed the mass slaughter which resulted in influx of refugees and victims both in the land and sea.

The international community should not remain silent, as they should take action upon the cruel regime, whom concealed their outraged act and shunned the world’s critics over them.



International community knew how the aspects of religion play a crucial part in this brutality that involving the support of the monks which also said to violate its own religious teachings against terrorism.

The international community needs to realize that Islam cultivates humanity and brotherhood especially amongst the believers like they are in a single body. They must also bear in mind that the brutal and hateful country is close to the large Muslim population reaching half a billion in number.

Early action should be taken aggressively by the UN, and not just to come out with resolutions and visits which are not even honoured by them. They must know that the Muslim community will not take this matter lightly and our patience has its limits. Even though the country may not take any action, individual acts could not be fully controlled and if this happen, do not put the blame on Islam.

"Harmonious with Islam"

ABDUL HADI AWANG
PAS President

Date: 17th Zulhijjah 1438H / 8th September 2017
*PERISTIWA di Burma/MYNMAR: Hubungannya dengan Islam*.
 Oleh : Dr. Umar Abdul Kaafiy

_(Profesor Theologi Islam dan Pengurus Lembaga Pendidikan Al Qur'an International di Dubai)_

Tidak mengapa kita memberikan 90 menit dari waktu kita untuk mengetahui apa sebenarnya kes tragedi Burma dan ummat Islam yang ada di dalamnya.

*Ringkasan Kisah :*

(Awalnya) sebuah Negara  merdeka namanya Arakan dengan penduduk Muslim sebanyak 3 juta (tiga juta) jiwa.

Dimulai dari masa tersebarnya Islam di negara tetangga mereka, namanya negara Burma dengan  majoriti penduduk yang beragama Buddha.

Pada tahun 1784 atau sebelum 230 tahun yang lalu, Kaum Buddha sangat benci Kaum Muslimin di Arakan dan memerangi mereka serta mereka membunuh kaum Muslimin yang ada didalamnya dan mereka (Buddha) memperlakukan kaum muslimin seperti Boneka Mainan dan mereka (kaum Buddha) merebut Arakan menggabungkannya dengan Burma dan merubah namanya menjadi Myanmar.

Dan jadilah Arakan bahagian dari Burma, dan jadilah kaum Muslimin yang sebelumnya merdeka didalam negaranya sendiri (sebelum direbut oleh Buddha) akhirnya menjadi Minoriti(jumlah mereka 3 atau 4 juta jiwa),, sedangkan Kaum Buddha jumlah mereka 50 juta jiwa.

Kaum Muslimin menggabungkan desa-desa mereka yang terpisah dan hidup di dalamnya, mereka berniaga di dalamnya, dan di dalamnya ada organisasi-organisasi yang membiayai para da'i dan masjid-masjid mereka.

Kemudian terjadilah.
Mereka orang-orang Burma yang beragama Budha menyerang desa-desa kaum Muslimin untuk mengusir mereka dari rumah-rumah mereka.

Dan belum lama ini terjadilah penindasan yang sangat mengerikan. Sekelompok kaum Budha menyerang sebuah bus yang membawa 10 orang da'i dari para penghafal Al Qur'an yang mana mereka berkeliling ke desa-desa Muslim mengajarkan mereka menghafal Al Quran dan mendakwahkan meraka kepada Alloh Ta'alaa, menikahkan mereka, dan mengajarkan mereka urusan-urusan agama mereka (Islam).

Yang sangat menyedikan, kelompok ini (Budha) yang menyerang bus para Da'i. Mereka menangkap para Da'i dan mengeluarkan mereka dari bus, mereka memukuli para Da'i dengan pukulan yang mengerikan kemudian menjadikan mereka (para da'i) permainan dengan melukai tubuh-tubuh mereka (para da'i) dengan berbagai jenis senjata tajam.

Kemudian mereka (kaum Budha itu) mengikat lidah-lidah para da'i dengan satu ikatan dan memotong lidah mereka sampai terpisah dari leher mereka tanpa ampun dan tanpa belas kasihan.

Semua itu hanya karena untuk menyiksa mereka karena mereka selalu menyeru kepada Robb- nya dan mengajarkan manusia agama islam dan AlQuran.

Kemudian... mereka (Budha) memotong-motong tubuh para da'i dengan senjata tajam mereka, memotong tangan-tangan dan kaki-kaki para da'i sehingga akhirnya mereka gugur syahid satu persatu.

Sehingga kaum Muslimin melakukan pembelaan terhadap para da'i, Imam Masjid, dan para Khotib mereka.

Kaum Budha menyambut pembelaan mereka (mengisyiharkan perang) dan mulailah mereka (Budha) melakukan pembakaran desa, membakar rumah (kaum muslimin) satu demi satu sampai rumah yang dibakar berjumlah 2600 rumah.

Kemudian gugurlah dalam peristiwa itu (kaum Muslimin) dan gugur dalam usaha melarikan diri serta meninggalkan desa tersebut 90,000 muslim  melalui jalan laut dan darat, dan tidak penindasan serta pembunuhan terhadap kaum Muslimin masih saja terus berlangsung tidak berhenti.

Anak-anak perempuan dan Isteri-isteri mereka diperkosa sampai mati di hadapan orangtua dan di depan mata keluarga mereka, dan mereka di bawah ancaman hunusan senjata tajam!

*Kemudian, kemana hilangnya rasa marah kita..?!*

*Setiap kita hanya bisa bertanya kepada diri sendiri apa yang harus aku lakukan untuk mereka..?!*

Kewajibanmu atas penderitaan mereka sekarang ada dua perkara:

*Pertama, Berdoalah untuk mereka..!*

*Kedua, sebarkanlah berita tentang tragedi mereka sehingga manusia mengetahuinya!*

*dan penyebaran ini adalah selemah-lemahnya iman !*


Jika anda selesai membaca tulisan ini... lakukan perbuatan nyata apa saja yang dapat anda lakukan dengan hati nurani anda... ini pun apabila anda masih memiliki hati nurani yang hidup..!!

Hasbunalloh wa ni'mal wakiil..

Sebarkanlah agar orang-orang Arab dan kaum Muslimin lainnya dapat mengetahui tragedi ini..

AddToAny