responsif teks foto

Isnin, 29 April 2019

Al Fatihah

1964 - 2019

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Rafi bin Abdullah 55.

Arwah dilahirkan pada 01 Ogos 1964 di Kampung Kuala Kechau Kuala Lipis, merupakan Ketua Kampung (Tok 4) Sungai Koyan 1, Bekas pemimpin Belia Kuala Lipis, Coach Bola Sepak. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah beliau di No 143 Felda Sungai Koyan 1 pada 29 April 2019 jam 7.00 pagi,


 "Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..."  Amin.


Tanah Perkuburan Sungai Koyan

aktiviti berbasikal 

Majlis Jamuan Hari Raja

Kenangan  1987

Ahad, 14 April 2019

SUSAHNYA MEMOHON TANAH DI PAHANG

Oleh : Isma Nazom Bin Abdul Hamid

1. Siapa pernah memohon tanah di negeri Pahang tetapi tak pernah berjaya, angkat tangan.

2. Pemohon 06, ibu bapa 06, atuk nenek 06, zaman sebelum atuk nenek belum ada sistem 06, kalau tidak 06 juga ic moyang kita.



3. Seketika dahulu seorang rakyat Pahang layak memohon sejumlah 6 ekar, sekarang turun 3 ekar sahaja. Layak memohon tahu tak, bukan layak mendapat.

4. Bagi yang ada syarikat Sdn Bhd layak memohon sehingga 50 ekar. Tubuhkan Sdn Bhd memakan RM 5,000 juga. Kertas kerja kena cantik, main politik kena cekap, jika tidak buang masa, duit dan harapan.

5. Permohonan ada kaedahnya yang memaksa kita turun naik Pejabat Tanah Daerah. Ada bayaran tertentu yang mesti dijelaskan.

6. Lihat pelan lain cerita, beli plan cerita seterusnya, sekurang-kurangnya 3 orang pegawai kita kena jumpa sebelum permohonan boleh dimajukan.

7. Zaman dahulu permohonan direkod di dalam satu Buku Daftar saiz gergasi. Zaman sekarang masuk dalam pangkalan data komputer. Zaman dahulu selepas permohonan dibuat tunggulah dua bulan untuk dapat kad putih menandakan permohonan telah diproses. Tunggu punya tunggu kad putih pun tak sampai sampai.

8. Untuk tahu satu tanah itu kosong yakni milik kerajaan kena membuat penyelidikan dahulu dengan jiran tanah berdekatan, ketua kampung, Penghulu dan mungkin YB.

9. Dari zaman Buku Daftar gergasi sampai zaman super komputer, permohonan tinggal permohonan. Dari memohon 6 ekar sehingga turun 3 ekar, borang diisi jelas tidak menghasilkan apa-apa. Tubuhkan syarikat Sdn Bhd dan mohon lagi, setakat dipanggil temuduga kemudian senyap sepi bagai dilanggar garuda.


Mohon tahun 2008 surat tolak Nov 2021, Terbaik... dia balas juga dengan surat.

10. 3 ekar lepaslah untuk tapak rumah dan kebun sedikit. Kalau takde duit sendiri maka sampai mati tak bertanah. Nak membeli rumah di perumahan harganya bagi orang biasa, amatlah menyedihkan. Kalau ada tanah sendiri boleh juga diansur perlahan-lahan buat rumah sendiri. Nak beli rumah perumahan, puas berjawab dengan bank akhirnya pinjaman gagal. Tumpang mak ayah lagi gayanya.

11. Yang anehnya kelihatan beberapa golongan tertentu yang bukan berkod 06 dengan senang lulus permohonan. Begitu juga dengan syarikat Sdn Bhd beralamat luar Pahang. Apa lagi GLC negeri mahu pun GLC kebangsaan dapat beratus ribu ekar dengan premium kadar rendah. Kerta kerja dia orang mantap kot. Atau cara berkerja dengan ahli politik dan birokrat akrab kot. Birokrat ni kakitangan kerajaanlah dari yang teratas sampai yang terkebawah,

12. Apa lagi salahnya menjadi orang 06 ni agaknya. Bukan salah ibu mengandung. Ini bukan takdir. Ada sesuatu di dalam pentadbiran sana yang tidak diketahui oleh rakyat biasa.

13. Eloklah sesiapa yang pernah lulus memohon tanah di Pahang ini membuka satu kursus jangka pendek bertajuk Sijil Cara Memohon Tanah Sampai Lulus Negeri Pahang. Boleh kita pergi ramai-ramai ke kursus tersebut.

14. Negeri paling luas di Malaya tetapi penduduk asal ramai tak bertanah. Malas nak tulis statistik orang muda tak bertanah, tak berumah dan berkod 06 di sini.

15. Tak boleh ke dibuat satu skim di setiap daerah dibuka satu kawasan memilikki tapak rumah bagi semua kod 06 yang merempat di negeri sendiri. Bagilah dalam 8000 kaki persegi setiap keluarga, itu baru 1/8 ekar. Wujudkan database yang dah dapat atau dah ada tanah kedaung berpuluh ekar tak layak ambik borang online pun.

16. Tanah bidang kuasa negeri, takkanlah tak pernah wujud idea sebegini di kalangan Exco yang semuanya bijak pandai. Wakil rakyat kita pergi mana, tolonglah bincangkan dan suarakan kepada yang berkenaan.

17. Bukan memandai-mandai atau sengaja nak menyakitkan hati sesiapa. Ini realitinya, hakikatnya.

18. Doa sebelum pejam mata ialah semoga tanah 2 kaki darab 6 kaki dalam 6 kaki tak perlu memohon terlebih dahulu, mana tahu satu masa nanti sesiapa yang rasa dah nak mati sangat sila isi borang online untuk rizab kubur sendiri! Khalas.

2 kaki 6 kaki dalam

Sabtu, 6 April 2019

Malaysia menarik diri daripada Statut Rome

Ada usaha libatkan Raja-raja tentang kerajaan - Mahathir

5 Apr 2019, 7:02 malam (Dikemaskini 5 Apr 2019, 7:05 malam)
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.

Sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan statut itu membahayakan negara, beliau pada sidang akhbar di Putraaya, hari ini, berkata kerajaan sedar bahawa ia adalah langkah politik untuk mendapatkan sokongan daripada Raja-Raja.

"Memanglah, sesetengah anggota kerabat diraja mungkin terlibat. Tetapi keseluruhan rancangan ini adalah supaya kerabat diraja di Malaysia menentang kerajaan sekarang.

“Itulah motifnya. Tetapi disebabkan kekeliruan ini dan kekeliruan dalam kalangan Raja-Raja, kami membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf statut berkenaan.

"Kami menarik diri bukan sebab Statut Rome membahayakan kami, sebaliknya disebabkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh sesetengah orang, termasuk mereka yang bercita-cita politik. Kami tahu (perkara) ini,” katanya sambil menambah keputusan untuk menarik diri dicapai secara bersama dalam mesyuarat mingguan kabinet.

Kurang senang

Dr Mahathir yang jelas kelihatan kurang senang, berkata beliau tahu ada percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Harapan dan diri beliau sendiri selaku perdana menteri, menggunakan isu Statut Rome dengan mendakwa kerajaan telah menyerahkan semua kuasa kepada pihak asing.

"Saya amat terkejut apabila ada orang yang cuba menggunakan penerimaan Statut Rom ini sebagai bukti bahawa kerajaan telah menyerahkan segala-galanya kepada statut ini.

"Tiada satu cara pun untuk mereka ambil tindakan ke atas kita, jika sebagai contoh, kerajaan terdahulu 'bossku curi duit', kami mengambil tindakan berlandaskan undang-undang dan tiada apa juga cara untuk mereka campur tangan,” katanya yang nyata merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

"Tetapi sekarang dalam isu ini, mereka nak cuba nak gunakan untuk memburukkan kerajaan terutama melabelkan saya sebagai pengkhianat kepada bangsa saya.

"Tak apalah, mereka dah label saya pengkhianat. Mereka pengkhianat besar.

“Masa Najib curi duit, jual tanah dan buat macam-macam, mereka tidak tegur satu patah pun. Mereka bersembunyi (dan) saya pun tak tahu di mana, tetapi mereka bimbang tindakan mungkin diambil ke atas mereka," katanya.

Dr Mahathir berkata memandangkan kerajaannya menjunjung kedaulatan undang-undang dan mahu mengambil tindakan ke atas mereka, pihak ini membangkitkan isu Statut Rome.

"Ini adalah isu politik, bukan persoalan tentang undang-undang, sebaliknya percubaan untuk memburuk-burukkan nama kerajaan ini dan nama saya. Saya tahu kenapa… sebab saya sentiasa tegas dengan pengubahan wang haram.

“Siapa jua yang melanggar undang-undang, kami tak peduli siapa mereka, kami akan ambil tindakan. Kami tak peduli sama ada mereka putera raja atau papa kedana. Itu pendirian kami.

"Tetapi, mereka berjaya menimbulkan kekeliruan dalam minda rakyat kononnya undang-undang ini menidakkan hak orang Melayu dan Raja-Raja. Ini sama sekali mengarut. Mereka tak mungkin datang dan menyingkirkan Raja kita sebab ada tentera yang mungkin telah menembak seseorang. Itu tidak boleh dilakukan,” katanya.

Bunuh orang

Dalam perkara ini, menurut Dr Mahathir, Yang di-Pertuan Agong bukanlah seorang eksekutif atau ketua negara, sebaliknya baginda bertindak atas nasihat perdana menteri.

"Memanglah, mereka boleh datang dan ambil tindakan ke atas saya. Tetapi untuk apa? Adakah saya akan bunuh orang? Adakah saya akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu?

“Sayalah yang paling membantu orang Melayu lebih daripada sesiapapun sehinggalah saya dikenali sebagai 'Ultra Malay'. Tetapi kini mereka cuba merosakkan imej itu demi memajukan kerjaya politik mereka,” katanya.

Sungguhpun ada pihak beranggapan mereka boleh mencuri tanpa dikenakan sebarang tindakan sekiranya kerajaan tidak menandatangani statut itu, Dr Mahathir berkata kerajaan tetap akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tanpa mengira siapa mereka.

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa sekiranya Malaysia menerima Statut Rome, akan wujud kes bertentangan, misalnya berlaku kes hak asasi manusia di negara ini, dan ini akan mengakibatkan Malaysia hilang kebebasannya untuk menggubal dasar serta undang-undangnya sendiri.

Mahathir begitu marah 

"Ini tidak benar. Yang benar adalah kalau kita keterlaluan membuat sesuatu yang dianggap amat buruk sekali. Bagaimanapun, jika kita tidak tandatangani (statut itu) sekalipun, jika kita melakukan perkara yang keterlaluan, seluruh dunia tetap akan menentang kita. Statut Rom hanya terkena kepada kita kalau kita bertindak secara keterlaluan.

"Myanmar contohnya yang tidak menandatangani Statut Rom dan melakukan perbuatan keterlaluan, menyebabkan dunia mengambil pandangan berat terhadapnya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berpandangan serius tanpa apa-apa pengakuan mengenai statut itu,” katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan semasa tidak melakukan sebarang tindakan yang keterlaluan, sebaliknya memastikan setiap rakyatnya menikmati kekayaan dan peluang di negara ini yang diagihkan dengan saksama.

Ketika ditanya kenapa beliau begitu marah berhubung perkara itu, Dr Mahathir berkata: "Saya melihat ini sebagai satu cara untuk menconteng arang di muka saya, sebab mereka tahu mereka tidak boleh senang-senang menyingkirkan saya, jadi mereka perlu mencemarkan nama baik saya.

"Sama seperti dulu semasa saya dipanggil Maha Zalim tetapi mereka terima saya sebagai pemimpin mereka.

“Perkara ini berlaku dalam politik, tetapi saya dapati percubaan tertentu ini untuk mendapatkan pembabitan Raja-Raja, untuk mencari pengaruh, supaya Raja-Raja menandatangani sesuatu bagi menentang saya. Dalam hubungan ini, saya fikir saya perlu cakap terus terang... bahawa mereka tidak boleh melakukannya.

"Bukan sebab kami takut kepada mereka, tetapi sebab mereka menggunakan politik ini ke atas orang yang jahil,” katanya.


Tun Mahathir Mohamad
5 Apr 2019

Khamis, 4 April 2019

PELOMBONG HARAM

 Admin PahangKu 

Palong Lombong
Operasi Lombong 4.0 kali ini menyaksikan kejayaan apabila seramai tujuh ‘Orang Kena Tangkap’ (OKT) warga asing telah ditahan ketika berada dalam kawasan lombong tanpa permit dan mereka diserahkan kepada Jabatan Imegresen untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, pihaknya tidak akan memberi muka kepada syarikat dan individu yang melakukan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal di Negeri Pahang secara haram.

“Jabatan tidak akan berkompromi dengan syarikat dan individu yang terbabit dengan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal di negeri ini secara haram.

“Tindakan tegas menanti pihak terbabit, selain dikenakan denda peralatan dan jentera mereka turut akan dirampas,” katanya, hari ini yang mengulas kejayaan hari kedua Operasi Lombong 4.0 di daerah Lipis.

Selain dariapada JPNP, program empat hari ini turut disertai oleh 180 orang pegawai daripada pelbagai agensi termasuklah PTG, Polis Diraja Malaysia (PDRM), abatan Mineral dan Geosains (JMG); Pejabat Daerah dan Tanah Lipis; Jabatan Alam Sekitar (JAS); Badan Kawal Selia Air (BKSA); Jabatan Imigresen dan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Mohd Hizamri menjelaskan, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap terhadap lebih 55 lombong dalam kawasan hutan simpan kekal dan tanah kerajaan seluas 60,000 hektar di daerah ini dalam tempoh dua hari operasi.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata lesen melombong bijih emas dan besi hanya dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), manakala permit penggunaan hutan simpan bagi jentera dan pekerja dikeluarkan jabatan perhutanan.

Antara kegagalan syarikat perlombongan gagal memperbaharui lesen melombong bijih emas dan besi adalah kerana sikap cuai dan mengambil mudah terhadap aspek keselamatan dan pelesenan.

Syarikat perlombongan beroperasi tanpa lesen boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 dan akta pihak berkuasa lain.

Sumber

Rabu, 3 April 2019

Isu Alam Sekitar - Sungai Ichat

Pencemaran Sungai
Kerajaan Negeri perlu bertegas dalam hal ini,” kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengenai tindakan penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah di Cameron Highlands khususnya di kawasan tadahan air Terla, sejak 25 Februari lepas.

“Maka permintaan para pekebun kecil berkenaan tidak dapat dilayani, demi memelihara alam sekitar daripada tercemar seterusnya bagi menjamin bekalan air terawat yang berterusan untuk keperluan kira-kira 70 peratus penduduk Cameron Highlands,” katanya lagi.

Kata-kata ini ialah sebagai reaksi kepada permintaan Persatuan Pekebun-pekebun Kecil Kuala Terla Cameron Highlands agar Kerajaan Negeri tidak meneruskan fasa kedua kerja-kerja penguatkuasaan berkenaan, yang dijangka bermula pada 1 April.

PENGUATKUASAAN EKORAN PENCEMARAN

Dato’ Sri Wan Rosdy menegaskan bahawa, tindakan penguatkuasaan berkenaan ialah ekoran pekebun-pekebun terbabit telah mengerjakan kebun-kebun tersebut di dalam kawasan tadahan air Terla hingga mencemarkan air Sungai Ichat di situ.

Oleh kerana pencemaran tersebutlah maka Loji Rawatan Air (LRA) yang dibina dan beroperasi sejak 2007 yang sepatutnya memperolehi sumber air mentahnya dari kedua-dua Sungai Ichat dan Sungai Terla yang berhampiran, terpaksa bergantung kepada Sungai Terla sahaja.

Pencemaran di Sungai Ichat terutamanya – pada satu bahagian sepanjang kira-kira 200 meter telah berlaku pencerobohan melampaui zon penampan di kedua-dua belah tebingnya; yang telah dilaporkan sendiri oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Parit dan Saliran (JPS).

MAKLUMAT INDEKS KUALITI AIR SUNGAI TERLA BULAN JANUARI 2019

PERKARA-PERKARA YANG HENDAK DIMALUMKAN

1. Sungai Ichat merupakan anak sungai yang mengalir ke dalam Sungai Terla.Tedapat lebih kurang 60 buah kebun dalam kawasan seluas 60 ekar di sekitar Sungai Ichat telah dikenalpasti.

2. Sunggai Ichat akan mengalir masuk ke Sungai Terla ( downstream water intake Terla ) dan seterusnya akan masuk ke Sungai Telom sebelum memasuki Sungai Jelai.

3. Aktiviti sosioekonomi utama yang dikenalpasti di sepanjang Sungai Ichat dan Sungai Terla adalah aktiviti pertanian.

ISU-ISU ALAM SEKITAR

3. Aktiviti pertanian ( kebun sayur dan bunga ) yang tidak terkawal sehingga memasuki kawasan rizag sungai ( tiada zon penampan ) di tebing-trbing sungai telah mengakibatkan aliran masuk air permukaan ( mengandungi tanah, baja dan racun pertanian ) secara langsung mengakibatkan kemerosotan kualiti air sungai.

4. Bacaan Indeks Kualiti Air ( IKA ) bagi bulan januari 2019 di Stesen-Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Terla adalah di paras 88 Kelas IIA iaitu ia memerlukan rawatan konvensional.

5. Bekas-bekas racun yang tidak diselenggara dan dibasuh mengikut kaedah yang ditetapkan menyebabkan racun-racun masuk ke sungai.Pengggunaan racun pertanian yang tidak terkawal dan jugga racun-racun pertanian yang tidak dibenarkan digunakan turut menyumbang kepada masalah pencemaran.Pengawasan penggunaan racun pertanian adalah di bawah Akta Racun 1952.

Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) yang ketika itu ialah Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, terpaksa mengambil keputusan untuk tidak mengalirkan air dari Sungai Ichat yang tercemar itu ke muka sauk, seterusnya ke LRA Terla.

Sungguhpun begitu, Sungai Terla yang menjadi penyumbang tunggal kepada LRA Terla dan ia adalah penyumbang 70 peratus bekalan air terawat kepada penduduk Cameron Highlands; kinipun sudah menghadapi masalah kekurangan air mentah.

LRA Kuala Terla sebenarnya, berkapasiti antara 780 meter padu sejam dan 800 meter padu sejam tetapi ekoran air mentah dari Sungai Terla pun semakin berkurangan, ia hanya dapat memproses dan menjana antara 480 meter padu sejam dan 550 meter sejam sahaja.

Oleh itulah, keperluan air mentah dari Sungai Ichat sangat diperlukan untuk turut diproses oleh LRA Kuala Terla. Sebelum air mentah dari Sungai Ichat dapat dan selamat digunakan, pemulihan Sungai Ichat tentu perlu dilaksanakan dan ini akan mengambil masa sebelum air sungai tersebut boleh digunakan.

Sumber Jabatan Alam Sekitar Cameron Highlands.

Pinjaman Sara Hidup FELDA dikurangkan

Felda hari ini menjelaskan bahawa keputusan mengurangkan bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil daripada RM1,500 sebulan kepada RM 1,000 sebulan tidak dapat dielakkan berdasarkan keadaan kewangan semasa Felda yang kritikal.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporatnya, Felda berkata ia berhadapan cabaran kewangan bagi menjelaskan komitmennya sebanyak RM500 juta setahun bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil peneroka.

Ia menarik perhatian bahawa sehingga kini Felda telah menggunakan dana dalaman sekitar RM7.5 bilion untuk membiayai pinjaman peneroka.

"Keutamaan Felda pada masa ini adalah untuk melunaskan tunggakan kepada kontraktor dan pembekal terutamanya koperasi kepunyaan peneroka yang terlibat dengan kerja-kerja operasi sawit seperti angkut dan tuai.

"Jika pembayaran kepada kontraktor dan pembekal ini lewat, produktiviti kebun serta pendapatan peneroka akan terjejas," kata kenyataan itu.

Menurutnya, institusi kepimpinan peneroka seperti Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKPP), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Kami Anak Felda (KAF) telah bersetuju bagi pelaksanaan penurunan kadar sara hidup kepada RM1,000 berdasarkan keupayaan kewangan Felda serta keputusan Lembaga Felda pada 13 Dis 2018.

“Dengan pengurangan ini, purata beban hutang peneroka bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dapat dikurangkan daripada RM99,000 kepada RM71,000 bagi setiap peneroka yang telah mengambil pinjaman ini,” kata Felda.

Kata kenyataan itu lagi, pengurangan jumlah hutang peneroka ini akan membantu mengurangkan komitmen peneroka untuk membayar balik hutang kepada Felda iaitu daripada purata RM550 sebulan kepada RM390 sebulan.

Majlis Permuafakatan NGO Felda semalam dilaporkan menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenai penurunan bayaran berkenaan.

- Bernama


AddToAny