Susulan kepada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil keputusan untuk melancarkan serangan balas terhadap musuh di sebuah kawasan yang disyaki kubu kuat mereka.
Dianggarkan 400 anggota pengganas berkubu di situ berserta dengan 3,600 jerangkap samar yang telah dipasang sekitarnya.
Operasi dirancang berdasarkan maklumat SEP (Surrendered Enemy Personnel) yang dikenali sebagai Abdullah. Dia mengatakan yang dia telah dilatih di sebuah kem di kawasan pergunungan berhanpiran sempadan Thailand.
Kem tersebut mampu menempatkan beberapa ratus pengganas komunis dan dilengkapi dengan generator elektrik dan juga mesin cetak. Bagaimanapun dia tidak dapat memastikan lokasi kem tersebut dengan tepat.
Seorang pegawai tentera mengatakan dia pernah nampak kawasan kebun sayur seperti yang dikatakan oleh Abdullah dan mahu beliau mengikutnya untuk mengecam kawasan tersebut.
Bagaimanapun Abdullah enggan kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk melakukan tinjauan dari udara.
🔸Formasi yang terlibat adalah seperti berikut:
Markas 2 Divisyen Infantri - Mej. Jen Dato' Mahmood Sulaiman
Markas 6 Briged Infantri - Brig. Jen. Dato' Arul Pragasam
Rejimen Gerak Khas Malaysia (1 RGKM) - Lt. Kol Hasbullah Bon
Markas Jurutera 2 Divisyen - Lt. Kol Mei York Chee
No. 3 Skuadron Jurutera - Mej. Akhbar Khan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Kekuatan Pasukan Penggempur - X Skuadron, 1 RGKM (60 sukarela)
Ketua - Lt. M Basri (23 April hingga 25 April 1976) diambilalih Lt. M Mior Safian
LLP - 18 anggota
Tugasan Utama Jurutera - membantu pasukan komando RGK
Membina tempat mendarat helikopter
Membersihkan jerangkap samar
Serangan Udara
Pada 16 April 1976, jet-jet CL-41G Tebuan dari No.6 Skuadron dan F5E Tiger II dari No.12 Skuadron TUDM telah terlibat dalam melakukan serangan udara.
Beberapa jet Tebuan dilengkapi dengan minigun dan roket manakala sebahagian lagi membawa bom-bom 500 lbs.
Helikopter Allouette bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk menandakan sasaran.
Serangan pertama tidak memberi banyak kesan kerana kawasan hutan tebal cukup memberi perlindungan kepada sasaran.
Bagaimanapun serangan bertubi-tubi itu akhirnya berjaya membuatkan sebahagian besar pengganas komunis berundur ke sempadan Thailand melalui terowong khas yang telah mereka bina.
Laporan yang diterima keesokkannya menunjukkan terdapat kesan-kesan darah dikawasan sasaran.
Pendaratan Pasukan Penggempur.
Percubaan pertama gagal kerana mereka diserang terlebih dahulu oleh penganas komunis. Percubaan kali ke-2 diiringi oleh helikopter gunship Allouette.
Anggota-anggota komando Gerakhas (RGK) menggunakan 3 buah helikopter Nuri untuk masuk ke kawasan sasaran.
Ini adalah satu-satunya cara 'insertion' kerana kawasan sekitar telah dipasang banyak jerangkap samar.
Helikopter ke-2 mula-mula menurunkan anggota, bagaimanapun teknik rapelling tidak dapat dilakukan kerana tali tersangkut dipokok.
Kaedah winching (menggunakan kabel yang dijana mesin) kemudian digunakan.
Bagaimanapun, kedatangan mereka disedari oleh pasukan musuh. Pengganas komunis menembak helikopter dengan pelancar grened M79 tetapi tersasar mengenai pokok.
Pertempuran berlangsung selama kira-kira setengan jam. Kedudukan tersebut akhirnya berjaya ditawan oleh RGK tetapi memakan korban dengan 11 anggota RGK terbunuh, manakala 22 pengganas komunis dapat dibunuh.
Mereka meneruskan pembersihan jerangkap samar dikawasan laluan dan menyediakan Landing Point (LP) untuk pendaratan anggota jurutera yang akan meneruskan kerja-kerja memusnahkan jerangkap samar serta membuat penyiasatan dan kajian lanjut keatas terowong yang ditemui.
Dalam proses pengeledahan dan pembersihan 3 anggota cedera RGK telah tercedera terkena jerangkap samar, mereka ialah:
Sarjan Ahmad Jantan - cedera parah di kaki
Truper Yaacob Hassan - cedera parah di kaki
Truper Hussin Mahbeb - cedera parah di tangan
Pembersihan Dalam Terowong
Pembersihan di dalam terowong diteruskan pada 25 April 1976. Laluan dalam terowong yang telah dibersihkan dari jerangkap samar akan diletupkan.
Tugas ini dilaksanakan oleh Terup 1 dan Terup 2 dari 3 Skuadron Jurutera.
Ketika di dalam terowong, team yang diketuai oleh Lt. Meor telah berada jauh dihadapan. Lt. M Basri dengan ditemani L/Kpl. Abdullah pula menuruni 31 anak tangga didalam terowong tersebut. Mereka menggunakan lampu suluh kerana suasana di dalam terowong itu agak gelap.
Ketika itu Lt. M Basri terlihat satu guni beras yang diletakkan di sebelah kiri laluan dan mengesyaki terdapat jerangkap samar di situ. Beliau mengarahkan anggota-anggota lain mengikuti rapat di sebelah kanan.
Sebaik saja Lt. Muda Basri melangkah kakinya ke kanan, tiba-tiba berlaku satu letupan kuat. Dia rebah dan senjata yang dibawanya terpelanting. Dia telah mengalami kecederaan di punggung. Ketika itu juga L/Kpl. Abdullah menjerit memberitahu bahawa dia tercedera di bahagian dada.
Sememangnya jerangkap samar itu dipasang pada ketinggian yang menjadikan jantung sebagai sasaran. Beliau diusung naik keluar dari terowong dalam keadaan parah dan setibanya di permukaan, beliau menghembuskan nafas terakhir.
Tragedi Nuri Ditembak Jatuh - 26 April 1976
Sebuah helikopter Nuri yang membawa bekalan peluru, bahan letupan (untuk memusnahkan terowong) dan juga 11 penumpang serta krew telah ditembak jatuh oleh pengganas komunis. Berikut adalah senarai mangsa yang terkorban didalam tragedi itu:
Lt. (U) Chung Ming Teck PTU, No.10 Skuadron, Kapten helikopter
Lt. (U) Wan Munsiff bin Wan Salim KPK, No.10 Skuadron, Co-pilot
Kapt. (U) Mustapha Kamal bin Mohamad Shafie KPK, No.7 Skuadron (Co-pilot)
Mej. Haris bin Rejab, MMLO Haadyai
Kapt Sulaiman bin Abdullah, 6 Briged Infantri
Lt. Ibrahim bin Zakaria, Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
Sjn Kamis bin Dolmat, Batalion ke-3 RAMD
L/Kpl. Kamarulzaman bin Zakaria, X Skuadron Rejimen Gerakhas (RGK)
L/Kpl. Suandi bin Saim, X Skuadron RGK
Pada 27 April 1976, elemen jurutera dan sebahagian anggota komando dikeluarkan dari kubu pengganas tersebut setelah berjaya memusnahkan terowong dan bunker. Mereka bergerak menuju ke "extraction point".
Helikopter melakukan beberapa penerbangan ulang-alik sehinggalah ia disedari oleh sepasukan pengganas komunis. Penerbangan terpaksa dihentikan, baki 18 anggota komando RGK terpaksa ditinggalkan dan mereka diarah melakukan RV (rendezvous) disatu kawasan berhampiran LP (landing point) di mana sepasukan komando akan menanti ketibaan mereka untuk dibawa keluar.
The Great Escape
1 Mei 1976
Kumpulan 18 anggota komando itu diketuai oleh Lt. M Aziz Rashid (bersara Lt. Kol). Dianggarkan terdapat seramai 60 pengganas komunis mengepung lokasi mereka. Kawasan ini ditanam dengan anak pokok getah.
Pengganas komunis datang dengan menaiki lori. Lt. M Aziz memecahkan anggotanya kepada 3 kumpulan. Mereka diingatkan tidak menembak musuh kecuali kehadiran mereka sangat jelas kerana hendak menjimatkan peluru. Anehnya mereka tidak diserang pada malam itu.
Beliau sempat menghubungi Z Skuadron dan dia dimaklumkan helikopter Nuri tidak dapat mengambil mereka kerana lokasi didapati tidak selamat.
Seterusnya, beliau diarahkan untuk RV dengan sepasukan komando yang telah ditugaskan untuk menyelamatkan mereka.
2 Mei 1976
Markas Taktikal di Gubir telah menghantar 2 x helikopter Allouette (gunship) ke lokasi yang dilaporkan oleh Lt. M Aziz. Beliau telah mengarahkan Alouette tersebut menembak kekawasan tertentu yang dipercayai ada pengganas komunis.
Setiap helikopter menghamburkan 200 butir peluru meriam 20 mm HE (High Explosive). Lt. M Aziz dan anggotanya bergerak keluar tetapi tidak mengikut "track" yang sedia ada dikhuatiri ianya telah dipasang jerangkap samar.
Dalam perjalanan mereka menemui sebuah kem pengganas komunis yang telah ditinggalkan secara tergesa-gesa mungkin untuk menyelamatkan diri dari serangan helikopter Allouette tadi.
Menyedari yang musuh akan terus memburu mereka menjelang malam, Lt. M Aziz mengarahkan anggotanya membuat "rumah batu" (hammock juga digelar Jungle Hotel - Jungtel).
Ini bukan kebiasaan bagi anggota komando kerana mereka biasanya tidur berhamparkan ponco diatas tanah. Rupanya ini adalah umpan untuk mengelirukan pasukan musuh.
Mereka bergerak meninggalkan lokasi itu dan menuju ke kawasan tinggi untuk membuat serang hendap.Seperti malam sebelumnya, arahan jangan menembak kecuali kehadiran musuh jelas.
Selain itu anggota diingatkan kemungkinan pangganas komunis akan memasang lampu suluh pada hujung kayu panjang dan menyuluh ke arah atas untuk mengelirukan penembak.
Sebagaimana yang dijangkakan, memang benar musuh menghampiri kawasan khemah (Jungtel) mereka kerana kelihatan cahaya lampu suluh menghala keatas.
3 Mei 1976
Menjelang pagi mereka turun semula ke Jungtel dan mendapati banyak kesan tapak kaki disitu, dianggarkan kira-kira 40 pengganas komunis telah menggeledah kawasan itu.
Mereka meneruskan perjalan ke RV dan apabila tiba dikawasan sempadan Malaysia - Thailand terdapat tanda lakaran jerangkap samar yang dilekatkan pada 2-3 batang pokok.
Memang pengganas komunis akan meninggalkan tanda jika sesuatu kawasan itu telah dipasang jerangkap samar supaya kawan-kawan mereka akan menghindari kawasan tersebut.
Bagi mengelak dari terkena jerangkap samar, mereka mengikat 3 beg galas (haversack) dengan tali dan melontar ke arah laluan dihadapan.
Kemudian tali akan ditarik perlahan-lahan sekiranya ada jerangkap samar yang meletup, itu tidak akan memudaratkan mereka kerana mereka berada dalam jarak yang selamat.
Proses ini diulang sehinggalah mereka selamat tiba di kawasan RV. Sepasukan komando RGK dari Y Skuadron yang diketuai oleh Lt. M Rajasegaran telah menanti mereka. Inilah kali pertama dalam beberapa hari mereka berpeluang mendapatkan makanan.
Seterusnya mereka bergerak menuju ke LP dan diterbangkan oleh helikopter Nuri ke Kem Gubir. Ketika disana, Lt. M Aziz telah dimaklumkan pihak atasan telah menyediakan 18 keranda seandainya mereka tidak dapat kembali dengan selamat.
AL-FATIHAH BUAT PEJUANG TANAH AIR YANG GUGUR......
HAPUSKAN ANCAMAN PENGGANAS YANG MENGANCAM KESELAMATAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.
Hari ini (Jumaat) bertarikh 27.8.2021. Pusara Daerah Lipis menerima penghuninya yang pertama. Batu nisannya bernombor 1. Arwah Wak Boimi Taman Pertama yang berasal dari Johor.
Pusara Tempoyang sudah tidak menerima jenazah yang bukan anak Tempoyang kerana kawasan yang sangat terhad. Pusara Daerah ini terletak di tanah Majlis Agama Islam di jalan Padang Tembak.
"Kita semua yang masih hidup pasti akan menyusul..."
"Semasa hidup banyakkan amal soleh sebagai bekalan untuk hari kemudian..."
Pejabat Agama Islam Daerah Lipis mengalukan sumbangan orang ramai bagi membiayai kos pengurusan dan membeli alatan bagi melancarkan operasi Pusara Daerah.
Boleh berhubung dengan Pegawai Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis dan Masjid Saidina Ali bin Abi Talib Kampung Tempoyang.
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebentar tadi.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada jam 2.30 petang. 21 Ogos 2021.
Ismail Sabri kemudian menandatangani dokumen-dokumen berkaitan sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebelum istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Yang turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
BIODATA DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
JAWATAN DALAM POLITIK:
1987 : Ahli Jawatankuasa UMNO Temerloh
1988 : Ketua Penerangan UMNO Temerloh
1993 : Ketua Pemuda UMNO Temerloh
2001 : Timbalan Ketuan Bahagian UMNO Temerloh
2004 : Ketua Bahagian UMNO Temerloh
2019 : Ketua Pembangkang
2018 hingga kini : Naib Presiden UMNO
WAKIL RAKYAT : 2004 hingga kini : Ahli Parlimen Bera & Ketua Bahagian UMNO Bera
JAWATAN DALAM KERAJAAN:
2008-2009 : Menteri Belia dan Sukan
2009-2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan
2013-2015 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2015-2018 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
a. Antaranya dengan membawa masuk barang-barang dari bomoh seperti tangkal-tangkal, wafak, senjata lama, barang-barang yang telah dipuja.
b. Belajar ilmu kebatinan
c. Tdak merawat sihir lebih dari 40 hari....
d. Tidak meruqyah diri apabila tahu susur galur keluarga moyang mereka Ada menggunakan khidmat jin.
2. Perbuatan kita yang boleh menjemput mereka datang
a. Sisa tulang pada dapur dan sinki tidak dibuang sebelum malam menjelma.... Automatik Jin kelas pertama iaitu Jin yang bersayap yang duduk di tempat tinggi yang selalu duduk pada bumbung rumah kita akan terhidu dan akan turun masuk ke dalam rumah kita untuk makan....apabila ia berlaku setiap hari ia akan mencari tempat terdekat di dalam rumah itu sebagai tempat tinggal contohnya seperti tinggal di fridge magnet di peti ais yg berbentuk makhluk hidup.... Lalu barang-barang dapur yang tidak ditutup akan cepat membusuk.
b. Tidak menutup pintu tandas di dalam rumah selepas menggunakan nya....lalu mereka bebas bermain di dalam rumah dan bersembunyi pada hiasan rumah yg kita sayang atau pada hiasan berbentuk makhluk hidup, atau pun perhiasan rumah yang pernah menjadikan kita syirik kepada ALLAH...
c. Bunyi-bunyian dari alat muzik
d. Baju kotor yang digantung didalam rumah selepas keluar rumah tanpa terus membasuh nya.
e. Rumah yang kotor
f. Bilik tidur yang tidak pernah dialihkan perabotnya
g. Rumah yang tidak dibacakan al Quran
h. Rumah yang dijadikan sarang maksiat
i. Rumah yang ada emas yang tidak digunakan.
j. Rumah yang ada benda-benda dari hutan yang tidak digunakan seperti buluh
k. Rumah yang malaikat tidak masuk kerana ada pelihara anjing atau bunyi nyanyian yang terlalu lama
Jika Ada perkara-perkara seperti di atas, jangan ditanya mengapa bayi menangis berpanjangan, jangan ditanya mengapa ummu sibyan boleh masuk ke dalam rumah, dan jangan ditanya mengapa kita mencari pakar perubatan tradisional atau bomoh untuk berubat.... Lalu masalah ini akan berterusan.....
Inilah liciknya permainan Jin, iblis dan syaitan.
#RUNGKAI bahayanya tipudaya iblis,Jin dan syaitan melalui perkara-perkara Kecil....
# setiap hari.. tauhid dan akidah diserang tanpa kita sedar..... Kesannya tempias pada akhlak kita...
#Walaupun Korang nak muntah membacanya, aku tetap akan teruskan merungkainya sebab nampak lebih 80% orang sekeliling kita Tanpa mereka sedar atau tidak telah terjebak dengan syirik setiap Hari termasuk dari kalangan yang bijak pandai.... Di sebabkan syirik itu Ramai yg sukar menghadapi kematian, mereka mati dalam keadaan yg sangat-sangat Terseksa....
#Manusia biasa tiada kelebihan... kelebihan hanya Ada pada para nabi-nabi sebagai kayu ukur... Lebih pada itu adalah menggunakan khidmat Jin.
Ada member asyik complain je bil TNB naik sejak work-from-home? Jangan risau, kami ada cara untuk member anda menjimat sebanyak RM700 setiap bulan dan pada masa yang sama anda juga boleh menang wang tunai!
Anda hanya perlu kongsikan pautan rujukan unik anda kepada rakan rakan dan keluarga yang berminat untuk menjimat bil elektrik mereka.
Untuk setiap pendaftaran, anda akan berpeluang untuk menjadi antara 30 orang pemenang! Peluang anda akan berakhir pada 31 hari bulan Ogos jam 5 petang.
PELAKSANAAN PENGURUSAN PERMOHONAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH (BMJ) SECARA ATAS TALIAN
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sebagai salah satu usaha untuk mengesan kematian Veteran ATM dan waris dengan lebih awal, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM akan melaksanakan pengurusan permohonan BMJ secara atas talian di pautanhttp://bmj.jhev.gov.my/ berkuat kuasa mulai 2 Februari 2021, Selasa.
3. Melalui kemudahan yang disediakan ini, pemohon yang terdiri daripada Veteran ATM berpencen dan tidak berpencen serta waris-waris mereka boleh melengkapkan borang permohonan secara atas talian di portal BMJ.
4. Selain itu, portal BMJ tersebut membolehkan pemohon untuk menyemak status permohonan dari semasa ke semasa sehingga diluluskan hanya di hujung jari dan di mana-mana mereka berada. Melalui portal ini, permohonan BMJ bagi Veteran ATM dan waris dapat diurus dan diproses oleh JHEV ATM dengan lebih cepat dan sistematik.
5. Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID 19" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
BORANG PERMOHONAN PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 65/22 (LELAKI) AKAN DIBUKA BERMULA 18 JUN 21 SEHINGGA 31 OGOS 21
ANDA LAYAK UNTUK MEMOHON SEKIRANYA ANDA
1. WARGANEGARA MALAYSIA
2. BERUMUR ANTARA 18-24 TAHUN
3. LULUS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
SYARAT FIZIKAL
1. Tinggi: ◦ Ukuran Tinggi Minima 1.62 m
2. Berat: ◦ Berat Badan Minima 47.5 kg
3. Indeks Jisim Badan (BMI) : ◦ Indeks Jisim Badan antara 18 hingga 25
SKIM KELAYAKAN AKADEMIK
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
SILA ISI BORANG PERMOHONAN MELALUI AKAUN PEMOHON DI LAMAN SESAWANG