responsif teks foto

Khamis, 10 Oktober 2024

BUDI Agri-Komoditi

Petani dan Pekebun kecil

Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.


1. Apakah itu BUDI Agri-Komoditi?

BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada
pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus
untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil
(Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar
dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

2. Siapakah yang layak memohon dan menerima bantuan BUDI AgriKomoditi?
Bagi kategori pertanian, pengusaha pertanian termasuk petani dan penternak yang
terlibat dalam aktiviti tanaman, ternakan dan akuakultur layak memohon bantuan
penyasaran subsidi diesel. Pesawah dan nelayan tidak terlibat untuk penyasaran
subsidi diesel fasa pertama ini. Subsidi sedia ada akan diteruskan sehingga
dimaklumkan kelak.

Bagi kategori perladangan pula, pengusaha pertanian termasuk pekebun kecil sawit,
getah, koko, lada dan kenaf layak memohon.

Kriteria kelayakan bantuan penyasaran subsidi diesel sektor pertanian dan
perladangan adalah seperti berikut:

Petani Kecil*

i. Warganegara Malaysia;

ii. Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem
pendaftaran GeoAgro di pautan https://budimadani.gov.my/Account/Login.aspx
ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:

  • Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
  • Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
  • Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);

iii. Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil
yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan
menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini,
pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan
hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan

iv. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu
https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria
kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.

Pekebun Kecil*

i. Warganegara Malaysia;

ii. Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan
& Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun
kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan
Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;

iii. Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki
dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:

  • Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
  • Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah. Sila semak Kad PAT-G 
  • Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah

iv. Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan

v. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI
iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan
memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan
tahunan.

AddToAny