responsif teks foto

Khamis, 11 September 2025

Tanah Sihat vs Tanah Sakit


10 cara paling jelas kenal tanah sihat vs tanah sakit.

Sebagai agronomis 17 tahun, saya kongsikan 10 cara paling jelas kenal tanah sihat vs tanah sakit.

Cara Kenal Tanah Sihat vs Tanah Sakit

1. Struktur Tanah
a. Sihat: Gembur, mudah digali, air masuk perlahan & sekata.
b. Sakit: Padat macam simen, air bertakung di atas.

Kajian MARDI (2020) tunjuk >60% sawah padi di Perak alami “hardpan” – lapisan keras yang halang akar.

2. Bau Tanah
a. Sihat: Bau harum “earthy smell”, hasil sebatian geosmin dari bakteria baik (actinomycetes).
b. Sakit: Bau hapak/masam → dominasi mikrob jahat (anaerob).

3. Kehadiran Cacing Tanah
a. Sihat: 1 juta cacing sehektar boleh proses 5 tan tanah sehari.
b. Sakit: Tiada cacing = tiada usus semula jadi tanah.

4. Warna Tanah
a. Sihat: Coklat gelap/hitam → kaya bahan organik.
b. Sakit: Kelabu pucat (selalu banjir) atau kuning kemerahan (asid, toksik Al).

5. Akar Pokok
a. Sihat: Putih, panjang, bercabang.
b. Sakit: Coklat/hitam, pendek, mudah busuk.
Kajian IRRI tunjuk akar padi dalam tanah sakit lebih pendek 30–50%.

6. Air & Kelembapan
a. Sihat: Air mudah meresap, tanah lembap sekata.
b. Sakit: Air bertakung atau cepat kering.
Analogi: tanah sihat = span; tanah sakit = lantai simen.

7. Kehidupan Mikro Tanah
a. Sihat: Jerami reput cepat, mikrob aktif.
b. Sakit: Jerami lambat reput → tanda mikrob baik lumpuh.

8. Suhu Tanah
a. Sihat: Sejuk & stabil walaupun cuaca panas.
b. Sakit: Cepat panas → struktur padat tak serap air.
Kajian Jepun: tanah dengan cover crop lebih sejuk 3–5°C berbanding tanah terdedah.

9. Simptom Pada Daun
a. Sihat: Daun hijau sekata.
b. Sakit: Daun kuning tak seragam, urat jelas → tanah gagal bekal nutrien.

10. Daya Tahan Pokok
a. Sihat: Pokok lebih tahan penyakit akar & boleh hidup lama.
b. Sakit: Pokok mudah rebah bila hujan lebat/kering panjang.

“Ramai pekebun tanya saya: kenapa pokok tetap mati walaupun baja ditambah berguni-guni? Jawapan saya mudah: pokok anda sebenarnya hidup atas tanah yang sudah ‘sakit’. Bayangkan manusia diberi vitamin setiap hari, tapi paru-paru dan ususnya rosak. Adakah vitamin itu boleh selamatkan nyawa? Tanah juga begitu. Kalau asasnya mati, semua input jadi sia-sia.”

Kredit : DrSuzie


 

Ahad, 7 September 2025

Masuk SPM, Keluar Diploma

 

 
 
UMUM mengetahui majoriti anggota tentera adalah mereka yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sering dirujuk sebagai school leavers. Ini bermakna, mereka tidak berpeluang mengikuti sistem pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan oleh yang demikian rata-ratanya tidak mempunyai diploma atau ijazah.

Namun, demi minat, dedikasi serta patriotisme yang menebal pada negara, anggota tentera memilih untuk menyertai perkhidmatan yang sangat sukar ini pada usia yang muda (kira-kira 18 atau 19 tahun).

Walau bagaimanapun, selepas berpuluh-puluh tahun berkhidmat (lazimnya selama 18 hingga 21 tahun), anggota tentera akan meninggalkan perkhidmatan ATM dan berpencen. Ini menjadikan mereka rata-ratanya golongan berpencen awal iaitu pada usia kira-kira 41 tahun.

Pada usia tersebut, mereka bukan sahaja masih muda dan bertenaga. Lebih penting, mereka perlu untuk meneroka alam kerjaya kedua untuk meneruskan kehidupan, dan cita-cita peribadi yang tidak sempat dikejar semasa dalam perkhidmatan ATM.

Namun, yang menjadi cabaran adalah mereka tidak mempunyai apa-apa kelayakan akademik lain selain SPM yang digunakan untuk memohon dan menyertai ATM pada usia muda dahulu.

Perkara ini menjadi salah satu dilema yang sudah lama membelenggu anggota ATM. Akhirnya, ramai yang memilih untuk bekerja sendiri seperti berniaga kecil-kecilan atau, seperti yang dapat kita lihat, tidak kurang yang terpaksa menerima pekerjaan seperti penjaga keselamatan.

Sedangkan, secara logiknya, dalam tempoh 20 tahun lebih perkhidmatan mereka sebagai anggota tentera sudah tentulah mereka sudah menerima pelbagai pendedahan, ilmu, kemahiran serta pengalaman bekerja yang sangat baik. Malah, luar biasa dan sangat berguna.

Justeru, inisiatif Work-Based Learning (WBL) dan Work-Based Award (WBA) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan melalui kerjasama strategik bersama Kementerian Pendidikan Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dan beberapa buah Universiti Awam (UA) berpotensi menjadi satu anjakan besar dalam ekosistem pembangunan kompetensi anggota tentera. Ini berpotensi menjadi satu 'game changer' baharu yang menarik.

Ini kerana, berdasarkan struktur dan pengisiannya, WBL dirangka untuk membuka laluan baharu kepada anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menukar pengalaman kerja, kemahiran taktikal dan kepakaran teknikal yang mereka miliki kepada kelayakan akademik formal dalam bentuk diploma yang diiktiraf. Perkara ini bukan sahaja akan menjadi satu nilai tambah yang besar kepada anggota yang terlibat.

Malah, ia akan menyusun semula landskap pembinaan kapasiti kepada bakat tentera sebagai aset negara dalam jangka panjang.

Selain memperlihat tekad Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam usaha memperkasakan kebajikan dan pembangunan modal insan dalam kalangan warga tentera, WBL secara asasnya adalah satu contoh pendekatan inovatif yang mensasarkan penyelesaian yang lebih praktikal kepada isu persaraan anggota tentera.

Ia menjangkaui aspek gaji atau pencen. Sebaliknya melangkah lebih jauh ke arah pengiktirafan kompetensi dan pembinaan laluan kerjaya kedua yang lebih berkualiti dan lebih luas. Kesemua ini demi memastikan satu alam persaraan dan peningkatan taraf hidup pasca ATM yang selesa dan bermaruah.

Selama ini, pelbagai kemahiran tinggi yang dibangunkan oleh anggota tentera kekal terperangkap dalam dimensi dalaman ATM tanpa diterjemahkan sebagai aset yang mempunyai nilai ekonomi di luar perkhidmatan. Pengalaman bertahun-tahun mengendalikan operasi logistik, kejuruteraan mekanikal, kawalan keselamatan strategik, pengurusan kecemasan dan peralatan pertahanan, perkeranian, latihan kecerdasan, pengajian makanan dan pelbagai lagi, sering diabaikan dalam sistem pensijilan konvensional atau akreditasi akademik secara rasmi. Padahal, pengalaman, ilmu, kepakaran serta keupayaan yang dimiliki itu sangat tinggi, bernilai dan melebihi mereka yang mempunyai kelayakan pengajian tinggi secara formal.

Sehubungan itu, adalah tidak mustahil untuk kita melihat Program WBL ini sebagai pemangkin penting dalam merombak struktur atau amalan sedia ada dengan membuka laluan agar satu bentuk kurikulum akademik formal dibangunkan secara selari dengan bentuk tugas dan pekerjaan anggota tentera.

Sebagai contoh, anggota yang berkhidmat dalam bidang kenderaan taktikal dan penyelenggaraan boleh dinilai dan dilatih secara lebih lanjut sehingga layak memperoleh Diploma Perkhidmatan Teknologi Pertahanan.

Anggota yang terbabit dalam pengurusan inventori dan sistem bekalan ATM pula berpeluang mendapatkan Diploma Pengurusan Logistik, selaras dengan kehendak industri logistik dan rantaian bekalan nasional.

Oleh itu, WBL adalah satu inovasi yang bukan sahaja meletakkan pengalaman anggota sebagai kelayakan yang mempunyai nilai pasaran. Sebaliknya, ia mengubah naratif kerjaya tentera itu sendiri daripada kerjaya tertutup kepada satu bentuk mobiliti profesional yang terbuka, menarik dan mempunyai masa depan pasca persaraan yang cerah dan bernilai tinggi.

Pengiktirafan seperti ini bukan sahaja memperkukuh nilai insan tentera dalam ekosistem pertahanan, malah menjadikan mereka sebagai penyumbang sah kepada pembinaan modal insan berkemahiran tinggi negara.

Pelaksanaan model WBL nyata mengangkat ilmu, pengalaman serta kemahiran anggota ATM setaraf dengan organisasi berorientasikan prestasi dalam sektor lain seperti industri minyak dan gas atau sektor penerbangan.

Pendekatan ini juga menanam motivasi intrinsik baharu dalam kalangan anggota, memberikan arah tuju kerjaya yang lebih jelas dan memperkukuh makna serta harga diri dalam profesion ketenteraan yang sebelum ini sering terpinggir dari sudut pembangunan akademik dan pengiktirafan profesional.

Pendekatan WBL yang membawa kepada peluang mempunyai kelulusan diploma disasarkan untuk meningkatkan daya saing bekas anggota dalam sektor swasta dan awam, dengan akses kepada gaji lebih baik, suasana kerja profesional dan mobiliti kerjaya yang lebih progresif.

Impak WBL membolehkan pesara ATM berpeluang mengisi jawatan dalam agensi bantuan bencana, logistik, industri pertahanan swasta, sektor perhotelan, pelancongan, industri kesihatan dan kecerdasan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau membina perniagaan berasaskan kemahiran yang telah diasah selama perkhidmatan.

Transisi ini memperkukuh kedudukan sosial bekas anggota dalam masyarakat dan meletakkan nilai sumbangan mereka pada tahap yang setara dengan pekerja profesional lain.

Setakat ini, sebanyak empat Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) tekah bersetuju untuk menyertai program ini, membabitkan kira-kira 10 jurusan dan bentuk pekerjaan yang akan dinilai untuk diberikan diploma.

Ini termasuklah Seni Kulinari, Pengurusan Hotel, Pendidikan Islam, Sains Geomatik, Pengurusan Logistik, Pentadbiran Perniagaan, Perkhidmatan Teknologi Pertahanan, Pengurusan Pejabat dan Teknologi, serta Sains dan Rekreasi.

Selain UA, sebuah IPTS, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, menyatakan minat menawarkan empat program yang selari dengan pekerjaan dalam kalangan anggota tentera.

Inovasi dan pengenalan program-program yang bersifat transformatif dan memberi peluang kepada pembinaan kapasiti kendiri seperti ini mesti menjadi amalan dan pendekatan baharu yang ditambah dan digandakan.

Bukan sahaja oleh MINDEF dan ATM, tetapi oleh semua agensi Kerajaan. Program yang berupaya mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan kebajikan selepas persaraan, dan pada masa sama membuka laluan kepada penyertaan veteran dalam sektor ekonomi strategik negara, mesti menjadi satu fokus yang dijayakan tanpa kompromi.

Dalam kerangka pembangunan nasional yang lebih luas, ATM mesti dilihat sebagai institusi pembentukan modal insan berdisiplin tinggi, dengan kapasiti untuk membekalkan tenaga kerja mahir yang telah teruji dari segi ketahanan, kecekapan dan kesetiaan dalam persekitaran bertekanan tinggi.

Hal ini penting dalam memastikan bakat dan pengalaman warga ATM tidak terbuang begitu sahaja.


Kredit : Asriezam Uda Metro August 30, 2025

Selasa, 2 September 2025

Jalanraya Kg Mela Lipis ke Kg Labu Jerantut.

 

 Jalan dan jambatan yang menghubungkan Kampung Labu,
 Jerantut ke Kampung Mela, Kuala Lipis, Pahang
 

Projek jalan dan jambatan Jerantut - Lipis berjaya disiapkan 17 hari lebih awal daripada jadual asal dan dibuka secara rasmi pada 2 September 2025 bersempena Hari Kebangsaan ke-68.
Projek ini menghubungkan Kampung Labu, Jerantut dengan Kampung Mela, Kuala Lipis melalui beberapa kampung utama dan dilaksanakan dengan kaedah reka dan bina sejak 2018.
Laluan ini memendekkan jarak perjalanan dari 60 km kepada hanya 17 km, manakala masa perjalanan dikurangkan daripada sejam kepada 15 minit.


Selain meningkatkan akses, ia menjadi laluan strategik pelancongan Taman Negara–Cameron Highlands dan pemangkin sosioekonomi luar bandar.





Lagu Ulu Tembeling

Kredit: Malaysia Tribune | Muhammad Najmi Zulkefle



Isnin, 1 September 2025

Pembajaan Selepas Tamat Musim berbuah

 
 
Pelan Pembajaan Pokok Durian


1. Selepas Musim Berbuah Tamat (0 – 1 bulan lepas buah gugur)

Tujuan: Pulihkan tenaga pokok, bina semula simpanan makanan.

Baja dicadangkan:

Baja Organik (kompos/tahi ayam reput/tahi kambing reput): ± 10–20 kg/pokok (bergantung umur & saiz).

Baja NPK 12:12:17:2 (MgO) + TE → 0.5–1.5 kg/pokok.

Kekerapan: 1 kali, sebaik sahaja selepas semua buah gugur.

2. Fasa Pertumbuhan Daun & Akar (2 – 4 bulan selepas berbuah)

Tujuan: Galakkan daun baru, pemulihan akar.

Baja dicadangkan:

Baja NPK 15:15:15 → 1–2 kg/pokok setiap 6–8 minggu.

Tambah Dolomit (1–2 kg/pokok) → stabilkan pH & bekal Ca+Mg.

Kekerapan: 2 kali dalam tempoh ini.

3. Fasa Pembesaran Kanopi (5 – 7 bulan selepas berbuah)

Tujuan: Bina kanopi untuk simpanan tenaga & fotosintesis.

Baja dicadangkan:

NPK 12:12:17:2 (MgO) → 1.5–2.5 kg/pokok.

Tambahan Boron & Zink (boleh foliar spray).

Kekerapan: 1 kali setiap 2 bulan.

4. Fasa Persediaan Berbunga (8 – 10 bulan selepas berbuah)

Tujuan: Rangsang pengeluaran bunga.

Baja dicadangkan:

NPK 0:52:34 (Mono Potassium Phosphate – MKP) → foliar spray setiap 2–3 minggu.


Baja NPK 12:12:17:2 → 2–3 kg/pokok.

Kekerapan: 2–3 kali sebelum nampak bunga keluar.

5. Fasa Bunga → Putik Buah (11 – 12 bulan selepas berbuah)

Tujuan: Kuatkan bunga & elak gugur putik.

Baja dicadangkan:

NPK 15:15:15 atau 12:12:17:2 (± 2 kg/pokok).

Tambahan Boron + Calcium foliar (spray setiap 2 minggu).

Kekerapan: 1–2 kali.

6. Fasa Buah Membesar (hingga matang – musim berikutnya)

Tujuan: Sokong pembesaran buah & elak buah gugur awal.

Baja dicadangkan:

NPK tinggi Kalium (13:13:21 atau 15:15:20:10 MgO) → 2–4 kg/pokok ikut umur.

Foliar Kalsium & Boron untuk kekuatan buah.

Kekerapan: 1 kali setiap bulan hingga hampir musim gugur buah.

Ringkasan Kitaran Baja Durian (Selepas Buah Gugur → Buah Gugur Semula)

1. 0–1 bulan → Baja organik + NPK seimbang.

2. 2–4 bulan → Baja NPK seimbang + Dolomit.

3. 5–7 bulan → NPK 12:12:17:2 + trace elements.

4. 8–10 bulan → MKP (foliar) + NPK seimbang.

5. 11–12 bulan → NPK seimbang + Boron/Ca spray.

6. Musim buah → NPK tinggi Kalium + foliar Ca/B.


Sekadar cadangan. Mohon betulkan jika ada tambahan
 
 
 
 

Ahad, 27 Julai 2025

Liga Lipis 2025

 

Sekali lagi pasukan kita bermain pada hari pertama minggu kedua Liga Lipis 2025.
Seruan buat penyokong bola sepak semua, mari kita sama2 turun ke padang dataran orang kaya haji untuk menyaksikan perlawanan yang dijangka akan berlangsung dengan begitu sengit sekali. Ayuuhh belake terrr!!!!!. Moga 3 mata untuk kita esok.



Selasa, 22 Julai 2025

Permohonan Projek Pertanian 2026



Adakah anda seorang pengusaha tani atau berminat untuk menceburi bidang pertanian secara serius? Ini peluang anda!

Jabatan Pertanian Negeri Pahang kini membuka Permohonan Projek Pertanian 2026 kepada individu yang layak dan bersemangat untuk membangunkan sektor pertanian negara.

Syarat permohonan:
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Terbuka kepada pengusaha baharu & sedia ada
  • Mempunyai hak milik tanah / surat kebenaran guna tanah
  • Telah menghadiri kursus berkaitan
  • Sedia mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB)
  • Keutamaan kepada golongan belia & mereka yang belum pernah menerima insentif
  • Diberi keutamaan kepada ladang yang telah atau akan berdaftar dengan pensijilan MyGAP dan sistem geotanaman

Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2025
 

Borang permohonan boleh didapati melalui imbasan QR kod di ruangan komen FB Jabatan Pertanian Negeri Pahang atau terus hubungi Pejabat Pertanian Daerah anda.


Sebarang pertanyaan, hubungi: Jabatan Pertanian Negeri Pahang
09-573 3133
agri@pahang.gov.my


Facebook :-
https://www.facebook.com/share/v/16n4Etb8BF/

Tiktok :-
https://vt.tiktok.com/ZSBKH62R9/

X :-
https://x.com/myDOA_Pahang/status/1947548353077907544...

Instagram :-
https://www.instagram.com/reel/DMZogiHB_sB/?igsh=MXF6bXdndGc1aHE5Mg==

Youtube :-
https://youtu.be/ulWWMMkF4iw?si=EYNVY_Pon_P_Reik

Telegram :-
https://t.me/+-5kpBvbGn6QwZmY1

Whatsapp channel :-
https://whatsapp.com/channel/0029Vb0QI3uFi8xlCJcYtk1Y

Web :-
https://agri.pahang.gov.my/




Ahad, 20 Julai 2025

Cadangan ECRL ke-2

 

 

Selepas ECRL siap pada tahun 2027, terdapat 2 lagi cadangan ECRL yang dirancang akan beroperasi selepas tahun 2040 dan keatas.

ECRL 2 Kuantan ke Johor Bahru

  • Jarak 310km
  • Masa Perjalanan 60 minit


ECRL 3 Kota Bharu ke Pulau Pinang

  • Jarak 350km
  • Masa Perjalanan 1 jam 10 minit


Sumber: Kuantan Development News



Khamis, 17 Julai 2025

Durian dah gugur di LePeh.....!!!!

 


Durian dah gugur di LePeh.....!!!!

Jom serta Pertandingan Durian Kampung (DKP) 2025

Tarikh : 30 Julai 2025 (10Pagi - 2.00 ptg)

Tempat : Dewan Dato Abdul Rahman Mohamad, Kampung Tempoyang Kuala Lipis.


𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗔𝗡

𝐃𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐥𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐢𝐟𝐮 𝐃𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐫.𝐋𝐢𝐦 𝐂𝐡𝐢𝐧 𝐊𝐡𝐞𝐞 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐧.𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐥𝐢 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐟𝐢𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐋𝐢𝐩𝐢𝐬 𝟑𝟎 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓.





Sabtu, 12 Julai 2025

Pengambilan Perajurit Muda Siri 205/2025

 
"Peluang Kepada Semua Belia yang Berminat Untuk Menyertai Tentera Darat Malaysia!"

PENDAFTARAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT (PM TD) LELAKI SIRI 205 TAHUN 2025 SECARA ATAS TALIAN SEHINGGA 31 JULAI 2025

1. Golongan belia lelaki yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia, pendaftaran Pengambilan PM TD Lelaki Siri 205 Tahun 2025 kini telah dibuka sehingga 31 Julai 2025.

2. Pendaftaran Pengambilan PM TD boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut: 
 
https://mims.mod.gov.my/sppmtd/

3. Syarat Asas Permohonan:

a. Calon serta Ibu atau Bapa mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.

b. Ketinggian Minima: Lelaki - 162 cm.

c. BMI - 18.0 hingga 24.9.

d. Umur - Mestilah tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun dan 30 tahun bagi calon KAGAT pada 20 November 25.

3. Syarat Minima Kelayakan Akademik:

a. SPM - Lulus BM dan Sejarah.

b. SPVM - PNGK Akademik 2.0 ke atas.

4. Sila layari Portal Rasmi Tentera Darat di www.army.mil.my (Kerjaya/Permohonan) untuk maklumat lanjut.

5. Sebarang maklumat lanjut boleh ikuti media sosial rasmi Sel Pengambilan Tentera Darat:

Tiktok : @pengambilanTDM

Instagram: @pengambilantdm

Facebook Page: Sel Pengambilan TD

Telegram: t.me/pengambilanTDM*

Sekian, terima kasih.

Selasa, 24 Jun 2025

Jalan Slim River ke Kuala Lipis



Jalan yang dibina dari Slim River ke Kuala Lipis merentas sempadan Perak - Pahang antara Pos Tenau dan Pos Sinderut dan beginilah jajaran yang mungkin di masa depan dan tergambar di situ ia direka sebagai alternatif dari Lembah Klang ke Kelantan dan Cameron Highlands. Ini dibuat berdasarkan sambungan ke Sinderut dari Tenau berbanding Ulu Slim ke Lata Lembik. Berdasarkan papan tanda kuning JKR di Tenau, ia adalah projek luar bandar dengan JKR sebagai pegawai penguasa. Kalau spesifikasi JKR paling minimum mungkin setaraf jalan negeri.


 

Khamis, 15 Mei 2025

Fiesta Lipis Geopark





Fiesta Lipis Geopark akan berlangsung pada 18 Mei 2025(Ahad) – jangan lepaskan peluang untuk sertai pengalaman yang luar biasa ini!"Tak datang, rugi! janji takkan menyesal, penuh dengan keseronokan dan cabaran!"


Jumaat, 21 Mac 2025

Bandar Lipis antara 20 bandar paling bahagi

 


Bandar Lipis di Pahang dan Telupid di Sabah telah diiktiraf sebagai antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2025 berdasarkan Indeks Kebahagiaan Malaysia.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan berkata, lapan daerah dianugerahkan gelaran Bandar Paling Bahagia dalam Kategori Majlis Daerah, manakala 12 lagi bandar menerima penghargaan yang sama dalam Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

Selain Lipis dan Telupid, tujuh bandar lain yang mendapat anugerah dalam kategori Majlis Daerah adalah Cameron Highlands (Pahang), Kuala Krai (Kelantan), Bandar Baharu (Kedah), Jerantut (Pahang), dan Jelebu (Negeri Sembilan), menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, 11 bandar yang menerima anugerah dalam kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran termasuklah Bintulu (Sarawak), Temerloh (Pahang), Bandaraya Diraja Klang (Selangor), Jasin (Melaka), serta Batu Pahat, Pontian, dan Johor Bahru (Johor).

Bandar-bandar lain yang turut menerima anugerah tersebut adalah Putrajaya, Petaling Jaya (Selangor), Bandaraya Melaka (Melaka), Ampang Jaya (Selangor), dan Port Dickson (Negeri Sembilan).

Kajian Indeks Kebahagiaan melibatkan 153 Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan), Sabah, serta Sarawak. Dari jumlah tersebut, 115 bandar (75 peratus) diiktiraf sebagai bandar bahagia, manakala 38 bandar (25 peratus) lagi berada dalam kategori sederhana bahagia.

Kriteria pengukuran indeks ini sejajar dengan penilaian kebahagiaan di peringkat global yang menilai faktor seperti tekanan hidup, kesihatan, hubungan kekeluargaan, serta tahap kepuasan terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kredit: Sinar Harian

Isnin, 3 Februari 2025

Pebandingan AI - Chat GPT dengan Deepseek

Cara Menanam Nanas Guna Artificial Intelligence (AI)

Menanam Nanas guna Chat GPT

Menanam nanas di rumah adalah aktiviti yang memuaskan dan boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:

Pemilihan Benih:
Gunakan bahagian atas buah nanas (jambul) sebagai benih.
Pilih buah nanas yang sihat dan matang.

Penyediaan Jambul:
Pegang buah nanas dan putar jambulnya hingga terpisah.
Buang beberapa helai daun di pangkal jambul untuk mendedahkan batangnya.
Biarkan jambul kering selama 1-2 hari untuk mengelakkan reput.

Penyemaian Jambul:
Rendam pangkal jambul dalam air sehingga akar muncul, biasanya dalam seminggu.
Setelah akar tumbuh, pindahkan jambul ke dalam pasu atau tanah yang mempunyai saliran baik.

Penanaman:
Tanam jambul dengan kedalaman 3-5 cm di tanah yang gembur dan berpasir.
Pastikan kawasan penanaman mendapat cahaya matahari penuh.

Penjagaan:
Siram tanaman secara berkala, tetapi elakkan air bertakung.
Gunakan baja NPK seimbang untuk menyuburkan tanaman.
Pastikan jarak antara tanaman sekitar 40-60 cm untuk pertumbuhan optimal.
Dengan penjagaan yang betul, nanas biasanya akan berbuah dalam masa 9-10 bulan selepas

Penanaman.

Untuk panduan visual, anda boleh menonton video berikut:






Cara Tanam Nanas guna Deepseek

Menanam nanas bisa dilakukan dengan mudah di rumah, baik di kebun maupun di dalam pot. Berikut adalah langkah-langkah cara menanam nanas:

1. Siapkan Bahan dan Alat
Bibit nanas: Bisa menggunakan mahkota nanas (bagian atas buah nanas) atau tunas dari tanaman nanas yang sudah ada.

Tanah: Gunakan tanah yang gembur, subur, dan kaya bahan organik.

Pupuk: Pupuk kompos atau pupuk kandang.

Pot (jika menanam di pot): Pastikan pot memiliki lubang drainase.

Air: Untuk penyiraman.

2. Persiapan Bibit
Jika menggunakan mahkota nanas:
Potong mahkota nanas dari buahnya dengan hati-hati.
Buang sisa daging buah yang menempel pada mahkota.
Kupas beberapa daun bagian bawah untuk memperlihatkan batangnya.
Jemur mahkota selama 2-3 hari agar luka potongan mengering dan mencegah busuk.
Jika menggunakan tunas nanas, pilih tunas yang sehat dan berukuran sedang.

3. Menyiapkan Media Tanam
Campur tanah dengan pupuk kompos atau pupuk kandang dengan perbandingan 2:1.
Jika menanam di pot, pastikan pot memiliki ukuran yang cukup besar (minimal 30 cm diameter).
Pastikan media tanam memiliki drainase yang baik untuk menghindari genangan air.

4. Menanam Bibit
Buat lubang kecil di media tanam.
Masukkan bibit nanas (mahkota atau tunas) ke dalam lubang, pastikan batangnya tertanam dengan baik.
Padatkan tanah di sekitar bibit agar kokoh.
Siram secukupnya untuk menjaga kelembapan.

5. Perawatan Tanaman Nanas
Penyiraman: Siram tanaman secara rutin, tetalu basah. Nanas tahan kekeringan, tetapi tetap membutuhkan air yang cukup.

Pemupukan: Beri pupuk setiap 2-3 bulan sekali untuk mendukung pertumbuhan.

Penempatan: Letakkan tanaman di tempat yang terkena sinar matahari langsung minimal 6 jam sehari.

Penyiangan: Bersihkan gulma di sekitar tanaman agar tidak mengganggu pertumbuhan.

6. Masa Panen
Nanas biasanya mulai berbuah setelah 1,5-2 tahun.
Tanda nanas siap panen adalah warna kulit buah yang kuning keemasan dan aroma yang harum.
Potong buah nanas dengan pisau tajam, lalu bersihkan.

Tips Tambahan
Nanas cocok ditanam di daerah dengan iklim tropis seperti Indonesia.
Pastikan tanaman tidak tergenang air karena dapat menyebabkan akar busuk.
Jika menanam di pot, pilih pot yang cukup besar agar akar bisa berkembang dengan baik.

Dengan perawatan yang tepat, Anda bisa menikmati nanas hasil tanam sendiri!


AddToAny