responsif teks foto

Jumaat, 26 Disember 2025

Sistem My kasih guna alamat e-mel

 

 
 
 
MAKLUMAN PENTING PENERIMA MYKASIH


Mulai sekarang, Sistem MyKasih tidak lagi menggunakan nombor telefon untuk log masuk.
Log masuk akan menggunakan alamat e-mel.
Tetapan e-mel WAJIB dibuat sebelum 31 Disember 2025
 

Langkah mudah tetapan e-mel MyKasih 👇
- Log keluar akaun MyKasih
- Kemas kini aplikasi MyKasih di Google Play Store / tetapan telefon masing-masing
- Log masuk semula menggunakan No. Kad Pengenalan
- Pilih “Tetapkan Sekarang” apabila paparan tetapan keluar
- Masukkan alamat e-mel yang aktif
- Semak e-mel dan klik pautan pengesahan
- ✅ Tetapan berjaya
Perhatian: Sila buat tetapan awal bagi mengelakkan sebarang gangguan akses akaun.



Jumaat, 12 Disember 2025

Kaedah Pengunaan EM Activated Solution(EMAS)

 

EM dapat mengalakkan gandaaan mikroorganisma bermanfaat dan menjadikan tanaman dengan pengeluaran yang berkualiti dengan tumbesaran yang optima.

  • Mengalakkan pertumbuhan, pembungaan, buah, dan kemasakan dalam tanaman.
  • Memperbaiki secara fizikal, kimia, dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen patogen tanah dan serangga.
  • Memperbaiki proses fotosintesis pada tanaman
  • Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
  • Membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak.

Kaedah Pengunaan  EM Activated Solution

Pastikan bekas yang ingin digunakan adalah bersih
Isikan bekas dengan mengikut sukatan 10 liter air yang betul tanpa klorin
Tambahkan kadar  200 ml EMAS bersama dengan 200 ml molasses  dengan 10 liter air tanpa klorin tadi
campurkan ini harus ditutup rapat dan simpan di temppat gelap
selepas HARI ke 7 EM AKTIF boleh digunakan.




AddToAny