responsif teks foto

Rabu, 25 November 2009

TV 1 bersama Parlimen Lipis



Program tentang Parlimen Lipis. Khabar Malaysia. 25hb.11.09. Jam 9.30 malam di TV1. Jom tonton.

"MALAM INI: jangan lupa..."

Khamis, 12 November 2009

INFO: Pembukaan Gelanggang Silat


Warga lipis yang masih belum menyaksikan bagaimana upacara pembukaan gelanggang Silat dilaksanakan bolehlah datang menyaksikan di tempat berikut:

Tarikh 13 Nov 2009 (Jumaat)

Masa : 05.00 Petang

Tempat : Bangsal Silat Kg Kuala Lanar (Jeti Kuala Lanar)

Kehadiran anda untuk memberi semangat kepada anak muda supaya mereka meminati seni mempertahankan diri warisan melayu.

Sekian Terima Kasih.

Selasa, 10 November 2009

FIKIR-FIKIR : Hendak Ke mana Anda...?


Walaupun kita selaku manusia diberikan akal oleh Allah, kita jarang mahu menggunakannya untuk berfikir dengan mendalam, untuk bertanya kepada
diri kita sendiri erti kehidupan: “... HENDAK KE MANA AKU?”

Kita TIDAK ADA MASA untuk memikirkannya. Kita TIDAK MAHU untuk memikirkannya. Kita MENGELAK daripada memikirkannya.

Pelbagai cara dibuat, secara sedar atau tidak sedar untuk MENGHALANG kita dari memikirkannya. Apa yang menyebabkan kita lalai? Apa yang melalikan
kita? Kenapa kita tidak ada masa? Apa di sana ada perancangan musuh Islam untuk melalai dan melalikan kita??

Terang dan jelas bagi kita, salah satu sumber utama ialah...HIBURAN. .Kita dilalikan dan dilalaikan dengan hiburan yang berpanjangan. . Hampir keseluruhan hidup kita diselubungi, dihantui, dikelabui oleh hiburan. Untuk berhibur kita perlukan set tercanggih..

- Kita sanggup bergadai bergolok untuk mempastikan rumah kita mempunyai set TV, Hi-Fi, DVD paling canggih... Tidak cukup dengan saluran TV percuma...
- kita merasa perlu pula untuk melanggan puluhan saluran satelit berbayar..

Untuk pastikan kita tidak perlu berfikir dalam kereta...- Kita berlumba melengkapkan peralatan audio paling mahal dalam kereta, lengkap dengan DVD player, agar
anak-anak kita tidak terlepas rancangan hiburan kegemaran mereka.

Tidak cukup dengan itu...- Kita penuhkan fikiran dengan pelbagai rancangan
import; filem Hollywood, American Idol, Survivor, Fear factor, Extreme Makeover etc ,

- Kita serabutkan hidup kita dengan rancangan hiburan tempatan, ada yang diciplak 90%.- Malaysia Idol, Akademi Fantasia, Muzik-muzik, Musik-musik, Mencari
Cinta etc. Jika rancangan drama tempatan tidak cukup menarik... - Kita semakkan hidup kita dengan drama dan telenovela dari Amerika Selatan, Filipina, Indonesia, Thailand etc. Agar kita tengelam dalam alam fantasi tanpa perlu berfikir...- Kita biarkan isteri, suami dan anak-anak kita dibuai dengan produk-produk Bollywood yang tidak
berputusan.. . - Kita ajak keluarga kita lepak di Padang dengan Konsert Sure Heboh biarpun Mufti mengharamkannya. . ahh! pedulikan itu semua!

Sekiranya kita ada sedikit masa luang untuk berfikir, orang lain sudah menjadualkan kita untuk berhibur... - Pelbagai konsert telah diatur seolah-olah secara
berjadual sepanjang tahun, agar kita tidak ada masa untuk berfikir lagi... konsert Hari Kebangsaan, Sure Heboh, Raya, tahun baru Cina, Deepavali, Keputeraan,
Citrawarna, Krismas, Tahun Baru dan pelbagai lagi pesta-pestaan. - Hidup kita diprogramkan dengan pelbagai Majlis anugerah dari masa ke semasa, Anugerah Industri Muzik,Oscar, Pesta Filem, Juara Lagu, Penyanyi Popular, Bintang Pujaan, Pelakon Terhebat, dan seribu satu macam lagi majlis. Maka di mana ada masa untuk kita berfikir?

Tidak hairanlah jika kitaran rutin hidup kita nerkisar di sekitar.. makan..cari makan.. BERHIBUR.. tidur..

Bilakah kita boleh keluar dari kitaran rutin ini?

catatan dari sebuah e-mel

Isnin, 26 Oktober 2009

Sejarah Orang Melayu: Krisis 18 tahun sekali

Saya tertarik dengan ucapan dan analisis Tan Sri Sanusi Junid ini "Marilah sama-sama kita dengar"

Part 1 Part 2 Part 3 part 4 part 5
"masih ingat tak cadangan tanam padi atas bumbung"

Rabu, 14 Oktober 2009

Kuala Medang Lipis

Pada tahun 1952 Kuala Medang merupakan salah satu kawasan Operasi British/Kerajaan Malaysia melawan Penganas Komunis, dengan terbukanya rancangan FELDA Sungai Koyan pada tahun 1967 kegiatan Komunis telah dapat disekat dan dimusnahkan. Tahun 1970an jalan melalui Raub, Cheroh hingga ke Kuala Medang, Kuala Lipis merupakan kawasan HITAM, pada masa itu terdapat tiga ’road block’ oleh pasukan keselamatan. Pada waktu malam jalan tersebut tidak boleh dilalui tanpa kebenaran Pejabat Polis Daerah.
Pada hari ini Kuala Medang, bukan satu nama asing bagi pelancong luar yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan ketenangan hidup di kampung yang masih mengekalkan tradisi serta kebudayaan masyarakat Melayu.
Sejak mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan untuk dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan homestay pada 2002, Kuala Medang telah berjaya menarik ramai pelancong dari Eropah dan juga Asia untuk berkunjung ke kampung itu.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Buah Perah

 


Buah perah merupakan sejenis buah yang berasal dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan hujan khatulistiwa di Malaysia ini terutama di Daerah Lipis, Raub dan Jerantut. Buah ini akan gugur sendiri ke bumi apabila ianya sudah cukup tua atau matang.

Buah perah ini berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz buahnya agak kecil kira-kira (30mm hingga 40mm). Kulitnya keras, nipis dan licin manakala isinya pejal dan keras berwarna putih. Buah ini pada asalnya di dalam satu kepompong dan mengandungi 3 biji.

Sifatnya

Buah perah yang sudah cukup tua atau matang akan gugur ke bumi, ianya akan meletup dan berderai di udara sebelum jatuh ke bumi. Faktor angin memainkan peranan yang cukup penting dalam proses pengguguran buah ini. Selain itu faktor haiwan seperti kera atau monyet juga boleh membantu proses pengguguran buah ini.

Kulitnya sangat keras dan untuk mendapatkan isinya ia perlu diketuk bagi memecahkan kulit tersebut. Isinya jika dimakan secara mentah (tanpa diproses atau dimasak) serta secara berlebihan boleh menyebabkan mabuk atau pening kepala. Isinya bewarna putih dan keras sama seperti buah badam dan ianya boleh dimakan tetapi perlu dimasak atau diproses dengan betul. Buah ini tidak mempunyai biji.

Kegunaan

Buah ini boleh juga di buat asam rong makanan tradisional masyarakat di negeri Pahang. Selain itu buah ini boleh juga dimasak atau digoreng untuk hidangan sebelah petang.

Bagi masyarakat dahulu mereka suka menjerukkan buah ini dan disimpan hingga berbulan-bulan lamanya tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk. Penyimpanan di dalam tempayan atau balang besar yang diisi dengan air boleh membuatkan buah ini tahan lebih lama.

KOMEN

Apa yang menarik buah perah ini tidak dikenali oleh generasi yang tinggal bandar-bandar besar, mereka merasa pelik dan harian melihat buah ini sama ada ianya boleh dimakan atau sebaliknya. Masakan yang mengunakan buah perah(asam rom) ini sangat diminati dan digemari oleh masyarakat di daerah Lipis, Raub dan Jerantut.


Rabu, 30 September 2009

BERRAYA DI KEDAH

Ikan Pekasam RM 4.00

Tasik Beris

Kali ini saya beraya di Kedah apa yang menarik saya telah pergi Empangan Beris yang teletak Daerah Sik. Tasek Beris merupakan Empangan buatan yang banyak menghasilkan Ikan air tawar untuk dijadikan ikan pekasam. Ikan Pekasam merupakan pembuka selera untuk untuk kita makan nasi. Bak kata orang “mak mertua lalu dibelakang pun tak nampak” kalau memakanya. Kalau di Lipis terkenal dengan masakan ‘ikan patin tempoyak’.Orang kedah memang tak kenal langsung masakan tersebut. Itulah orang kata lain padang lain belalang.

Menarik pada hari raya ke kedua terdapat satu Majlis Sambutan Aidil Fitri bersama Kerabat Raja Sakti Kedah di Kuala Menanti Tasik Beris Sik Kedah. Menurut cerita Raja Sakti merupakan anak angkat Raja Bersiung berkahwin dengan Puteri Mani Kemian. yang memerintah Jembal (Kelantan)1649. Maklumat lanjut berkenaan dengan Raja Sakti, salasilahnya tidak dapat ditemui dan pastikan semasa saya di sana. Penduduk di kawasan Sik pun tidak tahu menahu berkenaan dengan keturunan/salasilah kerabat Raja Sakti ini.

Sesiapa yang arif dengan sejarah keturunan Raja Bersiung ini boleh komen dan memberi maklumat di dalam rungan KOMEN. Sekian Terima Kasih.

AddToAny