responsif teks foto

Jumaat, 10 Jun 2011

'Jom Kayuh'

'Raja Bukit Bius'
PAKK Bandar Lipis
Untuk menghindar pelajar sekolah melakukan aktiviti yang  tidak berfaedah pada musim cuti sekolah. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Lipis melalui Pusat Aktiviti Kanak-kanak dan Remaja Bandar Lipis telah menganjurkan aktiviti ‘Jom Kayuh 1 Malaysia’ pada 9 Jun 2011. Aktiviti ini  bermula di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis ke Pusat Rekreasi Pulau Chekas Ulu Dong Raub Pahang. Perjalanan sejauh 40 KM tidak menjadi masalah bagi anak-anak ini, keseronakan menghilang keletihan mereka. Aktiviti seperti ini perlu dipergiatkan  lagi pada masa akan datang agar mereka tidak melakukan aktiviti kurang sihat terutama pada musim cuti sekolah.

Khamis, 9 Jun 2011

PDK Benta paling berjaya

TAN Hoe Beng (lima dari kiri) menyerahkan replika kunci van Hyundai Starlet kepada Halim Ibrahim di Kampung Budu, Kuala Lipis
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Benta di sini merupakan antara pusat jagaan orang kelainan upaya (OKU) paling berjaya di Pahang apabila ia dilengkapi pelbagai kemudahan latihan dan pemulihan.
Pengerusi PDK Benta, Datuk Halim Ibrahim berkata, sehingga kini, seramai 31 pelatih OKU berusia antara 5 hingga 30 tahun menjalani latihan dan bimbingan di pusat jagaan berkenaan dengan bantuan lima tenaga pengajar.
''PDK Benta ditubuhkan enam tahun lalu dengan modal hanya RM20,000, enam pelatih," katanya kepada pemberita selepas menerima sebuah van baru bernilai RM150,000 daripada Syarikat Perlombongan, Zhong Cheng Mining (M) Sdn. Bhd. di Kampung Budu, di sini semalam.

TAN Hoe Beng (lima dari kiri) menyerahkan replika kunci van Hyundai Starlet kepada Halim Ibrahim di Kampung Budu, Kuala Lipis, kelmarin. – UM

Selasa, 31 Mei 2011

KARNIVAL CUTI SEKOLAH 2011

Sukaneka 12 Jun 2011 (Ahad)

ATURCARA KARNIVAL CUTI SEKOLAH 2011

6 JUN 2011 - 12 JUN 2011
STEP 2

6 JUN 2011
ISNIN

7 JUN 2011
SELASA
8 JUN 2011
RABU

8:30 PAGI
PERTANDINGAN FUTSAL
KANAK-KANAK
BAWAH 12 TAHUN



8:00 PAGI
PERTANDINGAN FUTSAL
KANAK-KANAK
BAWAH 12 TAHUN
TERBUKA (WANITA)

9:00 MLM
SARINGAN
PERTANDINGAN KARAOKE
POP YEH YEH


8:30 PAGI
PERTANDINGAN MEWARNA
KANAK-KANAK
TADIKA


9:00 MLM
AKHIR PERTANDINGAN
POP YEH TEH



9 JUN 2011
KHAMIS
10 JUN 2011
JUMAAT
11 JUN 2011
SABTU
12 JUN 2011
AHAD




8:30 PAGI
GOTONG ROYONG
BULANAN
MAJLIS DAERAH LIPIS

9:00 MLM
PERSEMBAHAN KURIGAN

8:30 PAGI
PERTANDINGAN SUKANEKA



Isnin, 30 Mei 2011

KARNIVAL LIPIS 2011



ATURCARA KARNIVAL CUTI SEKOLAH 2011

30 MAY HINGGA 5 JUN 2011


30 MAY 2011
ISNIN
31 MAY 2011
SELASA
1  JUN 2011
RABU
2 JUN 2011
KHAMIS

10:30 PAGI – 2:00 PTG
PENDAFTARAN
PERTANDINGAN
KARAOKE TERBUKA
LELAKI & PEREMPUAN

3:00 PTG – 5:00
SARINGAN PERTAMA
PERTANDINGAN KARAOKE
LELAKI & PEREMPUAN


5:00 PTG
KARAOKE SANTAI

9:00 MLM – 12:00 MLM
SARINGAN KEDUA
PERTANDINGAN
KARAOKE
LELAKI & PEREMPUAN


10:30 PAGI – 2:00 PTG
PENDAFTARAN
PERTANDINGAN
KARAOKE TERBUKA
LELAKI & PEREMPUAN

3:00 PTG – 5:00
SARINGAN KETIGA
PERTANDINGAN KARAOKE
LELAKI & PEREMPUAN



5:00 PTG
KARAOKE SANTAI

9:00 MLM – 12:00 MLM
SARINGAN KEEMPAT
PERTANDINGAN
KARAOKE
LELAKI & PEREMPUAN


2:30 PTG – 4:30  PTG
PERTANDINGAN MUSICAL CHAIR KANAK-KANAK & DEWASA
(20 PUSINGAN)

6:00 PTG – 7:30 PTG
SENAMAN AEROBIK POCO-POCO
(ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR)




9:00 MLM -12:00MLM

SEPARUH AKHIR PERTANDINGAN KARAOKE ELAKI

11:00 PAGI – 2:00 PTG
PENDAFTARAN PERTANDINGAN KARAOKE BAWAH 18 TAHUN

6:00 PTG – 7:30 PTG

SENAMAN AEROBIK POCO-POCO(ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

2:30 PTG – 530 PTG

SARINGAN BAWAH 18 TAHUN

9:00 MLM – 12:00 MLM
SEPARUH AKHIR
PERTANDINGAN KARAOKE PEREMPUAN


3 JUN 2011
JUMAAT

4 JUN 2011
SABTU
5 JUN 2011
AHAD

3:00 PTG – 5:30 PTG
FINAL PERTANDINGAN KARAOKE BAWAH 18 TAHUN

9:00 MLM

ARTIS JEMPUTAN
ROSALINDA



9:00 PAGI – 12:00 TGH
PERTANDINGAN MEWARNA BAWAH 12 TAHUN

2:00 PTG – 5.00 PTG
PERTANDINGAN MEWARANA BAWAH 17 TAHUN

9:00 MLM
FINAL PERTANDINGAN KARAOKE


3:00 PTG – 6:00 PTG
PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK SEMUA PERTANDINGAN YANG BERLANGSUNG BERMULA

30 MAY 2011
5 JUN 2011

Selasa, 24 Mei 2011

Pertandingan Memancing


PERTANDINGAN MEMACING KOLAM SRI MEDANG AQUATIC

TARIKH          :           03 JULAI (AHAD)

TEMPAT         :           KOLAM PANCING SRI MEDANG
  
KAMPUNG KUALA MEDANG LIPIS PAHANG

MASA             :           09.00 PAGI – 01.00 PETANG


HADIAH                        RM

PERTAMA      :           5,000.00

KEDUA           :           1,800.00

KETIGA          :              700.00

KEEMPAT      :               300.00

KELIMA         :              200.00           YURAN  RM 50 / 1 JORAN
                                                                       
KEENAM       :              150.00

KETUJUH       :              100.00

KELAPAN      :                80.00

KESEMBILAN:               60.00

KESEPULOH   :              50.00


SYARAT PENYERTAAN DAN  MAKLUMAT SETERUSNYA

TEL                 :           014-8496996 (JOE)

                        :           019-9456756 (HAMID)

Rabu, 18 Mei 2011

AKTIVITI : MUZIUM WARISAN LIPIS


gallery foto : lombong emas di Lipis
ATURCARA PROGRAM BULANAN MUZIUM WARISAN LIPIS
BAGI BULAN MEI 2011.

21 - 22 Mei ( Sabtu - Ahad )

9.00 Pg - 6.oo Ptg    : Pameran Pribumi Daripada   Maktab Perguruan Tengku Ampuan
                                    Afzan Kuala Lipis.

21 Mei ( Sabtu )

9.30 Pg - 11.30 Pg      : Pertandingan Melukis Gambar Muzium Warisan Lipis Kepada  
pelajar Sekolah

Rendah Darjah 5 & 6 ( 70 Peserta ): Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah (100 Peserta ).

11.30 Pg - 12.30 Tgh  : Mengadakan Pertandinga Mengemping
Padi Menggunakan Lesung Indik.

12.30 Tgh - 2.00 Ptg   : REHAT

2.00 Ptg - 3.00 Ptg       : Pertandingan Sukaneka Untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah. \

: Pertandingan Tressure Hunt Berkaitan Dengan Sejarah Kuala   
  Lipis Untuk Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 & 3   
  (1 Kumpulan 3 Orang )•

3*00 ptg - 4*00 Ptg    : Persembahan Tarian Sewang

4.00 Ptg - 6.00 Ptg      : Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu

Khamis, 12 Mei 2011

Kerang Purba

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa jutaan tahun dahulu negeri Pahang dan sekitarnya yang ada pada hari ini, merupakan dasar lautan yang dihuni oleh cengkerang primitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui penemuan fosil cengkerang yang berusia antara 200-250 juta tahun lampau di Kuala Lipis baru-baru ini.

Bahan purba yang sama pernah ditemui di Mentakab sebelum ini

Menurut akhbar Sinar Harian hari ini, Penyelidik Lestari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cengkerang itu telah ditemui di Taman Emas, Lipis pada satu singkapan batuan yang merupakan tapak cadangan untuk pembinaan perumahan yang terletak di atas permatang bukit.

Katanya, fosil cengkerang tersebut yang ditemui dalam pelapisan batu pasir adalah dari jenis cengkerang dwikatup berkulit keras yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.

“Kawasan Kuala Lipis sememangnya mempunyai banyak kawasan berfosil. Dari kawasan inilah rekod fosil terawal didokumentasikan di Malaysia oleh ahli paleontologi dari British iaitu Newton pada tahun 1900 .

“Fosil cengkerang ini hanya boleh ditemui di permatang bukit sahaja dan para penyelidik percaya lebih banyak fosil boleh ditemui di sepanjang lima kilometer permatang bukit di kawasan Taman Emas ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad Rosli berkata, fosil cengkerang yang ditemui tersebut adalah hidupan lautan dan memberitahu kepada umum bahawa kawasan Kuala Lipis satu ketika dahulu berada di bawah permukaan laut.

Menurutnya, fosil cengkerang yang ditemui di Lipis lebih tebal kerana hidup di persekitaran laut cetek berbanding di Mentakab yang mempunyai cengkerang nipis kerana kawasan berkenaan merupakan laut dalam serta tidak bergelora.

“Berdasarkan kajian geologi, hidupan primitif ini pernah hidup di sekitar 237-228 juta tahun lampau. Tempoh ini dikelaskan dalam usia geologi sebagai zaman Trias Tengah di mana zaman bermulanya dinosaur.

“Fosil cengkerang seperti ini juga turut ditemui di Cegar Perah, Temerloh, Bahau, Gemas dan Aring. Ini menunjukkan bahawa kawasan-kawasan tersebut juga pernah dilitupi oleh lautan pada masa itu,” katanya.

Ahmad Rosli berkata, fosil cengkerang ini perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang kerana ia adalah salah satu sumber warisan geologi yang tidak boleh diperbaharui.

“Saya menyarankan agar tapak penemuan batuan fosil terbabit dapat dipulihara untuk penyelidikan saintifik tempatan dan luar negara menjalankan kajian di kawasan terbabit.

“Selain itu, tapak berkenaan juga perlu dipeliharajavascript:void(0) agar generasi akan datang dapat belajar sesuatu tentang kehidupan lampau yang sudah lama wujud,” katanya.

AddToAny