1 ekar = 43,560 kps Jarak tanaman: 43,560 ÷ (Jarak tanaman yg disyorkan)
3 jarak tanaman yg disyorkan:- 1. 40x40 kaki: 27 pokok 2. 35x35 kaki: 36 pokok 3. 30x30 kaki: 48 pokok Jika ada slope/kecerunan: jarak antara baris pokok boleh buat dekat di antara 20-25 kaki. Sebab bila ada cerun cahaya boleh kena kepada kanopi pokok.
Contoh: Ada slope/CERUN sekitar 10°-15°: jarak yg di pilih 35 kaki (antara pokok) x 25 kaki (antara baris) Bil. anak pokok yg dpt ditanam = 50 pokok
Ramai tanya saya pasal pecah lot, berapa lama proses, berapa kos dan yg berkaitan. Ni saya terangkan serba ringkas nak bagi paham. Pasal kos tu, sebaiknya tanya jurukur. Saya boleh share tapi nanti ramai kata mahal, tak logik dan kata dia buat murah je. Kena paham, yg buat murah tu kadang tak buat proses pecah lot yg sebenar pun. Cuma panggil jurukur , tanda sempadan dan pacak besi tanda luas saja. Itu bukan pecah lot atau pecah geran. Yang tu memang lah murah, tapi tak menyelesaikan masalah geran kongsi.
Sebenarnya mcm ni, dalam urusan pecah lot ni dia ada banyak peringkat. Setiap urusan tak sama tempoh siap sesuatu proses tu.
Dalam pecah lot atau pecah geran ni , istilah tepat ikut KTN ada 2 jenis.
Pecah lot/pecah geran tu bahasa yg org awam guna utk memecahkan sekeping geran (tanah besar)
kepada beberapa geran dgn saiz tanah lebih kecil.
So untuk kedua dua ni tempoh masa tak sama. Sebelum pecah sempadan, kalau status Pertanian kena tukar dulu jadi Bangunan (tempoh biasa tukar syarat ni 1thn minima). Lepas tu baru dibuat pecah sempadan 6-8bln pulak tempohnya. So dah jadi 1.5thn minima.
Okay, kalau Pecah Bahagian (biasa geran kongsi yg semua pemilik dah ada nama dlm geran). Yang ni boleh terus proceed tanpa tukar syarat tanah, jika syarat luas minima dipenuhi. (Tak semua boleh pecah, kalau kecik sangat besar reban ayam mcm mana nak pecah?). Tempoh ni 6-8bln jika tak perlu tukar syarat tanah.
Apa beza Pecah Bahagian vs Pecah Sempadan? Tgk ilustrasi bawah ni utk senang paham. Kedua-duanya memberi implikasi geran asal dipecahkan kepada dua keping geran baru. Selain daripada proses ni, kalau setakat jurukur datang dan tanda atas tanah tanpa geran dipecahkan, itu cuma kerja ukur saja. Geran asal tak berubah. Kena paham betul² agar tahu apa yang anda buat dan bayar.
Tak paham, boleh pm tanya saya. Kalau ada masa dan rajin, saya jawab. Ni saya tak cerita lagi akta KTN apa nak guna KTN124 ke 124A ke 204D ke.. nanti lagi korang pening tak paham.
Kerja Bina Di R&R LTU Mula Mac, Siap Sepenuhnya Ogos 2025
Kerja-kerja membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di jajaran Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 4A: Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Kuala Lipis dijangka bermula Mac dan siap pada Ogos 2025.
Itu kata Timbalan Menteri Kerja, Raya Datuk Seri Ahmad Maslan ketika menjawab usul dikemukakan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai jumlah hentian R&R yang akan dibina di Pahang dan Kelantan.
"Bagi Kelantan, ini merupakan tambahan kepada R&R yang sedia ada di Gua Musang Utara dan Gua Musang Selatan.
“Kedua-dua hentian R&R itu akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kawasan rehat, tandas, surau, gerai jualan, kawasan permainan kanak-kanak, rumah sampah dan tempat parkir yang mampu meningkatkan tahap keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya.
Kajian awal mendapati pembinaan dua hentian R&R baharu di sepanjang jajaran itu mencukupi untuk menampung keperluan pengguna jalan raya dengan mengambil kira jumlah trafik, pola perjalanan pengguna terutama ketika musim perayaan dan jarak antara kemudahan sedia ada.,” katanya.
Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
1. Apakah itu BUDI Agri-Komoditi?
BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
2. Siapakah yang layak memohon dan menerima bantuan BUDI AgriKomoditi? Bagi kategori pertanian, pengusaha pertanian termasuk petani dan penternak yang terlibat dalam aktiviti tanaman, ternakan dan akuakultur layak memohon bantuan penyasaran subsidi diesel. Pesawah dan nelayan tidak terlibat untuk penyasaran subsidi diesel fasa pertama ini. Subsidi sedia ada akan diteruskan sehingga dimaklumkan kelak.
Bagi kategori perladangan pula, pengusaha pertanian termasuk pekebun kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf layak memohon.
Kriteria kelayakan bantuan penyasaran subsidi diesel sektor pertanian dan perladangan adalah seperti berikut:
Petani Kecil*
i. Warganegara Malaysia;
ii. Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://budimadani.gov.my/Account/Login.aspx ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
iii. Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
iv. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
Pekebun Kecil*
i. Warganegara Malaysia;
ii. Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
iii. Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah. Sila semak Kad PAT-G
Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
iv. Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
v. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
Tuah pokok durian berusia lebih 60 tahun milik Cikgu Jamaluddin dari Lubuk Hik telah mengalahkan 21 durian kampung yang lain dengan membawa balik Gelaran Juara Durian Kampung Premium Daerah Lipis 2024. Memiliki rasa lemak berkrim seperti mentega menjadi pilihan 9 orang juri pertandingan.
Tempat Kedua 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐄𝐍.𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐆. 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐔
Manakala tempat ketiga 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝟔 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐄𝐍. 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆.