responsif teks foto

Ahad, 30 Oktober 2022

National Scam Responce Center (NSRC)

 


Hubungi Talian 997

Pusat panggilan yang ditubuhkan bagi membantu menyekat pengaliran wang mangsa penipuan siber.

Mangsa penipuan siber boleh terus menghubungi talian bank masing-masing (operasi 24 jam) atau talian NSRC di talian 997 (operasi 8.00 pagi hingga 8.00 malam - Setiap hari).

Pastikan anda mempunyai butiran maklumat insiden kejadian, maklumat komunikasi serta transaksi yang dilakukan seperti :-

1. No. telefon yang menghubungi anda. Cara perhubungan sama ada panggilan telefon, panggilan whatsapp, SMS dll.

2. Masa dan tarikh panggilan diterima.

3. Maklumat akaun bank seperti nombor akaun bank dan nama pemilik akaun.

4. Masa, tarikh dan amaun transaki yang dilakukan.

Mungkin wang anda masih boleh diselamatkan.

NSRC adalah gabungan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi perbankan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi.

Namun begitu, orang ramai dinasihatkan agar terus peka dan waspada dengan helah scammer. Jangan jadi mangsa scam!



Jumaat, 28 Oktober 2022

Kopkaya Mart Relong


PROGRAM JUALAN MURAH KELURAGA MALAYSIA
(PJMKM)

Dah hujung bulan nie, jom berbelanja di PJMKM dan boleh jimat kaw-kaw…. Harga murah dan memang berbaloi.

Jom datang beramai-ramai Kopkaya Mart Relong pada 

29 Oktober - 2 November 2022.

Pelbagai keperluan dapur boleh diperolehi di PJMKM ini

Jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke PJMKM KOPKAYA MART RELONG


 

Khamis, 27 Oktober 2022

Lencongan jalan Persekutuan Lipis - Gua Musang(8)



Lencongan jalan Persekutuan Lipis - Gua Musang(jalan8) kerana melaksanakan kerja pelancaran rasuk di Seksyen 4A Kampung Relong- Raub. Kerja tersebut akan dibuat pada :
  • Tarikh : 1 hingga 3 November 2022
  • Masa : 08.30 pagi - 06.30 Petang.
Segala kesulitan dan pertanyaan boleh hubungi Pihak Kerja Raya Lipis di talian 09-3124040/4041.




Selasa, 25 Oktober 2022

Siti Nurhaliza Tersenarai 5OO MusIim Paling Berpengaruh Di dunia.

 

President Recep Tayyip Erdogan kedudukan pertama

Dato Seri Siti Nurhaliza yang juga penyanyi tersohor negara tersenarai kali keenam berturut-turut sebagai salah seorang musIim paling berpengaruh di dunia.

Siti pertama kali dicalonkan pada tahun 2016 dalam kategori Seni dan Budaya dan terus mengungguli kategori tersebut pada tahun 2021.

Tahun 2021 turut menyaksikan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun tersenarai dalam kategori sama.

Sementara itu usahawan popular, Datin Vivy Yusof merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam kategori selebriti dan sukan.

Dalam pada itu, Siti menerusi laman sosial Instagram (IG)nya mengucapkan rasa syukur dan menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai rezeki dari Allah SWT.

Di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada para peminat penyanyi Takhta Dunia itu.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi kedudukan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam senarai The World’s 500 Most Influential MusIims 2021.





Senarai yang dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Centre sebuah institusi kajian bebas yang terletak di Jordan meletakkan Anwar di kedudukan ke-20 dalam senarai Pemerintah dan Ahli Politik.

Ketua Pembangkang itu berada pada satu tangga di atas Dr. Mahathir yang berada pada kedudukan ke-21. Turut disenaraikan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Siapa nombor 1 paling berpengaruh di dunia?

Dalam senarai itu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berada pada kedudukan pertama dan disusuli oleh Raja Arab Saudi Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud di kedudukan ke-2.

Sementara di kedudukan ke-3 adalah Ayatollah Ali Khamenei yang merupakan pemimpin tertinggi Republik Islam Iran manakala pemimpin negara jiran, Presiden Indonesia berada pada kedudukan ke-8.

Anwar dan Mahathir atau mana-mana individu dari Malaysia bagaimanapun tidak berada dalam senarai kedudukan 50 musIim teratas yang diungguli oleh Recep Tayyip Erdogan.

Dalam senarai itu Joko Widodo berada dalam kedudukan ke-12 dan Presiden Singapura Halimah Yacob pada kedudukan ke-37.

Sementara itu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diletakkan dalam senarai Pendakwah dan Pemimpin Kerohanian berpengaruh.

Manakala ahli korporat Syed Mokhtar al-Bukhari disenarikan dalam kumpulan Dermawan, Kebajikan dan Pembangunan.

Dalam kategori Isu Sosial pengasas Sister in Islam Zainah Anwar disenaraikan antara 500 tokoh Islam berpengaruh dan ahli korporat yang juga Presiden Johor Corporation, Tan Sri Muhamammad Ali Hashim berada dalam senarai Perniagaan.

Dalam senarai Sains dan Teknologi, Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaphar Shukur dipilih sebagai salah seorang 500 tokoh musIim berpengaruh.

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan rakan dunia hiburan Hafiz Hamidun berada dalam tokoh muslih berpengaruh dalam senarai Seni dan Budaya.

Bagi kategori Selebriti dan Sukan, ikon fesyen; Vivy Yusof satu-satunya rakyat Malaysia yang disenarikan.

Bagaimanapun tiada rakyat Malaysia yang disenarikan dalam kategori Penghafaz al-Quran; Media dan Pengganas Terkenal.


Sumber:gempak dan suaramerdeka

Ahad, 23 Oktober 2022

Mentafsir Statistik Daftar Pemilih PRU15


SPR telahpun mengeluarkan bilangan pengundi mengikut kategori umur seperti yang dilampirkan. Bagaimana untuk kita 'membaca' dan menganalisa data ini dari sudut statistik dan digunakan bagi merencanakan kempen PRU15.

Dalam PRU15 bilangan daftar pengundi yang layak dan dikemaskini terbaru ialah 21,173,637 orang.
Bagi peringkat Negeri, Parlimen dan DUN juga harus memperhalusi data yang disediakan oleh SPR. Dijangka ia lebih lengkap kerana dalam setiap DUN juga ada Pusat Daerah Mengundi (PDM)  masing-masing yang lebih dekat dengan pengundi.

Data SPR peringkat Nasional mengkategorikan seperti berikut:

Umur 18 - 29 tahun: 6,007,978 orang, 28.37 peratus
Umur 30 - 39 tahun: 4,681,348 orang, 22.11peratus
Umur 40 - 49 tahun: 3,645,248 orang, 17.22 peratus
Umur 50 - 59 tahun: 3,027,498 orang, 14.30 peratus
Umur 60 - 69 tahun: 2,277,070 orang, 10.75 peratus
Umur 70 - 79 tahun: 1,093,951 orang, 5.17 peratus
Umur 80 - 89 tahun: 353,631 orang, 1.67 peratus
Umur 90 - ke atas: 86,914 orang, 0.41 peratus

Bagi umur 18 - 29 tahun adalah golongan majoriti melebihi suku daripada daftar pemilih iaitu 28.37peratus  Jika dibuat prorata bilangan yang pertama kali mengundi ialah 2,730,899 orang atau mewakili 45% dari kategori ini.

  
Daripada bilangan ini dianggarkan mereka yang baru keluar SPM dallm 2-3 tahun dan baru terdedah dengan politik dan selalu istilahkan sebagai UNDI 18 ialah sekitar 1,638,539 orang.

Jika dibahagikan kepada 222 kawasan parlimen secara prorata, bilangan mereka ialah sekitar 7380 orang sahaja.  Paling tinggi ialah 10,000 orang dan paling rendah 5,000 orang sahaja.
Kalau dlm satu kawasan parlimen yang terdapat 3 DUN, maka pertambahan UNDI 18 hanyalah sekitar 2,500 - 3,000 orang sahaja.

Kalau terdapat 75 peratus kadar keluar mengundi maka pertambahan dalam peti undi ialah sekitar 2,000 undi. Dikatakan pertandingan 3 penjuru pula, setiap parti mungkin akn bertambah sekitar 650 orang bagi SATU DUN.

Berdasarkan angka statistik dan matematik yang saya lakukan terhadap PRK Cameron Highland, PRK Tanjung Piai dan PRN Melaka dan Johor berasaskan model matematik dan statistik, perkiraan saya tidak jauh dari keputusan sebenar SPR.
 
Oleh itu ramai yang bertanya bagaimana arah pengundian atau pola pengundian UNDI 18, bagi saya ia bukanlah satu angka yang signifikan. Malah ia lebih terarah kepada corak pengundian ibu-bapa. Mereka masih belum mempunyai arah yang jelas.

Bagi kategori umur 18 - 29 tahun ini kita harus memberikan penekanan kepada mereka yang pernah mengundi SEKALI di PRU14 dahulu.

Mereka inilah golongan yang ketika itu baru mula berkerja atau baru keluar dari institusi pengajian tinggi. Tiba-tiba mereka dikejutkan dgn janji PTPTN tak perlu bayar balik. Peluang sejuta pekerjaan disediakan. Anak-anak dari bandar balik ke kampung memberitahu kepada ibu-bapa bahawa hutang Felda dihapuskan 50 peratus..

Jadi golongan ini mempunyai persepsi yang berbagai. Melihat realiti janji populis tetapi tidak ditunaikan. Ia akan dibandingkan dalam kempen PRU15 nanti.

Jika mana-mana parti politik dapat menguasai minda dan memberikan arahan yang betul kepada golongan ini, pasti undi yang besar akan diperolehi. Bagi kategori umur 30 - 39, 40 - 49 dan 50 - 59 adalah 'core people' yang menentukan kemenangan bagi seseorang calon sama ada DUN atau parlimen.

Segmen kategori ini adalah mereka yang telah melalui beberapa kali PRU dan hidup dalam beberapa bentuk kerajaan. Dapat menilai buruk-baik sesebuah parti politik. Bagi kategori 60 - 69 adalah pelengkap undi dan mereka adalah warga emas yang prihatin. Jadi undi mereka adalah emas jika keputusan sangat kritikal.

Kategori umur 70 ke atas dari segi bilangan tidaklah signifikan. Namun kita jangan lupa terdapat seorang calon dan pengundi yang berumur 97 tahun. Beliau adalah salah seorang daripada kategori umur 90 ke atas yang berjumlah 86,914 itu.


Kredit FB Megat Hisemudin Megat Kasim

Dear Nestle


Jom minum produk NESTLÉ Sedia Untuk Diminum dan menang Samsung Galaxy A23. Sertai Peraduan Sensasi Bola Nestlé di kedai Petron hari ini...!




 

Khamis, 20 Oktober 2022

Tarikh Pilihanraya Umum Ke-15



Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan seperti berikut:

Tarikh keluar rid - 20 Oktober 2022

Hari penamaan Calon - 5 November 2022 (Sabtu)

Mengundi awal - 15 November 2022 (Selasa)

Buang undi - 19 November 2022 (Sabtu)

Sebelum pergi mengundi lihat data ini

Jumlah Pegundi 21,113,234 juta daftar pada 16 Jun 22

Undi Popular PRU ke-14

BN 3,624.921 juta      31.9

PKR PH 5,685,252 juta     50.1

PAS 2.045,159 juta     18.0

Jumlah 11,353,332

Pengundi Baru + pengundi 18, 20 Tahun

5.8 juta

Pengundi 18,20 Tahun
1,141,749 juta


Jangkaan PRU 15.

Keputusan PRU 15 dijangka akan menyaksikan tidak ada satu pun parti Politik yang akan menang besar  secara dominan dan boleh  membentuk Kerajaan:

1 - UMNO BN dijangka menang 50 kerusi Parlimen.

2 - PKR dijangka menang 40 kerusi Parlimen.

3 - DAP dijangka menang 50 kerusi Parlimen.

4 - AMANAH dijangka menang 8 kerusi Parlimen.

5 - BERSATU dijangka menang 8 kerusi Parlimen.

6 - PAS dijangka menang 7 kerusi Parlimen.

7 - Warisan dijangka menang 8 kerusi Parlimen.

8 - GTA dijangka menang 30 kerusi Parlimen.

9 - Gabungan Parti Sabah dijangka menang 10 kerusi Parlimen.

10 - Gabungan Parti Sabah dijangka menang 10 kerusi Parlimen.

Akhirnya semua parti Politik terpaksa bergabung untuk mendapatkan majoriti122 kerusi Parlimen bagi  membentuk Kerajaan selepas PRU 15 nanti.



AddToAny