responsif teks foto

Jumaat, 6 Februari 2009

Cerita Dari Lipis : respon


SUARA BLOG

Satu lagi blog yang menarik perhatian ialah hasil penulis bernama Zaini dari Lipis, Pahang. Dalam blognya itu lipis-zaini.blogspot.com, penulis memaparkan kisah-kisah yang berlaku di kampungnya selain catatan peribadi kehidupan sehariannya.

Sebagai contoh dalam pos terbarunya dipaparkan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang terjunam di dalam sebuah longkang.

Walaupun tidak dinyatakan nasib pemandunya tetapi melalui blog itu, kini ramai yang tahu kejadian-kejadian yang berlaku yang tidak dimuatkan di dalam media massa.

Malah seorang pembaca blognya memberi komentar: "Tahniah kerana saudara banyak sekali menulis mengenai keadaan tempatan. Sebenarnya kadang kala jemu juga membaca kisah politik di blog yang banyak di tempat lain.

Oleh itu untuk menghilangkan kebosanan, baik kita bertukar-tukar kisah kampung masing-masing."

Dipetik dari suara blog Utusan Malaysia

KOMEN

Saya ucapankan terima kasih kepada Suara Blog Utusan Malaysia memberi perhatian ke atas Blog saya yang tidak seberapa. Tidak dapat dinafikan penulis blog yang bertemakan politik sangat mendapat perhatian dari pembaca berbanding dari blog Sejarah,Pengalaman dan Ilmiah.

Saya perhatikan masyarakat Malaysia sangat berminat mengikut perkembangan politik tidak kira politik pembangkang atau politik dalam parti terutamanya UMNO. Perkara ini juga hingga terbawa-bawa dalam kenduri, perjumpaan keluarga hingga menimbulkan keadaan yang tidak mesra antara keluarga disebabkan fahaman politik.

Saya tidak nafikan politik itu penting tetapi keutamanya kadang-kadang melebihi keutama yang lebih penting iaitu membangunkan ekonomi terutama orang melayu yang masih lagi ketinggalan berbanding dengan bangsa lain. Sekian Terima Kasih.

1 ulasan:

dwen_psf berkata...

tahniah masuk utusan, aku orang lipis bangga gak
banyak info pasal lipis
aku orang kechau....he he
keep it bro

AddToAny