Khamis, 10 September 2009

TAHUN 1888



Masjid Negeri 1888

Sebenar saya tertarik pada ‘Tahun Peta’ di atas. Pada tahun 1888 peta Semenanjung Malaysia terdapat satu negeri yang dinamakan Patani. Loghat masyarakat Patani hampir menyamai dengan loghat masyarakat melayu di daerah Baling, Sik sedikit Kuala Nerang Kedah, Pangkalan Hulu, Gerik Perak.. Masyarakat di daerah tersebut masih lagi mengunakan loghat itu di dalam pertuturan harian walaupun terdapat pengaruh loghat Kedah. Peta itu dengan jelas menunjukkan kita mempunyai talian persaudaraan dengan masyarakat Islam Patani yang berhadapan dengan pergolakan politik yang tiada kesudahannya pada hari ini.

Bagi negeri Pahang tahun 1888 bermulanya satu sistem pemerintah yang baru membawa kesan yang besar terutama struktur politik di Negeri Pahang. Pada tahun tersebut ‘John Pickersgill Rodger’ telah dilantik menjadi residen pertama. Perlantikan ini telah mengurangkan kuasa Sultan Ahmad dan pembesar-pembesar negeri .Pada tahun tersebut, Pahang buat kali pertama telah menerima satu angkatan Polis yang terdiri daripada 50 orang Sikh dan 150 orang Melayu yang diketuai oleh Encik Syers. Tujuannya untuk mengawasi keamanan di Pahang. Perkara tersebut telah membingung Sultan Ahmad kerana dalam pentadbiran tradisi, terdapat sistem tersendiri yang menjaga keamanan negeri. Majlis Tertinggi Negeri juga ditubuh pada tahun 1888 yang mempunyai kuasa keatas pemerintahan di negeri Pahang dan Sultan Ahmad tidak dilantik menjadi Ahlinya.

Di daerah Lipis Pada tahun 1888 terbina satu Masjid Negeri yang diasas seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Masjid ini telah dijadikan Masjid Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang sebelum ia dipindahkan ke Kuantan. Menurut cerita orang tua, salah satu keistimewaaan masjid ini ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Bandar Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai ini juga tidak menjejaskannya walaupun banjir melanda.

Rujuk : Muhamad Yusoff, Dr Aruna Gopinath Tradisi Persejarahan Pahang 1800-1930

: Majlis Daerah Lipis – Power Point.

KOMEN

Pada hari ini kita selalu memperkatakan, membincang berkenaan pergolakkan semasa (politik) yang tiadak habis-habis. Sebenarnya sejarah banyak mencerita pergolakan politik dahulu yang lebih hebat dan tragis.

Akan datang saya akan muatkan Tips Keselamatan Kenderaan semasa balik kampung.


Tiada ulasan: