Jumaat, 4 Jun 2010

Tukang Parang Kg Lubuk Kulit, Lipis.

Aki Wahab tekun membuat sebilah pisau

Dicerita oleh orang tua Tok Empat kedua Kg Lubuk Kulit Kuala Lipis yang bernama Menteri Lebeh bin Menteri Selamat telah mengarahkan anak terunanya bernama Ahmad, Kassim dan Yusof pergi menuntut ilmu membuat parang dengan seorang pendatang Indonesia di kampung Sempalit Raub. Setelah berbagai dugaan seperti berjalan kaki dan belajar menuntut ilmu tukang besi selama 2 tahun Ahmad dan Kassim pun pulang ke kampong Lubuk Kulit dan mendirikan bangsal(bengkel) membuat parang. Setahun kemudian Yusof pula pulang ke kampong mendirikan bangsal yang sama, antara ketiga mereka Yusof yang lebih pandai dan halus tukangannya kerana ia belajar lebih lama.
Yusuf telah mewaris tukangannya kepada anaknya yang bernama Aki Mat , Aki Samad dan menantunya Hj. Da. Aki Kasim yang dikenali sebagai Tukang Kassim telah mewarisi tukangannya kepada Hj. Abd Wahab.
Pada hari ini warisan tersebut tidak dapat diteruskan kerana anak-anak mereka telah pun mempunyai pekerjaan lain yang lebih terjamin berbanding menjadi tukang parang. Seperti kata Hj Abd Wahab 77 tahun “Menjadi tukang parang ia memerlukan bakat dan minat, jika tiada sifat tersebut seorang itu tidak mampu untuk meneruskan tukangan dan pelajaran yang paling sukar dan perlu kesabaran apabila sampai ketahap ‘sepuh’ mengunakan air atau minyak…”.
KOMEN
Suatu hari nanti warisan tukang parang Kampung Lubuk Kulit ini akan hanya tinggal kenangan seperti kita tinggalkan pisau tuai padi, lesong indik kaki dan tenggala kerbau.
Rujuk
Aki Samad bin Yusof
Hj Wahab bin Tukang Kassim
Geran Tanah Menteri Lebeh.

Sijil penghargaan dari Kerajaan Malaysia kepada Aki Hj, Abdul Wahab yang terlibat dalam
melawan Komunis masa zaman darurat 1948 -1962

produk  dari cucu-cucu Kg  Lubuk Kulit

"Berapa nak letak harga ni.....? org dah beli RM 150
Membuat Parang Terkini



18 ulasan:

kelompen berkata...

salam weh
entri yang sangat baik, kah kney aki ne, ilmu tukang dia lagi tinggi, dia sepuh guna air, kah guna minyok, betul ngat, tidak nye mudoh keje mbuat parang ni weh, link blog kah http://tukangparang.blogspot.com nye buleh berkongsi cerita sama.
terimakasih lagi sekali. dime ande no tipon aki ni? sms kah di 012 9117653 kala nye ende

INTAN RH berkata...

salam. boleh tau lokasi tepat tukang parang ni? koi tgh menjejak warisan yg semakin lupus. tq

zaini berkata...

"lokasi: Kampung Lubuk Kulit(Mukim Telang) Padang Tengku 27200 Kuala Lipis Pahang.

Desa Abu Hassan berkata...

salam..kesenian bukan warisan,ianya perlu dipupuk dengan minat dan percambahannya berkait rapat dgn kesungguhan..tahniah info yg menarik

BOESMAN berkata...

Assalammualaikum...tak sangka cerita ini masuk dalam ni..aki mat tu arwah ayah saya.

Tanpa Nama berkata...

ddddd

Tanpa Nama berkata...

ok bagus.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum. saya nak ucapkan ribuan terimakasih kpd hj.wahab kerana saya sempat mempelajari ilmu buat parang sebelum sebeliau bersara. Suatu ketika dulu saya balik ke pdg tengku pada hujung minggu dan dengan kesempatan itu saya ke rmh hj utk mempelajari selok belok buat parang. setiap kali balik saya akan membawa pulang 4 atau 5 bilah parang utk dibaiki dan di sepuh. sya jug sempat mempelajari cara sepuh mggunakan air atau minyak. hj mengajar saya dgn tekun sehinggalah beliau bgthu beliau akan bersara dan lagi satu anak2nya tidak blh meneruskan kerja tradisinya krn berada di kota. sekarang saya bergiat aktif meneruskan usaha beliau di kelantan.pelbagai produk saya hasilkan. csra sepuh hj memang tajam. darpada pedang, pisau noreh, kapak, pisau sembelih dsn yg paling top pisau lapah. kalau kapak dan pisau potong tulang tu....saya test kerat paku. hj. wahab saya tabik dan terima kasih byk2.

amin jupemswk berkata...

Aki mat tu dan aki kassim aki wahab tu pak sadare bedu rashid iaitu ayah saya

amin melaka berkata...

Haji wahab sudah meninggal dunia dalam bulan yg sama dengan nik aziz

Janggut Golong berkata...

Boleh saya memiliki bilah sembelih drp pihak tuan?

Janggut Golong berkata...

Boleh saya memiliki bilah sembelih drp pihak tuan?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..Sy tertarik dgn penulisan nie..sbb sy juga seorg anak dari tukang buat parang suatu ketika dulu..tpi skg arwah da pun meninggal dunia pada tahun 2001, mse tu sy berumur 10 tahun..arwah mmg pandai buat parang dan itu lah yg menyara kami sekeluarga..sy berasal dari kg ulu teris,kuala lipis pahang..arwah akan menjual semua hasilnya di pasar2 padang tengku, pasar kuala lipis dan juga kampung ke kampung seperti kg lubuk kulit..orang2 muda mungkin x mengenali arwah..tapi orang2 yg da berumur mesti kenal dgn arwah ayah sy yg dikenali sebagai "we amad" atau pun "mat hongkong"..sejak arwah meninggal xde siapa yg meneruskan bakat nie..pde masa tu pun sy masih lagi kecil, hanya mampu mengganggu die mengasah parang di pondoknya..bagi sy pda zaman sekarang nie susah kita nk cari org2 yg berbakat seperti ini..menghasilkan dgn tangan sendiri..bagi sy bakat ini perlu diteruskan..
#anaklepeh

Hafizhadri berkata...

Aki samad bin yusuf tu org panggil beh samad..dan sekarang ni anak dia hadri samad yg buat kerja bertukang pada hari sabtu dn ahad sahaja...haji wahab bin kassim tu pulak dah meninggal tahun lepas ..

Dilla Hamid berkata...

Bole kasi alamat rumah tukang parang ni

Nan Zul berkata...

Maaf..tukang parang tu dah pun meninggal dunia dan tiada siapa yg mahu mewarisinya.."

Hafizhadri berkata...

Bengkel parang, kg kuala lambar, lubuk kulit, 27200 kuala lipis pahang.. ���� Whatapps saya 01131266120 untuk taw lebih

Nan Zul berkata...

Aki Wahab(gambar atas sekali) seorg pejuang ... semasa darurat Aki bertempur dgn komunis di kg kuala wau dan menembak seorg anggota kumunis. Dia dapat surat penghargaan kerajaan yg diberi bersama wang tunia rm3000 sebelum pilihanraya 2013.