Isnin, 13 September 2010

Sejarah: Pertempuran di Sungai Yu Kuala Lipis.


Sebulan sebelum darurat diisytiharkan pada 17 Julai, dijalan keretapi tanpa rel dekat Sungai Yu, antara Kuala Lipis dan Gua Musang, penganas komunis yang dianggarkan 50 anggota telah menyerang hendap satu platun Askar Melayu yang berpangkalan di Kuala Lipis. Pemerintah Kompeni Mej Anderson yang  memimpin platun yang sedang bergerak menuju Gua Musang bagi menyiasat berita yang menyatakan bahawa Balai Polis Gua Musang telah ditawan oleh penganas Komunis.  Mejar Anderson bersama tiga anggota menaiki land rover, sementara anggota platun yang lain menaiki tiga trak yang turut membawa beberapa anggota Polis. 

Semasa konvoi melalui satu pergentingan dekat Merapoh, penganas komunis telah menyerang mereka dari dua penjuru dengan senjata bren gun dan lain-lain senjata outomatik.  Dalam serangan awal, land rover menjadi sasaran dan Mejar Anderson serta perajurut Nazri(batman) terus terkorban sementara Koperal Ismail dan pemandu, Perajurit Muhd Radzi tercerdera.

Seterusnya tiga buah trak juga menjadi sasaran dan beberapa anggota juga telah terkorban dan cedera.  Anggota yang lain lantas terjun daripada trak mencari perlindungi dan menbalas tembakan penganas komunis.  Berdasarkan jeritan kesakitan yang dapat jelas didengar, dijangkakan beberapa penganas komunis turut tercedera atau terkorban.

Memandangkan platun berada di bawah tebing, kedudukan mereka terancam oleh tembakan penganas yang berada di atas tebing.  Memikirkan semua mereka yang berada dalam land rover telah terkorban, Sarjan Usman yang juga telah cedera kena tembakan di lengan, mengarahkan anggota untuk keluar daripada kawasan serang hendap. Sambil anggota lain membalas tembakan pengganas komunis, tiga anggota meluru menaiki trak dan berjaya menghidupkan semula enjin  trak. Mereka kemudiannya telah berjaya mengundurkan trak keluar daripada kawasan bahaya.  Mereka tiba di Kuala Lipis pada jam 7.00 malam.

Dalam serang hendap tersebut, pasukan Askar Melayu mengalami empat anggota yang terbunuh iaitu Mejar Anderson, Perajurit Nazri (Batman) Perajurit Wan Abdul Rahman (operator wireles) dan Perajurit Ahmad . Sementara itu seramai tiga anggota iaitu Koperal Ismail (lengan) dan Perajurit Muhd Radzi (cedera parah di peha).  Perlu dinyatakan bahawa Perajurit Muhd Radzi hanya dijumpai enam hari kemudiannya dalam keadaan pengsan dan luka dipeha sudah berulat sebesar pangkal lidi.

KOMEN

Sempena kita menyambut Penubuhan Malaysia pada 16 Sept sebenarnya ramai perajurit kita berkorban demi anak  bangsa dan agama daripada ancaman yang mahu mengugat keamanan. Berbanding dengan kita............................... ??????

Rujuk
BTDM Bil 160  Julai 07 m/s 79





   

Tiada ulasan: