Kalau kita bersembang di kedai kopi di kampung-kampung kita dapati kebanyakan mereka bercerita berkenaan dengan pokok getah yang mereka tanam. Berbagai petua, cara membaja, cuaca, cara menghalang dari ancaman musuh tanaman, kawasan tanaman, status tanah untuk ditanam dan lain-lain. Pada kali ini saya ingin mencerita sedikit berkenaan dengan musuh tanaman yang mengacam penanam getah iaitu babi hutan.
Tabiat/Habitat
Babi hutan adalah mamalia besar yang boleh hidup dipelbagai habitat terutamanya di kawasan hutan tanah pamah yang kaya dengan tumbuhan. Binatang ini juga boleh dijumpai di kawasan hutan paya gambut. Hutan karanggas, hutan paya bakau, hutan tanah tinggi dan kawasan belukar dipinggiaran kampung atau ladang getah dan sawit terbiar.
Makanan babi hutan terdiri daripada buah-buahan, cacing tanah, serangga dan ubi atau umbut pisang liar yang masih muda dan lembut. Jika ada peluang, ia juga akan membaham burung liar, mamalia kecil dan reptilia yang menyorok di dalam batang kayu, sampah atau membaham haiwan yang tercerdera.
Babi hutan yang tinggal di kawasan kampung akan memakan empulur batang pisang yang ditumbangkannya dengan mengigit pangkal batang pisang tersebut. Babi hutan akan memakan semua jenis buah-buahan yang akan masak dan gugur ke bumi seperti durian, rambutan, pisang ,jambu air, cempedak dan nangka. Ubi kayu, keledek dan keladi juga amat disukai oleh binatang ini. Buah kelapa tua yang gugur di bumi dengan mudah dibelah dua oleh babi hutan dengan mengunakan taring dan giginya yang tajam serta kuat.
Di kawasan ladang sawit atau getah babi hutan akan merosakan anak sawit atau getah yang baru ditanam. Pada waktu malam babi hutan akan datang ke kawasan tanaman kelapa sawit yang baru ditanam dan memakan umbut anak kelapa sawit yang masih muda. Anak getah yang baru ditanam turut dimusnakan oleh haiwan ini. Oleh hal yang demikan, babi hutan dianggap perosak tanaman oleh petani dan peladang terutama di kawasan Lipis.
Selain tumbuhan dan buah-buahan serta serangga, babi hutan memerlukan zat garam galian seperti kasium, fosforus, kalium, sulfat dan magnesium. Bahan ini amat penting bagi menguatkan tulang, serta kesihatan tubuh badan haiwan ini. Justeru, babi hutan kerap melawati jenut atau sira yang terdapat di hutan rimba. Ia akan menjilat tanah atau air garam galian tersebut. Kesan tapak kaki babi hutan amat mudah dilihat di kawasan jenut ini. Tidak hairan selepas menabur baja pada keesokan hari babi hutan akan datang mencakar atau memakan tanah tersebut.
Pembiakan
Tiada musim pembiakan tertentu bagi babi hutan. Haiwan ini boleh membiak sepanjang tahun. Sebagaimana babi perliharaan, babi hutan boleh melahirkan anak sehingga 12 ekor. Tempoh bunting bagi babi hutan betina ialah kira-kira enam bulan. Anak yang baru dilahirkan ini mempunyai bulu yang panjang dan berjalur perang dan hitam. Anak babi hutan akan dijaga dan disusui oleh ibunya setiap masa. Anak yang baru dilahirkan ini boleh berjalan beberapa hari selepas dilahirkan. Anak babi ini akan mengikut ibunya dalam satu barisan dan berjalan berbondong-bondong.
Babi hutan betina yang beranak kecil sangat garang. Penceroboh yang cuba menghampiri atau menganggu anaknya akan diserang dan dicederakan oleh ibunya.
Cara-cara menghalang dari ancaman Babi Hutan
Berbagai cara diusahakan oleh petani untuk menghalang dari ancaman musuh utama ini tetapi kebanyakan mereka gagal mengawal dan menyebabkan tanaman seperti getah gagal ditanam dan peladang mengalami kerugian besar. Cara-cara menghalang adalah seperti berikut.
1. Memagar dengan megunakan pagar zink atau plastik hitam penutup bumbung ‘nursery’ mengelilingi kawasan tanaman tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi.
2. Di sabah mereka mengunakan rambut manusia yang ditabur disekeliling pokok mereka berjaya mencatatkan 95 peratus tanaman yang tidak diganggu oleh babi hutan ini.
3. Mengunakan anjing perliharaan di kawasan ladang sangat berkesan tetapi cara ini kurang popular dikalangan orang melayu yang kebanyakan beragama Islam. Sebenarnya dalam Islam tidak menghalang kita mengunakan anjing untuk menjaga tanaman.
Jika terdapat cara yang sesuai untuk mengalang ancaman babi hutan ini diharap pembaca boleh tulis diruangan komen untuk kita berkongsi bersama mudah-mudahan ianya mendapat manafaat.
Perlindungan
Walaupun babi hutan dianggap perosak tanaman oleh petani, ia masih dilindungi dibawah Akta Perlindungi Hidupan Liar 76/1972. Haiwan ini disenaraikan dalam jadual 2 Binatang Liar Buruan yang dilindungi. Adalah menjadi suatu kesalahan bagi sesiapa menangkap, menembak, membunuh, menjual atau memelihara babi hutan tanpa lessen atau permit. Mereka yang melanggar peraturan ini boleh didenda sehingga RM 3000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekalidi bawah seksyen 68(a) Akta yang sama. Bagi mereka yang didapati memasang jerat simbat lebih daripada 25 utas untuk menangkap atau membunuh haiwan ini lima tahun boleh dikenakan oleh mahkamah ke atas pesalah ini.
KOMEN
Pada hari ini harga getah sudah mencecah RM 15.06 sekilo, merupakan harga tertinggi semejak tahun 1972. Harga belian di kedai pembelian getah sekerap sudah mencecah RM 7.25 sekilo ini bermakna peladang yang mempunyai 270 pokok (2 ekar) , menoreh selama tujuh hari boleh mendapat RM900.00.
Rujuk
Sinar Harian 07 Jan 2011
Majalah Kosmik Dis 2010

4 ulasan:
Rajin2 la masuk kebun ter sokmo.Paling kurang buat unggun api.Jangan tinggal lame sangat weh.Bau kite ter menatang ni takut.Kala rajin cari la cermin2 pecoh ter gantung dalam kebun paras2 lutut.Bukan mende babi ni malu amat nengok muke sendiri.Lagi banyok lagi molek.Tapi jangan sampei berbeli de kedei pulok.
say ni nak kongsi2 maklumat tentang penambah hasil susu getah.....
MAICHEM RUBBERTEX
MAICHEM RUBBERTEX adalah produk pengeluaran terbaru. Produk ini direka khas untuk pokok getah yang tidak boleh menghasilkan susu getah pekat berlebihan. Ia adalah dicipta dari hasil kajian teliti dan memuaskan.
Kelebihan MAICHEM RUBBERTEX:
• Menghasilkan susu getah berlebihan antara dua hingga tiga kali ganda dari kaedah biasa
• Kandungan getah kering (DRC) 31-36% tanpa menjejaskan pokok getah
• Kos efektif dan menambahkan pendapatan penoreh getah
• Mempercepat pembekuan getah selepas torehan
• Mengurangkan kadar lupus hasil torehan akibat hujan
• Kerja kurang hasil lumayan
Cara Pengunaan MAICHEM RUBBERTEX
• Bersihkan tempat torehan lama yang masih lekat getah kering sebelum sapukan MAICHEM RUBBERTEX padanya.
• Sapukan MAICHEM RUBBERTEX pada alur torehan dengan berus lukisan saiz kecil
• Celup berus dalam MAICHEM RUBBERTEX, kemudian sapu pada tempat torehan, ulangi jika tidak mencukupi.
• Torehan boleh dibuat selepas satu hari, tidak kurang dari (15-24 jam).
• Ulangi 10 hari sekali pada pokok getah yang biasa.
kalau ada yg berhajat....0176818199 or peppersprayku@yahoo.com
PERHATIAN !
Simpan ditempat teduh dan selamat. Jauhi daripada kanak-kanak. Basuh dengan air yang banyak jika terkena mata dan kulit anggota badan yang sensitive. Elakan daripada cahaya matahari.
ye ke dok
raya pakar pagar letrik cost cuma rm 800 je klu pakai solar tambah 700 lagi babi tak masuk .yang pening je senekoh yang ni payah .dia ni suka repih pucut .saya guna radio .pakai spekar besar .sekarang alahamdulilah
Catat Ulasan