Ahad, 12 Jun 2011

Empower : Peluang Warga Lipis

Pelancaran Pusat Empower Lipis oleh Dato Dr. Shahrom - Ahli Parlimen Lipis
Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2.4 juta bagi membangunkan modal insan menerusi Projek Empower fasa kedua di Temerloh dan Kuala Lipis, menerusi program Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) tahun ini.

Projek fasa pertama yang dilaksanakan di Bentong tahun lalu membuahkan hasil apabila berjaya meningkatkan sosio ekonomi penduduk miskin daerah itu. Projek Empower bertujuan membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup mereka melalui modul akademik, keusahawanan dan kemahiran.

Modul akademik yang dilaksanakan itu telah  berjaya membantu ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM).

Modul keusahawanan dan latihan kemahiran berjaya membantu golongan tersebut menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan kecil-kecilan seperti mengambil tempahan di rumah, membaiki telefon bimbit dan computer

Projek Empower melibatkan 2,700 penduduk Bentong, Temerloh dan Kuala Lipis serta ia akan diperluaskan ke Cameron Highland dan seluruh Pahang secara berperingkat.

Pada petang tadi  pukul 16.30 YB Dato Shahrum Osman – Ahli Parlimen Lipis telah merasmikan  Pusat Empower Daerah Lipis di Bandar Baru Kuala Lipis.  Kita berharap dengan pelancaran tersebut memberi peluang kepada warga Lipis mencari peluang kemahiran dan keusahawan.

Kursus yang ditawarkan seperti berikut

1.         Kursus Pengurusan Penjaja
2.         Kursus Buat Kek
3.         Kursus Masakan Malaysia
4.         Kursus Jahitan & Rekaan
5.         Kursus Membaik Pulih Telefon Bimbit(H/P)
6.         Kursus Komputer Networking
7.         Kursus Gubahan Bunga & Kraftangan
8.         Kursus Wiring(Elektrik) & Plumbing.
9.         Kursus Receptionist & Pegawai Perubungan Awam.

Kursus PERCUMA, tempat sangat TERHAD

1 ulasan:

atikah khairuddin berkata...

Ade lagi x kursus ni?