Sabtu, 7 Oktober 2017

Dapatkan Telefon Pintar Berharga RM1 Bersama MaxisONE

Maxis hari ini tampil dengan tawaran yang berbeza dari yang lain. Jika syarikat telekomunikasi lain berlumba-lumba menawarkan pelan dengan data berganda-ganda, Maxis pula menawarkan telefon pintar berharga RM1 untuk pelanggan Pelan MaxisONE.

Pelbagai peranti ditawarkan dalam promosi terbaru Maxis ini. Lebih tinggi pelan MaxisONE yang dilanggan, lebih banyak jenis telefon pintar boleh dipilih untuk dibeli pada harga RM1 sahaja.

Contohnya, pelanggan pelan MaxisONE 188 boleh mendapatkan Huawei P9 pada harga RM1. Manakala pelan MaxisONE 158 berpeluang memiliki OPPO F1s atau Samsung Galaxy J7 dengan bayaran RM1. Atau dapatkan ZTE Blade A610 serendah RM1 bagi pelanggan MaxisONE 98.

Untuk mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1, pelanggan perlu mendaftar kontrak selama 24 bulan dengan pelan MaxisONE yang berkaitan. Tawaran ini juga boleh dinikmati untuk pelanggan sedia ada, yang mempunyai kontrak kurang dari 3 bulan.

Selain telefon pintar, Maxis juga menambah tawaran Pocket Wifi. Pengguna MaxisONE boleh mendapatkan rebat RM30 dengan pelan Pocket Wifi. Tetapi perlu mendaftar kontrak 24 bulan untuk pelan MaxisONE, dan kontrak 12 bulan bagi pelan Pocket Wifi.

Tidak dilupakan juga, pelanggan baru MaxisONE Home berpeluang mendapatkan Google Chromecast pada harga RM1. Bagaimanapun, ia adalah versi pertama Chromecast, bukan yang terkini.


Semua tawaran di atas, boleh mula didapati bermula hari ini. Layari laman web promosi Maxis Power of One, untuk senarai penuh peranti, kelayakan dan maklumat lanjut.

Tiada ulasan: