responsif teks foto

Rabu, 14 Mei 2008

Keluhan seorang peneroka.



Felda Sungai Koyan menerima penghijrahan peneroka dari pelusuk Negara pada tahun tahun 1972. Kedatangan mereka pada masa itu kerana menyahur seruan Bapa Pembangunan Tun Abdul Razak dan semangat DEB. Bapa saya merupakan salah seorang dari ratusan peneroka tersebut. Beliau merupakan peneroka yang sangat setia kepada majikan (felda) walaupun berfahaman pembangkang (parti PAS) dari mula mengenal apa itu politik (zaman Dato’ Asri Muda).

Pada tahun 1986 hingga 2005 pendapatText Box:  Jika permohonan pertama diterima tanpa borang permohonan itu dibuang  umur beliau masih cukup  tetapi permohonan ketiga beliau sudah mencecah umur 71 tahun. peneroka tidak menentu, pada tahun tertentu (1989) harga buah sawit menjunam sehingga RM 45.00 satu tan. Bayangkan bertapa sukar hidup sebagai seorang peneroka dengan anak yang masih bersekolah. Bil air/elekterik sudah tidak mampu dibayar oleh peneroka, hutang dengan Felda Niaga sudah tidak mampu ditanggung oleh pengurusan Felda walaupun berada dalam keadaan sukar pihak Felda berusaha memberi kemudahan kerdit tersebut. Bapa saya merupakan peneroka yang masih setia kepada Felda, beliau tidak meninggalkan Felda untuk mencari sedikit pendapatan seperti lain-lain peneroka. Pada masa itu ada yang menjual susu, beras yang diambil dari kedai Felda untuk mendapat duit tunai(cash) untuk membiayai perbelanjaan anak sekolah.

Tanam Semula.

Bermula era penanaman semula pada tahun 1995 bapa saya masih setia juga kepada Felda dengan menyerah semua ladang beliau seluas 14 ekar kepada pihak felda untuk diurus memandangkan beliau sudah tidak mampu(tua) anak-anak meninggalkan rancangan mencari pekerjaan untuk menampung hidup mereka. Sesetengah peneroka menanam sawit sendiri atau mengambil semula ladang yang telah diusahakan oleh felda. Dalam felda bapa saya diketogerikan sebagai peneroka lot kuning yang bermaksud menyerah 100 peratus ladang kepada Felda.

Beliau telah tinggal di Felda selama 36 tahun berbagai pegalaman pahit, manis di zaman ladang Felda, [1]system block, [2]system individu hingga kepada [3]penyerahan ladang 100 peratus kepada felda. Disinilah kami adik beradik seramai 7 orang membesar, bermain dan bersekolah.

Keluhan bapa.

Pada tahun 2006 felda telah melancarkan pinjaman perumahan sebanyak RM 45,000.00 kepada peneroka untuk membesar rumah mereka. Bapa saya salah seorang peneroka yang tidak ketinggalan mengisi borang tersebut dan saya bersama adik saya telah menjadi penjamin ke atas pinjaman tersebut. Setelah setahun menunggu tiada sebarang jawapan dari pejabat Felda Sungai Koyan 1. Pada tahun 2007 bapa saya mengisi sekali lagi borang tersebut kerana borang pertama tidak diterima oleh pejabat Felda Wilayah Mempaga. Pada tahun 2008, saya bersama bapa telah pergi ke Pejabat Wilayah Mempaga untuk melihat keputusan permohonan tersebut, mengikut keputusan dari pegawai di Wilayah Mempaga bapa saya telah melebihi umur kerana mencecah 70 tahun lebih insuran tidak ‘cover’ umur tersebut.

Jika permohonan pertama diterima tanpa borang permohonan itu di buang umur beliau masih cukup tetapi permohonan ketiga beliau sudah mencecah umur 71 tahun.

Daripada cerita ini, saya mengambil kesimpulan bahawa memang bapa saya menjadi mangsa konspirasi pihak pentadbiran Felada Sungai Koyan 1 atau pentadbiran JKKK Sungai Koyan yang telah tidak menerima seorang berfahaman pembangkang (PAS) dari mendapat pinjaman perumahan tersebut. Bapa saya seorang sangat yang setia kepada majikannya (lot Kuning) tetapi dinafikan hak nya hanya kerana berlainan fahaman politik. Ingat pemimpin ku, kalau bapa seorang penyokong pembangkang tidak semestinya anaknya seorang pembangkang dan kalau bapa penyokong kerajaan tidak semestinya anak menjadi menjadi penyokong kerajaan yang setia. Peneroka yang mencecah umur 70 – 80 tahun menunggu masa untuk dipanggil ilahi dan kamilah yang akan mewarna masyarakat Felda pada masa akan datang. Bapa yang berhajat hendak membina rumah tersebut bukan kehendak beliau tapi kerana mempunyai anak cucu yang ramai apabila sekali balik ke kampong pada masa cuti dan kedua, bagi mencantikan permandangan di tanah rancangan dengan mengurangkan rumah-rumah usang.

Kesimpulan.

Kita sebagai pentadbir atau pemimpin jika mengambil keputusan, padanganlah dari sudut agama, bangsa dan masyarakat. Jika tidak mampu memimpin berilah peluang kepada yang mampu dan berwawasan. Sudah banyak sejarah malap bagi Felda Sungai Koyan 1 yang kita lalui, malulah kita kepada jiran Sungai Koyan 2 dan Sungai 3.

Komen.

“Minta Maaf jika blogs ini menyinggung perasan yang hidup mahupun yang telah mati. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama...” Selamat majujaya warga Felda hingga ke anak cucu ingat zaman kita susah dulu “kalau pandang ke langit melihat bintang, ingat rumput yang kita pijak”. Sekian terima kasih.


[1] Seramai 20-25 peneroka satu block ,hasil ladang diberi samarata.

[2] Seorang peneroka terpaksa menuai, menggangkut hasil ladang bersendirian.

[3] Menyerah ladang mereka kepada felda untuk diusahakan hasil ditentukan oleh felda.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam...
Sabarlah bro,birokrasi mmg masaalah terbesar dalam pentadbiran baik kerajaan ataupun sub kerajaan cam felda nih...


Btw: Aku pun budak koyan 1 juge...thx.

Rahman Wahid berkata...

Salam Sdr,
Semoga segala kerja yang ikhlas diberkati Allah SWT hendaknya.
Ayah saya, arwah Kapten Laut (B) Abdul Wahid Anang baru saja meninggal pada 8/4/13 mempunyai ramai kenalan dari Felda Sg Koyan. Saya pernah berjumpa beberapa sahabat beliau yang terdiri daripada bekas2 Tentera Laut tetapi tidak ingat dari Felda Sg Koyan berapa. Dengan rendah diri saya ingin memohon disini jika ada sesiapa dari bekas anggota Tentera Laut dapat yang boleh saya hubungi.
Sekian, terima kasih.
Rahman Wahid,
019-2887998
rahmanaw@gmail.com

AddToAny