responsif teks foto

Ahad, 1 Mac 2009

Bersatu hadapi kesan kemelesetan ekonomi sehingga 2010



PULAU PINANG 28 Feb. Malaysia dijangka akan terus merasai kesan kegawatan ekonomi yang melanda dunia ketika ini sehingga tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kesan itu akan dirasai sehingga 2010 kerana dasar negara yang begitu terbuka dalam perdagangan menyebabkan negara berada dalam zon tidak selesa.

Katanya, justeru, kerajaan akan mengambil langkah segera bagi mengurangkan kesan kegawatan itu.

''Jumlah pekerja yang diberhentikan semakin meningkat setiap hari. Begitu juga dengan syarikat yang mengalami aliran tunai dan bankrup. Apa yang melanda dunia ketika ini seperti tiada penghujungnya.

''Kita juga nampak dari petunjuk-petunjuk itu kemungkinan kegawatan ini tidak akan berakhir tahun ini serta dijangka ia akan berlarutan sehingga tahun 2010.

''Inilah cabaran yang perlu kita semua hadapi," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Kewangan Mikro Bandar cawangan Geogetown di sini hari ini.

Komen

Cuba bayangkan jika harga sawit turun kepada RM 60.00 satu tan, harga getah turun 60 sen satu Kilo. Pekerja kilang balik kampung kerana diberhentikan kerja. Cuba bayangkan sekali lagi bagaimana suasana social ekonomi maysarakat pada hari itu. Sebenarnya saya sebagai anak peneroka pernah melihat kesusahan itu, peneroka terpaksa menjual barang yang diambil dari kedai felda dengan harga murah untuk mendapat duit ‘cash’.

Kalau diperhatikan politik kita hari ini juga tidak menentu, parti politik berebut inginkan kuasa. Sepatutnya kita bersatu menangani permasalahan ekonomi yang kian parah. Saya risau politik Negara akan gawat seperti gawatnya ‘bolasepak Negara’dan ‘Filem Negara’ . Kita masih menunggu Mokhtar Dahari baru masih tidak menjelma, kita menunggu P. Ramlee baru masih juga tidak menjelma. Hari mendatang ini politik makin gawat kita menunggu Tun Razak dan Tun Dr Mahathir baru masih tidak menjelama. Masa itu Negara kita sudah tidak digeruni dan diketawa oleh dunia seperti mereka mengetawakan bolasepak Negara kita. Cuba bayangkan….

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Komen:

Alhamdulillah.....semakin ramai melayu sedar..Ya Allah...jauhkanlah iman kita dari bahaya fitnah, bangsa kita dari berpecah, negara kita dari musibah

Tanpa Nama berkata...

Kilang Micco Kecau Lipis memberhentikan operasi 200 atau lebih hilang pekerjaan.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kita tidak boleh bertindak atas dasar kemelayuan sahaja...tidak akan sampai kemana.Kita haru menjadi ketua kepada semua kaum di Malaysia & gerakkan mereka untuk memartabatkan malaysia dimata dunia

Tanpa Nama berkata...

PKR

Partai Keling Rakyat

Tanpa Nama berkata...

Cina pun malas meniaga!

Nak jadi macam umno!

Harap dapat bantuan yerr tuan???

Cina pun dah malas

Unknown berkata...

Setuju dengan budak lipis.Kita tidak akan kemana dengan kemelayuan kita. Kita kena bekerjasama dengan bangsa asing dengan orang melayu/islam menjadi penerajunya.

AddToAny