Siti Nurhaliza |
Siti Nurhaliza mencipta rekod di Malaysia, sebab bukan mudah untuk mencari penyanyi yang berjaya mengekalkan populariti dengan pencapaian memenangi anugerah sama untuk 12 kali berturut-turut atau 12 tahun berturut-turut. Di Malaysia memang tidak ada dan sudah sahih beliau mencipta sejarah dalam lapangan seni suara tempatan. Sudah tentu kejayaan dan rekod yang dicipta Siti Nurhaliza ini boleh saja diabadikan dalam Malaysia Book of Records.
Lebih menarik kejayaan siti mengungguli kategori itu selama 12 tahun bukan berdasarkan pertandingan lagu atau kualiti suara tetapi elemen populariti, yakni menerusi undian peminat. Dia menang gelaran Penyanyi Wanita Popular kali pertama pada ABPBH 1996 dan terus kekal hingga ABPBH 2008 tanpa ada penyanyi lain sama ada orang lama atau bakat baru yang boleh menandingi popularitinya dalam seni suara kategori wanita.
Malah, undian yang diperoleh Siti Nurhaliza dalam kategori itu juga sentiasa kukuh dan tidak ada saingan sengit daripada mana-mana penyanyi atau finalis lain yang bertanding dalam kategori itu mampu mengurangkan undian yang diperoleh Siti Nurhaliza.
Sebelum kehadiran Siti Nurhaliza dalam industri muzik, paling banyak kategori itu dimenangi ialah tiga kali yang diraih Aishah, iaitu menerusi ABPBH 1990, 1991 dan 1992, kemudian pada ABPBH 1993 dan 1994 masing-masing dimenangi oleh Ella dan Amy Mastura.
Syabas buat Siti Nurhaliza dan tidak mustahil sekurang-kurangnya untuk tempoh masa lima tahun akan datang, Siti Nurhaliza akan tetap mampu bertahan dan mengekalkan reputasinya itu. Kita juga ingin melihat nanti, siapa penyanyi wanita baru yang akan berjaya memecah tembok dominasi Siti Nurhaliza selama ini. “Moga Siti tetap menjadi kebangaan warga Lepih..!! - mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan