responsif teks foto

Sabtu, 22 Ogos 2009

Penghulu Telang

Penghulu Telang Wan Abdullah bin Wan Chick Penghulu Telang pertama
 dari keturunan Tok Raja


Ahmad ayah kepada Abdul Razak


DATUK SAYA SEORANG PENGHULU

Oleh: Hashim Zabidi
Datuk (aki) saya sebelah emak adalah seorang penghulu. Penghulu terakhir dari orang kebanyakan bagi Mukim Telang, Kuala Lipis bernama Tok Awang Chik bin Tok Usoh. Jawatan itu disandang setelah abangnya bernama Tok Kopak meninggal dunia. Sekarang Penghulu Tok Awang Chik sudah dilupakan orang kerana tidak banyak orang tahu selain dari faktor masa. Orang orang yang sezaman dengannya bahkan ayah dan emak saya yg boleh bercerita sedikit sedikit telah lama meninggal dunia.

Setelah datuk saya, jawatan penghulu bagi Mukim Telang telah berpindah tangan kepada puak puak Cik Wan sehinggalah jawatan Penghulu ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Datuk saya empat isterinya dan yang ketiga ialah nenek (wan) saya orang Budu. Dua orang anaknya iaitu emak dan emak saudara saya (aruah belaka) adalah anak Tok Penghulu dan saya semestinya cucu Tok Penghulu. Datuk saya itu ramai anaknya, bukan sekadar emak dan emak saudara saya sahaja malah dengan isteri pertama kedua dan kempat ada berbelas belas orang anaknya tetapi sayang semuanya perempuan melainkan seorang anak lelaki bernama Ahmad bin Tok Chik.

Datuk berhenti dari jawatan Penghulu bukan kerana bersara, tetapi berhenti kerana lebih suka untuk menjadi pemandu kereta (driver) Tuan Hugh Clifford Resident Pahang. Agaknya pada masa itu tidak ramai orang yang boleh menyetir kereta, maka datuk saya disebut sebut sebagai orang yang boleh dan sangat layak menjadi driver Resident. Disini kelihatan datuk seperti didorong untuk meninggalkan jawatan penghulu Mukim Telang. Ada konspirasi kot! Tidak ada siapa yang membuat andaian. Jawatan sebangai Penghulu Mukim Telang selepas itu berpindah kepada keturunan Cik Wan iaitu Tok Penghulu Wan Lela.

Diwaktu datuk hampir hampir meletakkan jawatan sebagai Penghulu, dirumahnya di Sg.Kerai dekat kampung Tanjung Jambu, didatangi oleh seorang Benggali menjual roti. Benggali itu memaki serba putih, berserban putih dan janggutnya panjang juga sudah putih, menawarkan kepada datuk tujuh buku roti. "Datuk ambillah roti ini, kasi anak anak makan . Sekarang ada tinggal tujuh sahaja lagi , saya kasi sahaja, percuma". Datuk menolaknya, mungkin perkataan percuma yang diluahkan penjual roti itu membuat datuk kurang selesa mendengarnya . Setelah tawar menawar tolak menolak dengan datuk, penjual roti itu minta diri lalu pergi dengan kata kata akhir " rugilah datuk, datuk menolak tuah." Pada masa sama, wan saya sedang berbaring mendodoi anaknya, emak saya kot!. Menurut wan, dia dengar perbualan datuk dengan Benggali roti itu persis dihujung telinga tetapi tak terdaya untuk bangun untuk turut campur. Matanya bagaikan tertutup oleh mengantuknya.

Apabila Benggali itu pergi, datuk memanggil wan lalu menceritakan keadaan yang berlaku. Wan terus bangun dan bertanyakan dimana Benggali penjual roti itu?. Wan berleter, "kenapa tak ambil, bodoh benar awok ni. Mana ada Benggali jual roti disini. Dah berapa lama kita duduk sini mana ada orang datang berjual apa apa pun". Datuk seperti baharu sedar dari mimpi, lalu terjun ke tanah mengejar penjual roti itu. Benggali itu sudah ghaib. Lepas itu datuk berungut seorang diri, macam mana boleh cepat benar Benggali itu pergi, sedangkan jalan kampung (denai) ....

Razak Ahmad

Menurut Wan, aki deme menolak tuah. Menurut tafsir dan andaianya, tujuh buku roti itu menunjukkan tujuh keterunan jawatan penghulu itu tidak akan terlepas kepada orang lain. Betapa tidak! tak berapa lama selepas itu, datuk berhenti menjadi Penghulu.

Walau bagaimanapun, sekiranya penolakan datuk tidak berlaku dan tafsiran Wan itu tepat, saya tidak akan jadi penghulu juga kerana saya disebelah yang lemah. Anak datuk yang lelaki sahaja yang bernama Ahmad (aruah) ( jawatan akhirnya dengan Kerajaan sebagai Renjer Hutan) yang boleh menggantikannya. Selepas Ahmad tentulah anak lelakinya pula iaitu Abdul Razak - Razak Ahmad pelakun drama (artis). Itulah cerita nenek (wan) saya mengenai datuk kami. Datuk saya seorang Penghulu.

Paling menarik pengantin perempuan dalam gambar di atas, kebanyakan lapisan emak-emak kita yang masih ingat dan mengenali beliau kerana bacaan Al Quraannya..."

Senarai Penghulu Telang mengikut urutan seperti berikut: 

1. TOK KOPAK BIN TOK MUDA YUSOF TOK MUDA YUSOF BIN TOK KASSIM BIN WAN SEMAUN
(Penghulu Telang 1, TELANG)
2. AWANG CHIK BIN TOK MUDA YUSOF (Pengulu Telang 2 - TELANG)
3. WAN LELA BIN WAN LAUT (Penghulu Telang 3 - TELANG)
4. WAN ALI BIN OKIMPJ DATO' WAN CHIK (Penghulu Telang 4 - TELANG)
5. WAN ABDULLAH DATO OKIMPJ WAN CHIK (Penghulu Telang 5 - TELANG)
6. WAN MOKHTAR BIN WAN ABDULLAH (Penghulu Telang 6 - TELANG)
7. WAN ABDUL RAHIM BIN WAN ABDULLAH (Penghulu Telang 7 - KG RELONG)
Selepas Penghulu WAN ABDUL RAHIM WAN ABDULLAH - sistem penghulu dinegeri Pahang di bawah lantikan JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG.

KOMEN
Cerita ini betul mengikut rujuk CO 273/179. Rodger kepada Gobernor, 17 March 1892. Terlampir dalam Gobernor kepada CO, 25 March 1892 : To' Muda Yusuf Telang mendapat elaun $ 240 setahun.




10 ulasan:

inderasegara berkata...

assalamualaikum..
salam khabar buat saudara..
saya sungguh berminta membaca artikel-artikel saudara yang berkaitan dengan sejarah negeri Pahang terutama berkaitan dengan kisah sejarah Datuk Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai..
buat pengetahuan saudara..
saya berasal dari Bera dan keluarga saya banyak terdapat di sekitar daerah Temerloh dan Bera..
say sebenarnya keturunan Datuk Orang Kaya Indera Segara Haji Tahir Bin Nakhoda Jelai iaitu salah seorang pembesar berempat negeri Pahang yang juga pembesar bagi daerah Temerloh..
komen saya ini sekadar ingin berkongsi cerita..
sekian.

Dr. Aminudin Abdul Karim berkata...

Kenapa saudara tidak membaca Kajian saya berjudul Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri pahang sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Yang Memerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg Relong) atau intisarinya dalam blog saya http://sungaibatuderelong.blogsport.com.Saya menceritakan Tentang Penghulu Wan Abdullah dan Wan Gani yang tinggal diRelong.

Dr Aminudin

AYAH TEH berkata...

salam...saya ni sebenarnya sepupu dgn Ahmad bin tok Chik tu (arwah) kiranya bapak saudara razak ahmad la ..saya berasal dari kg Telang..tapi saya tak tahu menahu pun pasal asal usul keturunan penghulu ni..mungkin usia saya masih muda lagi kot awal 30an..tapi saya amat tertarik dgn artikel yg saudara tulis ini ..berkaitan dgn negeri pahang amnya dan kg telang khususnya..teruskan membongkar sejarah negeri pahang negeri ku yg tercinta..

Nan Zul berkata...

terima kasih atas komen dan ulasan anda semua.
Untuk pengetahuan, Pengantin perempuan di atas merupakan individu yang pernah mengharumkan nama negeri Pahang. Kalau warga Mukim Telang berumur 45 tahun ke atas pasti mengenali beliau.

AYAH TEH berkata...

pgantin pempuan tu pangkat akak dgn saya..namanya Hajah Halimah bekas Qariah negeri pahang satu masa dahulu..

Nan Zul berkata...

Betul dan tepat tekaan AYAH TEH.

terima kasih

Nan Zul berkata...

Hajah Halimah bekas Qariah tu dah kembali kerahmatullah

Warisan Perba berkata...

Salam EN ZAINI - terima kasih kerana cerita-cerita zaman silam disiarkan untuk generasi kini - terutama mengenai PENGHULU TELANG. Sala juga kepada AYAH TEH kerana memperkenalkan diri - ada kaitan dgn TOK MUDA USOH.

Setakat ini - dari segi susunan PENGHULU TELANG :

KOPAK BIN TOK MUDA USOH
AWANG CHIK BIN TOK MUDA USOH
WAN LELA BIN WAN LAUT
WAN ABDULLAH BIN OKIMPJ WAN CHIK
WAN MOKHTAR BIN WAN ABDULLAH
WAN ABDUL RAHIM BIN WAN ABDULLAH

Selepas Penghulu WAN ABDUL RAHIM WAN ABDULLAH - sistem penghulu di bawah JABATAN PERKHIDMATAN AWAM.

Wallahualam.

Warisanperba@gmail.com

Nan Zul berkata...

Ada tadi Sahabat hantar Maklumat sejarah Mukim Telang

KISAH DARI TELANG

Antara keluarga besar penduduk di Mukim Telang itu ialah keluarga:
1.
TOK LINGGI@RAJA AHMAD (LEMBAH BAMA@KG RELONG)
2. TOK UTIH BOMO (BERCANG)
3. MENTERI LEBEH BIN MENTERI SELAMAT (LUBOK KULIT)
4. TOK MUDA YUSOF BIN TOK KASSIM BIN WAN SEMAUN
5. WAN LELA BIN WAN LAUT (Penghulu Telang 3 - TELANG)
6. WAN PERANG BIN WAN PAHANG (TELANG)
7. ADAM (Sg. TANUM)
8. TOK MUKIM BIDIN (SEBERANG JELAI)
9. TOK MUKIM MAT PIAH
10. TOK PAWANG DAUD (SEBERANG JELAI)
11. YAAKUB (LANGGAR SAIH)
12. WAN ALI BIN OKIMPJ DATO' WAN CHIK (Penghulu Telang 4 - TELANG)
13. WAN ABDULLAH DATO OKIMPJ WAN CHIK (Penghulu Telang 5 - TELANG)
14. MD JOHARI (Pedagang Kampar - TELANG)
15. TOK YUNUS (TG BETONG)
16. TOK GURU HAJI ISMAIL BIN MOHD AKIL (KECAU TUI)
17. TOK MERU (BUKIT BETONG)........
18. TOK MADUN (SELINDANG)
19. TOK SIAK EMBONG (SELINDANG)....
20. IBRAHIM (SEBERANG JELAI)
21. WAN YAAKUB BIN WAN MAJID (TELANG)
22. MAMAT (TELANG)
23. MOHD AMIN (TELANG
24. AKI PAWANG SELAT (TELANG)
25. AKI SAID (TG BETONG)
26. WAN IDRIS DATO' WAN TANJUNG (TELANG)
27. WAN KAMARIAH - TELANG
28. AWANG AMINULLAH MAT AKHIR (TELANG)
29. KASSIM BIN MAT AKHIR (TELANG)
30. AKI AKOB (TELANG)
31. WAN YUSOF BIN WAN DE (TELANG)

Apabila Sultan Raja Bendahara Wan Ali menyusun pemerintahan sekitar 1856, penghulu-penghulu mukim dipilih di kalangan penduduk yang rapat dengan pembesar tempatan. Maka pada ketika itu dilantik Tok Kopak bin Tok Muda Yusof bin Tok Kassim bin Wan Semaun menjadi Penghulu yang pertama. Sesudah Tok Kopak meninggal dunia, dilantik pula adiknya Awang Chik bin Tok Muda Yusof menjadi Penghulu Kedua. Pemerintahan Awang Chik ini tidak lama. Inggeris masuk memerintah Pahang. Oleh kerana pada waktu itu Hugh Clifford berkehendak seorang pemandu kereta berbangsa Melayu, maka segera Awang Chik memohon jawatan itu dan meletakkan jawatan sebagai penghulu.
Setelah Awang Chik meletakkan jawatan sebagai Penghulu Telang, jawatan Penghulu itu diserahkan kepada kerabat Seri Maharaja Perba Jelai. Maka Wan Lela bin Wan Laut dilantik menggantikan kedudukan Awang Chik. Gaji penghulu pada waktu itu cumalah 240 ringgit setahun. Sesudah itu kedudukan Penghulu Telang dilantik di kalangan keluarga Seri Maharaja Perba.
Senarai Penghulu Telang mengikut urutan seperti berikut:
1. TOK KOPAK BIN TOK MUDA YUSOF TOK MUDA YUSOF BIN TOK KASSIM BIN WAN SEMAUN
(Penghulu Telang 1, TELANG)
2. AWANG CHIK BIN TOK MUDA YUSOF (Pengulu Telang 2 - TELANG)
3. WAN LELA BIN WAN LAUT (Penghulu Telang 3 - TELANG)
4. WAN ALI BIN OKIMPJ DATO' WAN CHIK (Penghulu Telang 4 - TELANG)
5. WAN ABDULLAH DATO OKIMPJ WAN CHIK (Penghulu Telang 5 - TELANG)
6. WAN MOKHTAR BIN WAN ABDULLAH (Penghulu Telang 6 - TELANG)
7. WAN ABDUL RAHIM BIN WAN ABDULLAH (Penghulu Telang 7 - KG RELONG)
Selepas Penghulu WAN ABDUL RAHIM WAN ABDULLAH - sistem penghulu dinegeri Pahang di bawah lantikan JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG.

Nan Zul berkata...

KISAH DARI TELANG
TELANG ialah nama sebuah "kampung". Kampung ini berkembang menjadi sebuah "mukim" - MUKIM TELANG yang lokasinya dalam DAERAH LIPIS (Pahang Darul Makmur) sekarang ini.
Gelaran kampung TELANG menurut penelitian yang ada sekarang adalah diambil daripada nama salah satu spesies bunga, iaitu BUNGA TELANG. Bunga itu dikatakan tumbuh meliar dengan banyak. Bunga Telang berwarna unggu ddan tumbuh secara merayap. Daripada nama bunga ini dipadankan kepada nama kampung Telang itu. Dikemudian hari ini, bunga ini digunakan sebagai pewarna untuk membuat nasi kerabu.
Siapa yang membuka kampung Telang itu? Tidak ada dokumen bertulis dapat mengesahkan tokoh mana yang bertanggungjawab membuka kampung tersebut. Namun begitu, daripada cerita lisan, kawasan itu sudah mula didiami sekitar penghujung 1570-an lagi. Ada beberapa nama yang disebut terlibat membuka kampung Telang. Antaranya ialah Wan Semaun bin Wan Abdul Latif bin Tun Abdul Samad membuka kampung ini. Ini berlaku apabila abangnya Wan Muhamad bin Tun Abdul Latif menjadi Seri Maharaja Perba Jelai, adik beradiknya seperti Wan Hasan, Wan Husin dan Wan Semaun meminta untuk membuka kampung sendiri. Wan Hasan bernikah dengan Tok Inah binti Tok Kaya Chandak dan tinggal di Terap Budu, Kuala Lipis. Wan Husin juga bergerak ke Budu. Sementara Wan Semaon bergerak ke Telang.
Setelah berlalu waktu yang panjang, Mukim Telang dihuni oleh ramai orang daripada beberapa jalur keluarga. Selain penduduk asal yang turun dari Bukit Kota, penghijrahan awal daripada kalangan panglima Tok Perba dan pedagang menetap di sini.

AddToAny