responsif teks foto

Rabu, 30 September 2009

BERRAYA DI KEDAH

Ikan Pekasam RM 4.00

Tasik Beris

Kali ini saya beraya di Kedah apa yang menarik saya telah pergi Empangan Beris yang teletak Daerah Sik. Tasek Beris merupakan Empangan buatan yang banyak menghasilkan Ikan air tawar untuk dijadikan ikan pekasam. Ikan Pekasam merupakan pembuka selera untuk untuk kita makan nasi. Bak kata orang “mak mertua lalu dibelakang pun tak nampak” kalau memakanya. Kalau di Lipis terkenal dengan masakan ‘ikan patin tempoyak’.Orang kedah memang tak kenal langsung masakan tersebut. Itulah orang kata lain padang lain belalang.

Menarik pada hari raya ke kedua terdapat satu Majlis Sambutan Aidil Fitri bersama Kerabat Raja Sakti Kedah di Kuala Menanti Tasik Beris Sik Kedah. Menurut cerita Raja Sakti merupakan anak angkat Raja Bersiung berkahwin dengan Puteri Mani Kemian. yang memerintah Jembal (Kelantan)1649. Maklumat lanjut berkenaan dengan Raja Sakti, salasilahnya tidak dapat ditemui dan pastikan semasa saya di sana. Penduduk di kawasan Sik pun tidak tahu menahu berkenaan dengan keturunan/salasilah kerabat Raja Sakti ini.

Sesiapa yang arif dengan sejarah keturunan Raja Bersiung ini boleh komen dan memberi maklumat di dalam rungan KOMEN. Sekian Terima Kasih.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika nak kenal Raja sakti sila rujuk majlis fatwa negeri kedah kelantan dan perak. nama beliau ialah Azhar bin Wahab. Wallaahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Sebab apa kena rujuk majlis fatwa negeri kedah,kelantan dan perak.

Tanpa Nama berkata...

nama penuh beliau Yang Teramat Mulia Datuk Seri Paduka Ayahanda Tuan Raja Azhar ibni Yang Mulia Raja Wahab.Beliau banyak menolong orang susah,miskin,anak yatim dan ibu tunggal.Syarikat beliau sedang mengusahakan ladang kelapa sawit secara besar besaran di Sabah dan Kedah.Ibupejabat berdiri megah diAmanjaya,Sg Petani,sebelah Kolej Komuniti.Puluhan kereta mewah terdapat membuktikan kejayaan,keberkatan dalam usaha perniagaan yang diredai oleh Allah.Selamat Berjaya Ayahanda.

Tanpa Nama berkata...

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=782

Tanpa Nama berkata...

Owh nooo...selepas baca Fatwa Negeri Kedah, aku baru tahu siapa sebenarnya Raja Sakti ni. Patutlah dia sangat kuat mencari pengaruh di dareah Sik melalui wang ringgit & harta benda. Siap jamuan raya besar-besaran lagi. bagi hadiah cabutan bertuah dapat motosikal. Dahsyat! Tabur budi, ada udang sebalik mee...waduhhh. Jaga-jagalah orang Sik oii. Ajaran sesat nie.

Tanpa Nama berkata...

Cuba semak Utusan Malaysia URL
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Tanpa Nama berkata...

kalau tidak tahu lebih baik berdiam diri.jangan sewenang-wenangnya menyesatkan orang!kalau tidak betul ianya akan kembali kepada kepada diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Awas! jangan sewenang-wenangnya menyesatkan orang.kalau tidak benar apa yang dikata ianya akan kembali pada diri sendiri. Tak tahu lebih baik berdiam diri

Tanpa Nama berkata...

Azhar bin wahab.. Mcm mna blh jdi YTM pulak

Tanpa Nama berkata...

Raja Sakti konon...
Penipu besar tu....

Tanpa Nama berkata...

Ayah nya sapa? Raja mana? Xda kena mengena ngan sultan.. Napa lebih2..

AddToAny