Kemunculan Internet alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tidak ada sesiapa dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, maka berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Bermacam-macam maklumat(sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga bahan lucah disebarkan melalui internet.
Apakah kesannya apabila kanak-kanak mula berjinak-jinak dengan internet tanpa pengetahuan anda? Adakah anda boleh ketahui lawan web yang mana anak anda layari? Apakah yang boleh anda lakukan untuk memastikan yang anak anda selamat ketika melayari internet? Anda harus mempelajari selok belok dunia computer agar anda dapat menyekat bahan yang tidak disenangi. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh berkonsi dengan anak anda:
1. Letak komputer di tempat yang umum dan bukan dalam bilik agar dapat mengawasi anak anda.
2. Tandakan (Bookmark) laman kegemaran anak anda agar senang untuk anda melayari laman tersebut.
3. Kongsi akaun e-mel dengan anak anda agar anda dapat mengawasi mesej yang diterima.
4. Luangkan masa untuk melayari internet bersama anak anda untuk mengajarnya tabiat ‘online’ yang betul.
5. Jangan sesekali membenarkan anak anda memasuki ruangan sembang peribadi (private chat rooms); sekat dengan cirri-ciri keselamatan internet (internet service provider) atau guna perisian penapis filtering software).
6. Selalu mengawasi kad kredit dan bil telefon anda untuk menyemak bayaran akaun yang luar biasa.
7. Jangan buat endah jika anak anda memberitahu anda pertukaran’online’ yang tidak menyenangkan.
8. Panjangkan salinan mesej yang mengandungi unsur lucah ugutan kepada penyelia.perkhidmatan internet.
9. Kebanyakan laman web mengunakan ‘cookies’ iaitu sejenis alat khas untuk mengesan informasi khusus berhubung dengan penguna seperti nama, e-mel dan alamat. ‘cookies’ boleh diberhentikan (disabled). Hubungi penyelia perkhidmatan internet(internet service provider) anda untuk maklumat lanjut.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan