Lee Kuan Yew mengiringi Tunku ke Kuala Lumpur pada Ogos 1962 setelah Tunku berjaya dalam rundingannya dengan pihak British di London untuk melaksanakan penubuhan Malaysia |
Apabila Tunku mengumumkan
keputusannya memisahkan Singapura daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, Perdana
Menteri Singapura Lee Kuan Yew sebak dan menangis di Singapura dihadapan para
wartawan selama 20 minit.
Lelaki cina tidak boleh menangis
di depan umum, ini menunjukan kelemahan. Lee Kuan Yew meminta supaya pegawai
akhbarnya memberitahu semua media agar tidak menyiarkan gambarnya sedang
menangis di dalam sidang akhbar yang dirakam terlebih dahulu.
Bagaimanapun Lee Kuan Yew menyatakan
dalam buku ‘The Singapore Story’ pegawainya itu bernama Raman telah menentang
arahannya kerana katanya ”semua media tetap akan melaporkan dengan membuat
gambaran sendiri yang lebih memburukkan”.
Babak Lee Kuan Yew yang tidak
dapat mengawal perasaan itu telah disiarkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia
di Kuala Lumpur.
Lee merasa amat kecewa karana
cita-cita Malaysian Malaysianya hancur.
Inilah yang menyebabkannya menitis air mata.
Katanya, “saya merasa saya telah
mengecewakan harapan berjuta rakyat Malaysia, orang cina, india dan Eurasian
malah sebilangan kecil orang melayu.
“Saya telah membangkitkan harapan
mereka dan mereka telah menyertai rakyat Singapura untuk menentang kepimpinan
Melayu”.
Katanya lagi dia malu kerana
terpaksa meninggalkan penyokong-penyokongnya untuk berjuang bersendirian.
Keputusan menyinkirkan Singapura
itu berlaku dengan begitu dramatik, mengemparkan Malaysia dan dunia.
Suatu usul pindahan Pelembagaan
Malaysia (Singapura Amendment), Rang Undang-undang 1965 dikemukakan oleh
Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak di dewan Rakyat Malaysia pada hari
Isnin jam 10.00 pagi. Tunku membuat
bacaan pertamanya. Perbahasan tamat pada jam 1.30 petang dan kemudian dihantar
ke Dewan Negara yang meluluskannya pada jam 4.30 petang.
Sri Paduka Yang di-Pertuan Agong
memberikan persetujuannya pada hari yang sama dan dengan itu Singapura terkeluar
dari Malaysia.
Bagaimanapun di Malaysia,
terutamanya golongan yang disebutkan oleh Lee Kuan Yew sebagai ‘Ultra Melayu’
tidak senang dengan keputusan penyingkiran Singapura itu.
Mereka mahu Tunku menangkap Lee
Kuan Yew, gantung Perlembagaan Singapura dan Kuala Lumpur mentadbir Singapura
sehingga krisis dapat dipulihkan.
Setiausaha Agung UMNO Malaysia,
Tan Sri Syed Jaafar Albar yang merupakan musuh utama Lee Kuan Yew meletak
jawatan sebagai menunjukan bantahan.
Bagaimanapun kata Tunku dalam
‘Looking Back’ setelah memikirkan
segala-galanya pemisahan dengan Singapura adalah polisi yang lebih baik kerana
pada masa akan datang ketua Negara tetap akan dapat bekerjasama dengan semangat
persahabatan dan muhibah untuk kebaikan Asia Tenggara.
Tunku berkata keputusan yang
dibuatnya di atas katil sakit di hospital di London tetap benar hingga ke hari
ini.
Rujuk:
ZAM - Wira tak didendang 2006
Tiada ulasan:
Catat Ulasan