Masjid Koyan |
Seingat saya, masjid pertama
dibina di tapak kedai sebelah pejabat JKKK Sungai Koyan 1, selepas itu masjid kedua dibina pada tahun 1974 yang mana masjid
tersebut yang akan diroboh dan ganti dengan masjid baru. Imam
pada masa itu dikenali sebagai Haji Osman
bin Abdul Hamid yang merupakan jurunikah
dan beliau pernah menjadi calon PAS bertanding di DUN Jelai tahun 1990 (PRU ke 8) sehingga meninggal dunia pada tahun 2010 : AL- Fatihah.
Apabila tiba musim raya masjid ini sesak kerana anak-anak balik ke kampung. Pada hari ini
didapati ianya mengalami kerosakan pada bahagian tertentu telah pun uzur. Kalau
kita perhatikan masjid ini merupakan mercu tanda penduduk Sungai Koyan dan
tempat persinggahan pelancong apabila ingin ke Cameron Highland melalui Sungai
Koyan. Melihat situasi ini tidak dapat tidak Perdana Menteri telah meluluskan
peruntukkan 4.2 juta membina masjid baru semasa beliau melawat Pos Betau tempoh
hari.
Menurut Dato’ Wan Rosdy, (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Pahang) masjid baru yang boleh memuatkan
seramai 1,500 jemaah itu akan menempatkan wakaf musafir, dewan mesyuarat, bilik
majlis pernikahan, ruang masak dan sajian, tandas, ruang wuduk dan kemudahan
lain yang lebih selesa. "Ia juga menjadi transit musafir dan pelancong
yang berulang alik ke Cameron Highlands dari Lembah Klang, Pahang dan Kelantan
antara laluan alternatif paling dekat ke destinasi tanah tinggi
berkenaan," ujarnya.
Masjid baru yang dicadangkan |
Selain dari masjid, kerajaan juga
perlu memikir perumahan generasi kedua(G2) yang masih lagi menumpang dengan
orang tua. Masjid tersergam indah tapi
generasi muda yang akan menjadi jemaah masjid tersebut tiada tempat tinggal bak
kata lirik lagu Jimmy Palikat “rumah pun ku tiada ada pun bapak punya”.
Di sini tidak ada satu pun projek taman perumahan yang dilaksanakan
sama ada melalui kerajaan Negeri atau pun pihak FELDA itu sendiri. Selain dari
dari generasi ke-2, pekerja ladang yang kebanyakan ‘buruh seberang’ perlu juga mendapat
satu kediaman yang selesa, tidak adil bagi kita peneroka atau FELDA mendapat pendapatan lumayan tapi tidak
mengambil kesah nasib buruh-buruh tersebut.
Walaubagaimana pun kita perlu bersyukur dan
berterima kasih kepada insan yang telah berusaha membina masjid baru ini moga-moga
perancangan projek baru akan datang mendapat laluan mudah tanpa ada halangan
yang besar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan