Selesai sudah 28 esok 29 hari kita berpuasa. seakan-akan baru sahaja
engkau mendatangai kami. Kini sudah tiba masa engkau pergi dari kami. Adakah
kami dapat bertemu dengan mu lagi? adakah ini puasa terakhir dalam kehidupan
kami?? sesungguhnya aku sedih pemergianmu ,
Ya Ramadhan! Kini, engkau akan meninggalkan kami, membuat
kami untuk menunggu engkau setahun lagi, jika kami di beri keizinan-Nya untuk
bertemu lagi. Tika ini juga, kami semakin alpa, semakin lupa, mula melupakan mu
kerana asyiknya untuk melakukan persiapan bagi Syawal yang menanti.
Ramadhan! Adakah kita akan bertemu lagi? Bagaimanakah amalan
kami di dalam bulan mu? Adakah kami akan kekal dengan amalan kami bersama mu?
Apakah kami terbebas dari azab api neraka?
Hanya yang MAHA ESA menentukan, kerana DIAlah yang
menjadikan engkau untuk kami…
” Ya ALLAH, terimalah puasa kami dan segala amalan kami di
dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Maafkan kami atas kealpaan kami dalam
bulan Ramadhan. Berilah kami petunjuk supaya kami tidak menjadi manusia yang
rugi selepas pemergian Ramadhan pada tahun ini. Ya ALLAH, kurnia kan kami
kekuatan untuk beristiqomah dalam amalan yang kami lakukan dalam bulan Ramadhan
tahun ini. Jadikanlah bulan Ramadhan tahun ini sebagai titik perubahan kami
untuk menghargai Ramadhan yang akan datang, supaya kami tidak lagi
mensia-siakan Ramadhan akan datang. Ya ALLAH pertemukan kami dengan bulan
Ramadhan akan datang, dan kurnia kan kami umur yang panjang bagi menegakkan agamaMu
di muka bumi ini” Amin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan