"uban yang mengrisaukan anda..." |
Kalau kita perhatikan
kebanyakan kaum lelaki apabila berumur 40-an mulalah rambut beruban. Ianya menunjukan seseorang itu sudah pun berumur
dan matang. Kalau nak mengorat pun kena
fikir dua kali, kerana sudah tentu anak dara akan memanggil kita pakcik.
Mengikut kajian terbaru Museo
Nacional de Ciecias Naturales, Sepanyol uban di kepala adalah lambang kesihatan
diri. Ketua penyelidik Ismael Galvan menerangkan individu beruban mempunyai
tubuh yang lebih sihat berbanding dengan individu lain. Lebih dari itu, uban juga menunjukan
pemiliknya memiliki umur yang panjang berbandingkan individu lain terutama yang
beramabut perang.
Kajian yang diterbitkan dalam
web ‘Time of India’ turutmenjelasakan bahawa memiliki rambut perang akan
mendedahkan individu kepada risiko serangan kenser dan kerosakan sel. Sedangkan rambut beruban akan melindungi
individu daripada kerosakan oksisatif.
Menurut hasil kajian The
Journal of Investigative Dermatology pula yang dibentangkan pada tahun 2005, manusia berkulit putih akan mengalami
rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula akan mengalami rambut
beruban pada lewat 30-an manakala bagi golongan berkulit hitam pula mampu
mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40!
Berikut adalah beberapa faktor
yang mempengaruhi warna rambut:
Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku
biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati
bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut
beruban pada usia 40 tahun.
Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung
hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang
bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu
Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen
warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan
rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin.
Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan
pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan
seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami
kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan