responsif teks foto

Isnin, 1 April 2013

Berkelah di Pulau Chekas


"batu belah, batu bertangkup..."
 

 Terletak lebih kurang 40 km dari Bandar Lipis, 31 km dari Bandar Raub dan hanya beberapa kilometer dari Kampung Tradisional Pamah Kulat, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan kampung berturap hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Pulau Chekas mendapat namanya apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai atau dikenali sebagai pulau. Laluan air sungai yang terbahagi dua ini adalah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras. Di sebelah kiri dataran Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu sesuai untuk kanak-kanak bermain. Di sini, di sediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, pentas mini, ruang untuk berkhemah dan berkelah, dan dataran kecil untuk aktiviti kekeluargaan. Untuk kanak-kanak, terdapat sebuah papan gelunsur yang berakhir dengan sebuah kolam buatan di hujungnya. Kolam ini di bentuk daripada aliran sungai yang telah diempangkan.

Tiada ulasan:

AddToAny