responsif teks foto

Rabu, 28 Ogos 2013

"Bila musim Durian..."

durian kampung pastinya sedap 
Masa ni musim durian di Lipis, ada orang suka durian kampong sebab sedap dimakan dan boleh buat tempoyak . Cerita pasal tempoyak ada orang  Lipis pergi ke Utara singgah sebentar di Hentian Sungai Perak, makan gulai masam masak tempoyak rupanya tak sama dengan gulai masam tempoyak di Pahang sungguhpun isinya ikan patin. Berbalik cerita durian di Lipis, durian disini ada dua tuan ada yang diambil dari kebun cina dan ada yang ambil dari kebun orang melayu. Orang cakap durian dari kebun cina duriannya pasti cantik dan sedap ‘Musang King’  atau ‘D 24’ tapi perlu dingat tuan durian pun tak akan makan duriannya  sebab terlalu kuat dibubuh racun. Kalau nak cari durian pergilah ke kampong tradisional pastinya selamat dari durian yang disembur racun perosak.

Selasa, 20 Ogos 2013

Sangat menakutkan sebagai penguna jalanraya



"Sangat menakutkan jika ianya terjadi kepada kita, jadi berhati-hati dijalanraya pandu cermat keluarga selamat.."

Isnin, 12 Ogos 2013

Sambal Hitam

kutip belimbing dari pokok
Sambal  bilis belimbing buluh memang terkenal di Pahang. Rasanya cukup pedas dan kemasam-masaman sesetengah budak boleh ratah sambil tengok cerita kartun tapi jangan selalu diamal kerana sambal ini hanya dimakan bersama nasi.  Bahan untuk respinya cukup ringkas, ikan bilis, belimbing buloh yang telah dimasak, cili api, minyak masak, bawang dan garam secukup rasa. Sambal hitam ini telah dijual secara online melalui Facebook dengan harga RM 35 untuk setengah kilogram.

Respi Sambal Hitam
belimbing dimasak sehingga air kering
bahan:
2 genggam ikan bilis
1 genggam belimbing buluh hitam.. cuci supaya hilang rasa masin
3 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
segenggam cili api hijau
1 sudu gula
sedikit serbuk perasa
sedikit kicap

cara:
panaskan 1 cawan minyak.. gorengkan bawang merah dan bawang putih..
bila agak layu masukkan pula cili api.. bila dah agak garing angkat..
goreng pula ikan bilis.. separuh garing.. angkat..
tumbuk kasar semua bahan2 yang telah digoreng.. termasuk belimbing hitam..
panaskan semula minyak.. api perlahan.. tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga garing..
masukkan kicap.. gula dan aji secukup rasa..
bila dah ok.. angkat dan sedia untuk dihidang.

dalam proses untuk masak

AddToAny