responsif teks foto

Rabu, 25 September 2013

Tegar : Mengharapmu


Setelah kemunculan video di youtube, akhirnya ada pihak yang mengangkat tegar dan sekarang, tegar yang dulu seorang pengemis (pengamen) boleh menjadi seorang artis terkenal. Siapa yang menyangka, kehadirannya dalam hiburan indonesia dan juga sudah pun popular di Malaysia akan sedemikian bersinar. Artis terkenal pun juga sudah yang banyak berduet dengan tegar. Beberapa waktu yang lalu, tegar sempat duet dengan NOAH, Setia band, delima dsb. Inilah kisah perjalanan hidup seorang yang bukan siapa-siapa menjadi orang terkenal dan sekarang menjadi siapa?. Sekali lagi, Orang terkenal atau artis yang lahir dari youtube. Meskipun terkenal kerana video di youtube, Tegar bukanlah artis youtube yang hanya terkenal sesaat karena tegar memang memiliki nilai jual yang tinggi. Mungkin ini akan berbeda dengan orang terkenal karena youtube sebelumnya. Tegar memang memiliki bakat seni dan memang siap untuk bertarung dalam dunia hiburan.

Ahad, 22 September 2013

'Timun Tahun'

'Timun Tahun'
Masak tempoyak ikan patin pahang tidak cukup kalau tidak  dicampur dengan timun tahun.  Sesetengah tempat dikenali sebagai timun berat, timun tua dan sebagainya.  Harga mencecah RM 7.00 sekilo. Biasanya timun ini hanya hidup subur ditanah yang berbakar atau orang lepih panggil tanah ‘cerang’.

Respi  
Bahan-bahannya Ikan patin seekor  dalam 1 kilo dipotong kecil, 2 sudu besar tempoyak, cili api 20 biji yang ditumbuk dengan kunyi 1/2 inci hingga lumat, daun kesom (optional), petai 15 ulas, asam keping 2 dan garam 3 sudu kecil . Timun tahun dibuang kulit luar dan dibelah dua utuk buang isi perut. Timun dihiris nipis sebesar 2 jari. Masukkan dalam periuk semua bahan-bahan tadi dan digaul baru dimasukkan air 5 cawan atau tenggelam semua bahan tersebut. Dijerang dengan api sederhana sehingga menngelegak, agak pekat dan timun lembut. Rasa garam untuk secukup rasa dan matikan api. Selamat mencuba.

Sabtu, 21 September 2013

RCCB tambahan wajib pasang pada rumah yang ada pemancur air panas.

Cara pemasangan RCCB 

19 September 2013, Suruhanjaya Tenaga telah menguatkuasakan Akta Bekalan Elektrik 1994, Peraturan 36, No. 2 yang mewajibkan pemasangan RCCB dengan kepekaan 10 miliAmpere (10mA) pada setiap alat pemancur air panas [1, 2] . Tindakan ini dilakukan berikutan meningkatnya kes kematian akibat renjatan elektrik berpunca dari litar pintas yang berlaku pada alat pemancur air panas sejak kebelakangan ini. Pengguna di rumah yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda sehingga RM5000 [2].

RCCB (Residual Current Circuit Breaker) adalah peranti penting yang sering dipasang pada sistem pembekalan elektrik di dalam sesebuah premis bertujuan untuk mengelakkan renjatan elektrik yang boleh membawa kepada kematian. Sekiranya terdapat arus elektrik yang melalui badan manusia, RCCB akan mengesan keadaan ini dan secara automatik memutuskan bekalan elektrik. Pembaca yang berminat mengetahui info teknikal mengenai RCCB, bolehlah merujuk pada pautan INI

Meskipun, RCCB telah dipasang pada papan agihan bekalan elektrik, tetapi ada kemungkinan RCCB tersebut gagal/lambat berfungsi apabila berlaku renjatan elektrik. Tambahan pula, RCCB di papan agihan biasanya tidak dapat mengesan arus renjatan elektrik yang kecil, malah lambakan peralatan elektronik kebelakangan yang kurang berkualiti (tiada mendapat persijilan dari agensi antarabangsa yang berkaitan) telah menyebabkan RCCB semakin kurang sentitif untuk mengesan renjatan elektrik [3]. Oleh itu, pemasangan RCCB tambahan berkepekaan tinggi diperlukan untuk mengesan kejadian renjatan elektrik yang disebabkan oleh litar pintas dari pemancur air panas.

RCCB tambahan ini hendaklah dipasang pada kabel bekalan kuasa pemancur air panas. RCCB berkepekaan 10mA hendaklah digunakan pada pemasangan ini. RCCB 10mA sepatutnya dipasang pada peralatan elektrik yang melibatkan air, tempat basah atau lembab dan tempat hiburan awam seperti pemancur air panas, pam air, lampu dalam air dan alat permainan di tempat hiburan awam [2]. RCCB 10mA juga direka untuk pemasangan pada alat biomedikal di hospital dan juga peralatan elektrik yang melibatkan pengunaaan oleh orang tua dan kanak-kanak/bayi [4] .

Kebanyakkan pemancur air panas yang dijual kini telah dilengkapi RCCB terbina dalam, jadi dengan pemasangan RCCB tambahan ini, bermakna terdapat 2 peringkat keselamatan untuk alat pemancur air panas. Sekiranya RCCB terbina dalam alat pemancur air panas gagal/lambat berfungsi memutuskan bekalan elektrik apabila renjatan elektrik berlaku, maka RCCB tambahan akan bertindak.

Kos pemasangan RCCB tambahan ini adalah sekitar RM300-500 bagi setiap alat pemancur air panas. Kepada yang mahir bertukang dan membuat pendawaian, anda boleh memasang sendiri dengan harga yang lebih murah. Contoh cadangan pendawaian RCCB tambahan pada pemancur air panas ditunjukkan pada gambarajah di bawah artikel ini. RCCB kepekaan 10mA sukar didapati di pasaran, tetapi dengan berkuatkuasakan peraturan ini, dijangka RCCB ini akan banyak dijual dalam jangkamasa terdekat ini. Diharap pihak Suruhanjaya Tenaga dapat memberikan masa yang mencukupi kepada rakyat Malaysia untuk membuat pemasangan ini sebelum mengenakan denda kepada pengguna yang gagal mematuhi peraturan ini.

Rujukan:
[1]http://www.nst.com.my/latest/heat-on-danger-shower-malaysians-still-in-the-dark-over-safety-measures-for-water-heaters-at-home-1.359102/external-residual-current-operated-circuit-breaker-rccb-for-water-heaters-1.359105?localLinksEnabled=false

[2] Undang-undang Malaysia, "Akta Bekalan Elektrik - Peraturan-Peraturan Elektrik," 1994.

[3] Schneider Electric, "Electrical Installation Continuity of Supply: Protection against nuisance tripping and voltage surge," 2007.

[4] Electro-Technical Council of Ireland Limited, "Guide to the Selection & Use of Residual Current Devices," 2005.

Jumaat, 13 September 2013

Kesesakan lalu lintas di bandar Kuala Lipis

Lampu isyarat punca kesesakan bandar Kuala Lipis
 Sejak akhir-akhir ini wujud kesesakan lalu lintas di bandar ini khususnya laluan ke bandar lama dan Bandar Baharu Seberang Sungai Jelai.

Seorang penduduk, Mohd Azuan Abdul Ghani, 27, berkata, kesesakan itu juga termasuk laluan ke Bandar Baharu Seberang Jelai yang saban waktu dikunjungi ramai penduduk berkunjung , berurusan di pejabat kerajaan serta pelawat, selain menjadi laluan alternatif kenderaan ke Felda Kechau dan Merapoh.

Menurutnya, senario kesesakan itu bukan sahaja berlaku pada waktu puncak, tetapi waktu lain memandangkan cuma  laluan itu sahaja untukmmasuk ke bandar lama Kuala Lipis dan termasuk Bandar Baharu Seberang Jelai.

“Kesesakan itu kerap bermula berdekatan bulatan jalan untuk masuk ke bandar ini sehingga ke pusat bandar dan keadaan semakin kritikal sejak akhir ini ketika waktu puncak dan kegiatan tertentu yang membabitkan lokasi di Dewan Residen, Dataran Residen dan pusat bandar.

“Kesesakan juga berpunca apabila kedudukan dua buah persimpangan lampu trafik berdekatan, iaitu di persimpangan jalan ke Bandar Baharu Seberang Jelai dan bandar lama di sini,” katanya di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Norazizah Abdul Manan, 30, berkata, lampu trafik berdekatan juga wujud di persimpangan masuk ke Hospital Lipis, pusat berbelanja, masjid, stesen keretapi dan hotel di sini.

“Lokasi di sinilah antara punca kesesakan lalu lintas dan terkadang-kadang kenderaan terpaksa berbaris (bumper to bumper) sehingga di hadapan balai polis dan bulatan masuk ke Bandar Baharu Seberang Jelai.

“Kelancaran sistem perhubungan di bandar lama juga kerap terganggu apabila laluan begitu sempit dan keadaan lebih rumit apabila saban waktu kenderaan perdagangan menurunkan barang dan mereka yang tidak bertanggungjawab meletak kenderaan di laluan sehala untuk urusan di bank dan premis berdekatan,” katanya.

Norazizah berkata, adalah diharapkan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri dapat mencari alternatif terbaik untuk menaik taraf laluan baharu termasuk melebarkan jalan masuk dan keluar dari bandar ini agar dapat mengurangkan kesesakan itu.

“Jika tidak ada usaha menaik taraf  laluan di pusat bandar Kuala Lipis, berkemungkinan kesesakan jalan semakin parah pada masa akan datang dan impak ini membantutkan pembangunan sektor perniagaan dan pelancongan di sini,” katanya. SINAR HARIAN



Khamis, 12 September 2013

Inovasi penjual air kelapa


"Bertapa senangnya penjual air kelapa ini mengeluarkan air nyuir, kalau diperhatikan betul-betul macam 'silencer' motor Yamaha 100 sport yang telah di 'modified'.."

Selasa, 10 September 2013

Siapa pemain Harimau Muda bertatoo tu...?

 
Junior Eldstal @Putera Nadher Amarhan Maderner
Junior Eldstal @ Putera Nadher Amarhan Maderner dilahirkan pada 16 September 1991 di Visby , Sweden. Mempunyai ketinggian 1.87 meter, kacukan Sweden dan Sabah yang kini bermain untuk pasukan Sarawak. Memiliki ketinggian dan kelajuan yang jarang sekali dilihat pada pemain tempatan.

"Saya amat gembira berada di sini. saya gementar tetapi saya tahu saya akan membiasakan diri dengan set-up, pemain dan kakitangan kejurulatihan. Mereka telah bertolak ansur, "kata Eldstal.

"Saya sedar hanya faktor masa menentukan kepulangan saya ke Malaysia, tempat asal ibu saya dan di mana saya dilahirkan. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan mewakili negara saya adalah satu penghormatan.

"Saya mahu membuktikan terdapat banyak rakyat Malaysia kacukan di luar sana yang boleh bermain bola sepak. Saya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia boleh bermain bola sepak dan semakin meningkat, "katanya.

Defensive midfielder berusia 19 tahun itu kembali ke Malaysia pada bulan April lalu selepas menghabiskan beberapa tahun di Hartpury College’s Junior Football Academy di England.

Eldstal menyertai kem latihan pasukan kebangsaan selama sebulan. Malaysia tidak mempunyai sebarang perlawanan kompetitif sebelum kelayakan Piala Asia 2015 pada bulan Oktober ini.

Penampilan sulung beliau adalah ketika menggantikan Shakir Ali ketika pasukan negara seri tanpa jaringan dengan pasukan kelab dari Thailand.

Sabtu, 7 September 2013

AddToAny