responsif teks foto

Ahad, 26 Mac 2017

Malaysia guna Undang-Undang 1956



Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata Malaysia masih menggunakan undang-undang am dari England “common law of England”, tapi undang-undang am yang lapuk yang dimaktubkan pada 1956.
“Punya antiknya undang-undang kita,” begitulah kata-kata Tun Dr Ahmad Fairuz. Malaysia, katanya, walaupun sudah melebihi 50 tahun merdeka tapi undang-undangnya masih di bawah tempurung penjajah.
“Sudah sampai masanya kita memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara, tapi juga perundangan antarabangsa. Apakah tidak sesuai dan wajar common law of English ini digantikan dengan mana-mana sistem sekalipun asalkan perundangan itu difikir sesuai oleh mahkamah demi melaksana dan memberi keadilan,” tegas beliau.
Bukan itu sahaja, beliau juga berpendapat bahawa undang-undang bertentangan sumber utama undang-undang Islam – Al-Quran dan Sunnah – juga akan terbatal.
Mengenai RUU355, Tun Dr Ahmad Fairuz berkata beliau tidak nampak sebab kukuh mengapa orang bukan Islam menentang kerana ia tidak melibatkan mereka tapi pada masa yang sama, orang Islam gembira apabila hukuman Islam dilaksanakan ke atas mereka.
“Mengapa bukan Islam pula yang memperjuangkan kesaksamaan di dalam hal ini? Orang Islam tidak menuntut kesaksamaan di dalam hal ini (hukuman syariah) kerana semuanya tahu orang Islam di negara ini terikat dengan dua undang-undang. Sememangnya Akta 355 tidak melibatkan langsung orang bukan Islam. Apa yang bukan Islam perlu risau?” tambah beliau lagi.
Realitinya undang undang adalah bertujuan menyelesaikan pertikaian dan mencegah kesalahan dam jenayah. Andainya kita telah menyedari bahawa undang-undang yang ada gagal mencapai objektif tersebut, apakah wajar kita meneruskan sistem yang gagal itu - sedangkan natijahnya ialah kegagalan?
Di saat gagalnya sistem ciptaan manusia bagi membina masyarakat yang sejahtera, apakah kita tidak boleh memberi ruang dan peluang kepada sistem yang diturunkan oleh Allah untuk kebaikan manusia dilaksanakan?
Malaysia yang berbangga dengan usaha menerajui sistem perbankan Islam, hub halal dan lain kini mampu menerajui perubahan kepada sistem perundangan Islam sebagai model keharmonian dan kejayaan negara.
Kita perlu mengetepikan rasa curiga yang tidak berasas dan melihat kepada fakta dan pandangan ilmiah.
Tidak dinafikan kecurigaan juga timbul daripada tindak-tanduk segelintir orang Islam yang berkuasa hari ini yang tidak memberikan contoh dan keyakinan yang baik kepada model Islam yang sebenar, akan tetapi kajian sejarah keagungan era pemerintahan Islam di seluruh dunia dan kejayaan membina negara dengam pelbagai bangsa dan agama hidup secara harmoni tidak sepatutnya dilupakan.
Sejarah pertembungan Islam dan Barat dan dendam yang tidak padam terhadap Islam menyebabkan Barat sentiasa mengada-adakan ketakutan dunia kepada Islam, sehingga sanggup mewujudkan dan membiayai kumpulan pelampau di atas nama Islam.
Ketakutan dunia kepada Islam yang ditaja oleh Barat menyebabkan tiadanya usaha untuk memberi peluang kepada apa-apa sistem Islam untuk dilaksanakan. Segala usaha untuk memperkenalkan sistem Islam sentiasa dicurigai dan dicop sebagai gerakan Islamisasi yang perlu diperangi setiap masa.
Namun apakah faedah daripada usaha ini?
Hari ini, dunia bertambah kacau, peperangan dan pembunuhan bertambah ganas dan kekacauan bukan sahaja berlaku di negara umat Islam, sebaliknya keganasan juga mulai tular di kalangan masyarakat bukan Islam di Barat. Apakah semua petaka ini perlu diletakkan bebanannya ke atas bahu Islam?
Islam ialah agama yang menjunjung keamanan. Kini sampailah masa para cendekiawan dari pelbagai bidang dan agama untuk duduk bersama membincang, mencari jalan dengan penuh jiwa besar meneliti sistem Islam samada dalam ekonomi, politik, perundangan dan lainnya sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang melanda negara kini.

Sabtu, 25 Mac 2017

Gula Kabung


Menarik di Lipis kali ni berkongsi cara pembuatan gula kabung di Kampung Peruang, Benta, Kuala Lipis.
Gula kabung bukan sahaja digunakan untuk menyedapkan masakan kuih-muih malahan sering dijadikan buah tangan atau cenderamata kepada pembesar pada majlis tertentu di daerah Lipis.

Kalau nak rasa mahupun dapatkan gula kabung ni bolehlah datang ke Kampung Peruang. Selain itu gula kabung ini turut dijual sekitar Pekan Benta, Kuala Lipis, Raub dan Jerantut. Harganya pula sekitar RM 6.00 hingga menjejah RM 9.00 sebuku. Permintaannya pula di musim puasa biasanya meningkat berapa kali ganda dari hari biasa. Pusat Khidmat Dun Benta, PiIm Kg Sama PiIm Kg
Budu.  Majalah 3 Gula Kabung


 .

Sabtu, 4 Mac 2017

King Ghaz yang di pinggirkan


Tun Dr Mohd Ghazali Shafie
oleh : Zaharin Mohd Yasin 

Berita pulang menemui tuhannya Tun Dr Mohd Ghazali Shafie atau lebih dikenali dengan nama King  Ghaz pada 24 Januari 2010 di rumahnya di Damansara Kuala Lumpur.

Saya merasa bertuah, bukan sahaja dapat berkerja dengannya walau pun hanya sekadar budak pejabat semasa allahyarham menjadi Menteri Penerangan dan kemudian bila saya terlibat dalam UMNO menjadi rakan didalam perjuangan UMNO. Dari seorang boss kepada seorang pemimpin yang sangat saya hormati sehingga bertukar saperti sebagai adik dengan seorang abang yang banyak dan suka memberikan saya perangsang kedalam politik. Saperti Allahyarham Mohamad Rahmat, King Ghaz adalah juga guru politik saya.

King Ghaz adalah sebutan orang terhadapnya tetapi dikalangan masyarakat politik hanya memanggil beliau sebagai Tan Sri sahaja. Bagaimana pun beliau lebih akrab dipanggil abang dikalangan kawan-kawannya yang lebih muda, ini disebabkan beliau sendiri akan membahasakan diri beliau ‘abang’ jika bercakap dengan orang yang lebih muda darinya.

Semasa di New Delhi minggu lepas, bersama seorang pegawai kedutaan tanpa di tanya saya memberi tahunya bahawa sebelum seorang duta di lantik di India, Tan Sri Ghazali Shafie orang yang pertama menjadi Setiausaha Pertama dan bertindak sebagai Duta. Dan mengikut kisah pegawai itu, bahawa dahulunya kawasan kedutaan yang diberikan oleh kerajaan India terlalu luas tetapi kerana kesilapan dan terlepas pandang beberapa tanah yang tidak di failkan oleh kedutaan telah di ambil semula oleh Kerajaan India.

King Ghaz hanya dikenali nilainya oleh Tun Razak Hussein bukan kerana dia orang Pahang dan kawan semasa kecilnya. Tetapi memang dia ada kebolehan dalam apa sahaja tugas yang diberikan kepadanya. Malangnya King Ghaz kerana Tun Razak Hussein meninggal dunia dan Tun Hussein Onn meletekan jawatan. masa depan politik tidak secerah mana. Akhirnya di pinggirkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah saat kematiannya.

Jika di lihat urutan anugerah Tun yang diberikan kepadanya, beliau adalah yang terakhir dalam senarai sewajar diberikan anugerah yang tertinggi itu lebih awal dari semua orang yang pernah berkhidmat dalam pasca kemerdekaan dan Malaysia, beliau menerima anugerah Tun pada tahun 2005, itu pun dizaman Abdulah Hj Ahmad Perdana Menterinya malah pegawai bawahannya yang bernama Hanif Omar menerima gelaran Tun pada tahun 1993 dan juga Khalil Yaakob pada tahun 2004.

Walau pun Dr Mahathir Mohamad di anggap sebagai negarawan tetapi dia tidak terlepas dari perangai berbalas dendam pada siapa yang di tandanya sebagai musuhnya dan tidak persefahaman dengan fikirannya. Itu satu perangai yang kurang baik Dr Mahathir Mohamad yang disanjung setengah orang tetapi tidak mengetahui sebalik nilai buruknya.

Kesalahan tidaklah besar sangat tetapi jika mengikut kata King Ghaz bahawa dia mempunyai cukup alasan untuk menangkap Sidek Ghause yang masa itu Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir Mohamed di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tujuan murni demi keselamatan Negara dan Dr Mahathir Mohamad sendiri tetapi disalah tafsirkan oleh Dr Mahathir Mohamad yang kebetulan akan memegang jawatan Perdana Menteri satelah Dato Hussein Onn meletakan jawatan.

Akhirnya King Ghaz dikeluarkan dari Kementerian Dalam Negeri dan pindah ke Kementerian Luar dan dibesarakan pada tahun 1985. Dan semenjak bersara beliau tidak pernah diberi peluang apa-apa jawatan yang sesuai dari segi pengalaman dan kepakaran malah Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan memperlinya bila melantik Musa Hitam sebagai wakil khas Malaysia di Pertubohan Bangsa-bangsa Bersatu.
 
Tun Dr Mohd Ghazali Shafie
Ghaz di zaman puncak selaku Menteri Dalam Negeri, mengurangkan lagi seorang lagi putera bangsa pasca kemerdekaan tanah air yang boleh menceritakan denyut nadi perjuangan kemerdekaan.
Sumbangan

Sumbangan King Ghaz terlalu besar didalam pembentukan negera ini. Pengalaman mentadbir dalam masa krisis bukan semua orang menikmatinya, dia bukan Dr Mahathir Mohemad yang membuat krisis untuk tujuan mencari krisis baru bagi melupakan krisis lama. Krisis dizaman King Ghaz adalah krisis diluar jangkaan, zaman konfrontasi, peristiwa 13Mei, kebangkitan PKM, Komunis dalam UMNO dan lain-lain lagi.

King Ghaz akan tetap dikenang sebagai putera bangsa yang berjasa besar. Beliau meletakan namanya sebagai seorang negarawan bukan kerana dia seorang Menteri tetapi seorang rakyat biasa. Dari perkara kecil hanya menukar nama “Majulah sukan kerana sukan” kepada “Majulah sukan untuk negara” adalah ciptaanya yang dilupakan dan tidak digunakan lagi. Hinggalah perkara besar saperti Rukun Negara dan Rukun Tetangga.


Waktu rakyat belum menemui dan mengenal apa itu internet dan rakyat memerlukan penerangan atau informasi, beliaulah yang mengadakan Biro Penerangan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Malah didalam Pasukan Polis bukan sedikit jasanya mengembangkan logistik Polis, dari kereta peronda jenis Alfa sampailah wujudnya unit udara, itu dizamannya permodenan polis bermula.

Betapa pun dia dilupakan dan dipinggirkan oleh Dr Mahathir Mohamad dalam masa dia sehat tetapi secara senyap, banyak juga negara lain menggunakan kepakaran dalam bidangnya. Malah satu perkara yang agaknya tidak banyak diketahui orang bahawa saya pernah bertanya dengannya. Abang tak tulis buku memoir fasal abang? Jawabpan kepada saya terlalu mudah. “Ada zaharin tetapi tak boleh diterbitkan waktu abang hidup kerana nanti orang yang berkenaan akan menjawab dan akhirnya kita bermusuhan. Biarlah buku itu terbit satelah abang meninggal dunia, dan jika dia menjawab, abang tak kisah kerana abang sudah mati”.

Sikit sebanyak saya tahu.. apa yang dia tulis kerana dia pernah bercerita beberapa hal kepada saya. Dia tidak saperti Tok Mat terpaksa memuntahkan perasaan kerana tidak tahan disebabkan masalahan dalam UMNO dan apa yang Dr Mahathir Mohamad lakukan kepadanya tetapi King Ghaz dia adalah seorang yang berlatarkan diplomat.. seorang diplomat yang baik. tidak akan memulakan perang.

Sang Kelembai: Abang (itu panggilan saya kepadanya) bersemadi rohmu di alam baqa sehingga di bangunkan semula. Tugas untuk rakyat dan negera telah abang lakukan, semoga dia menjadi pahala yang dikirakan Allah dalam kebajikan kepada negara ini..


Mandi tolak bala kot, selepas jatuh dari kapal terbang
 di Janda Baik Bentong

Seorang anak bangsa Melayu yang tergolong antara mereka yang benar-benar pintar, insan yang berjasa besar kepada bangsa dan negara serta agama, insan yang begitu tegas dan penuh beramanah, insan yang begitu membenci amalan rasuah, salahguna kuasa dan kedudukan dan yang mengutamakan kerja dengan penuh dedikasi, itulah  Ghazali Shafie. Al-fatihah

AddToAny