Masa zaman mudanya dulu..yakni zaman pemerintahan sang idolanya Mahathir Mohamad..setiap jam 4 pagi sudah bangun dari tidur untuk bantu ibunya buat kuih..selepas itu dia terpaksa kayuh basikal keliling kg..terpaksa naik turun tangga kuarters..hanya untuk menjaja kuih muih. Sedangkan ketika itu bapanya adalah seorang anggota Polis berpangkat Koperal.
Barangkali Siti terlupa untuk bertanya kepada arwah ayahnya tentang berapakah gaji seorang Koperal Polis ketika zaman pemerintahan Mahathir idolanya itu hingga memaksa beliau terpaksa membantu ibunya menjual kuih? Tapi masih belum terlambat untuk Siti bertanya kepada ibunya..adakah ketika itu orang2 miskin yg berpendapatan RM3000 ke bawah diberi bantuan wang tunai dari Pemerintah?
Mungkin Siti akan bagitau yg ketika zaman dia membantu ibunya menjual kuih..waktu itu belum ada GST..tetapi Siti mungkin taktau yg jika GST dilaksanakan di zaman mudanya dulu..bahan2 untuk membuat kuih seperti tepung gandum,gula,garam,minyak masak,telur dan gas memasak dikecualikan dari GST. Jadi ibunya tidak akan menanggung sebarang kenaikan kos kerana GST.
Ketika Siti menang pertandingan Bintang HMI di TV1..ketika itu Siti terpaksa berulang alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur hanya dengan menaiki bas. Kenapa naik bas? Kenapa tak naik kereta? Jawapannya..walaupun zaman idolanya Mahathir memerintah harga barangan masih murah tapi rakyat tak mampu untuk membeli kereta gaji mereka bukannya tinggi seperti gaji di zaman DS Najib memerintah.
Sekarang ini..Siti sudah kaya..bukan sekadar kaya tapi sudah jutawan. Ditambah pula dapat suami yg juga jutawan. Hidup mewah melimpah ruah. Nampaknya kehidupan Siti daripada terpaksa bangun jam 4 pagi untuk buat kuih lepas itu makin lama semakin senang dan semakin kaya. Bukannya semakin susah atau miskin. Jadi di manakah salah DS Najib sebagai pemerintah hingga sanggup Siti gelar sebagai pemerintah yg zalim yg mesti didoakan agar tumbang?
Adakah DS Najib menzalimi anggota Polis apabila gaji mereka hari ini lebih tinggi berkali ganda dari zaman Mahathir ketika arwah ayah Siti berkhidmat dulu? Adakah kekayaan dan kemewahan Siti pada hari ini berkat dari pemerintahan Mahathir saja? Adakah PM - PM selepas Mahathir telah mengakibatkan Siti jadi muflis hingga Siti benci dan gelar sebagai pemerintah yg zalim?
Yang Ikhlas
Mantan Boipren Siti masa darjah 4 Kenanga
Dari fb~ Samsul Arza~
Credit Sahabat Fb
1 ulasan:
Mungkin kita juga lupa bahawa zaman najib gst cukai yang zalim ...harga barang naik dan tidak menentu..kos makan minum di kuaa lipis pon ibarat di kuantan ..apatah lagi ingin ditambah dengan cukai pelancongan pada 1 julai ini..mungkin kita juga lupa yang sekarang masih ada orang orang lipis mengunakan bas dan keretaapi ,jika tidak masakan pengankutan itu masih berjalan di bandar lipis ..bkn salahkan pengankutan ..kerana semua itu adalah pilihan pengguna berdasarkan kemampuan yang semakin hari semakin ditekan ..mungkin juga kita lupa dengan aktiviti yang sedang rancak berjalan di kelong lipis..mungkin kah ..mungkin kah.n
Catat Ulasan