Anda tahu apa 'rehearsal' terbesar yang telah dan sedang
dijalankan dalam menjadikan kempen PRU14 akan datang sebagai konspirasi paling
licik dalam sejarah menjatuhkan kerajaan?
Pastinya serangan kartel dan taiko yang menguasai
pengedaran barangan pengguna terutama beras, minyak masak, ikan, gula, gas dan
barangan basah.
Anda tahu apa yang akan membunuh prestasi kerajaan yang
bertungkus-lumus memulihkan ekonomi negara?
Pastinya, ketika semua angka pencapaian terbaik ekonomi
mutakhir yang menjadi petunjuk prestasi ekonomi negara, dimusnahkan oleh
kemarahan awam berikutan kenaikan harga barangan yang mendadak ketika kempen
PRU14 bermula.
Serangan dahsyat bagi membunuh semua hujah prestasi
ekonomi yang diajukan kerajaan. Serangan kenaikan harga barangan keperluan akan
juga akan memusnahkah hujah-hujah berasaskan angka prestasi ekonomi yang bakal
dibentangkan.
Apa ertinya pencapaian pertumbuhan ekonomi negara 2017
yang dibentangkan kalau pun berjaya mencapai kadar antara 5.2 hingga mencecah
5.7 peratus?
Apa ertinya, kalau pun kedudukan ringgit berjaya melepasi
paras piskologi di bawah paras RM3.80 berbanding USD1?
Apa relevan indek BSKL sekali pun untuk pertama kali
dalam sejarah mampu melangkahi paras 1,900 mata?
Semua angka-angka ekonomi ini tidak akan bermakna lagi.
Apa ertinya angka, kalau pada detik kempen PRU14, harga ikan kembong di pasar
mencapai RM20 sekilo?
Rakyat akan menolak semua angka ekonomi yang baik, kalau
minyak masak melambung tinggi. Pengguna akan penasaran mendengar segala hujah
positif mengenai prestasi ekonomi, ketika harga ayam sudah melepasi RM12
sekilo.
Ingat! Ini senjata konspirasi pemborong untuk menjatuhkan
kerajaan pada 30 hari terakhir, bermula setelah Parlimen dibubarkan dan detik
genting kempen bermula. Isu harga barang akan menjadi senjata konspirasi jahat
ini bagi menjahanamkan kerajaan.
Ini sebenarnya senjata sulit paling berkesan pada PRU14.
Terutama apabila konspirasi jahat ini menjadikan kos sara hidup sampai ke
puncak kemarahan rakyat hingga ke hari terakhir berkempen sebelum rakyat
membuang undi.
Isu utama bukan lagi 1MDB! Isu utama bukan lagi harga
minyak petrol mahu pun diesel. Isu ekonomi bukan lagi soal pelaburan lebih
RM100 bilion dari China yang dianggap menjual negara.
Malah, pada detik akhir kempen, isu penentu undi rakyat
bukan lagi soal harga rumah, tambang pengangkutan awam atau yuran pendidikan
tinggi.
Isu yang akan menjatuhkan kerajaan ialah harga barangan.
Kartel pro pembangkang telah menguji serangan ini secara berkesan sejak lebih
setahun lalu.
Harga ikan kembong telah melambung dan melepasi paras
munasabah sejak sekian lama tanpa pernah menunjukkan tanda-tanda akan kembali
ke harga antara RM8 ke RM10 sekilo.
Bekalan minyak masak pernah berkurangan dengan teruk di
pasaran secra drastik tanpa sebarang sebab yang munasabah. Gula pernah menyusut
di rak jualan hingga rakyat panik.
Percayalah, perang terbesar yang bakal dilacarkan kartel
pro pembangkang dalam menjatuhkan kerajaan ialah dengan menahan dan
mengurangkan bekalan barangan harian pada minggu pertama sebaik saja parlimen
dibubarkan.
Ketika rakyat mengeluh, dan fitnah mula dilancarkan
dengan menuduh kerajaan yang sedia ada gagal menangani isu harga barang, api
kemarahan rakyat akan mula dibakar.
Kemelut harga barang akan mendominasi mood berkempen, dan
akan menyebabkan semua kempen mengenai angka prestasi ekonomi negara selama ini
akan dianggap tidak relevan.
Tahukah anda, isu kos sara hidup yang sedang diperkatakan
sekarang hanyalah senjata iklan peringkat pertama. Serangan sebenar isu kos
sara hidup hanya akan mencapai puncaknya ialah apabila pemborong berkonspirasi
dengan pembangkang untuk menjadikan hari pembuangan undi sebagai hari protes
besar-besaran mengenai isu kos sara hidup.
Seorang yang rapat dengan rangkaian kedai harga murah
milik agensi kerajaan memberitahu, terdapat pemborong yang memaklumkan, harga
setin susu pekat manis boleh diturunkan secara diskaun sebanyak 5 sen pada
Februari tahun ini.
Namun, tiap tin susu pekat manisa dijangka mengalami
lonjakkan harga antara 20 hingga 50 sen pada April sekiranya Parlimen
dibubarkan?
Pasti tiada bukti solid boleh dikemukakan sebagai hujah
mengenai isu rancangan menaikkan harga barang. Namun, ia bukan sesuatu yang di
luar jangkaan.
Cuma, jentera kerajaan dan pegawai yang menjalankan
tanggungjawab mengawal harga barangan keperluan harian, jangan sesekali
mengabaikan amaran mengenai teori konspirasi ini.
Jangan sesekali berkata: “Kita sebenarnya tidak
berhadapan dengan sebarang isu mengenai kos sara hidup!”
Ingat! Penafian mengenai isu kos sara hidup ini diungkap
sendiri oleh seorang pegawai tertinggi agensi kerajaan yang diamanahkan
mengendalikan rangkaian kedai rakyat harga murah! Ini pandangan yang
diungkapkan pada minggu lalu!
Banyak malapetaka akan menimpa undi kerajaan sekiranya
ketua-ketua agensi berkaitan tanggung jawab menangani isu kos sara hidup terus
bersikap denial begini!
Ketika konspirasi pemborong mula menunjukkan sentimen pro
pembangkang, dan ketua-ketua agensi kelihatan seperti mabuk ketum, jangan
sesekali menyimpan harapan, bahawa: “Angka-angka ekonomi yang baik bakal
menjadi senjata memenangi hati pengundi!”
Realitinya, sejak setahun ini, sudah boleh dihidu bahawa
wujud konspirasi yang berkuasa melonjakkan harga barang di pasaran tanpa dapat
dikawal kerajaan.
Ini realiti!
Percayalah. Serangan awal sejak lebih setahun lalu,
hanyalah rehearsal. Serangan hebat yang berskala besar hanya akan bermula
sebaik saja parlimen dibubarkan!
Konspirator sudah menyerang secara halus dan mereka yakin
pasaran pengguna boleh menjadi medan utama menjatuhkan kerajaan.
Jadi berwaspadalah! Bom terbesar hanya akan diledakkan
menjelang detik akhir hari pengundian!
Sumber: Mynewshub
1 ulasan:
kena tunduk teori rahman , semua ikut rancangan
Catat Ulasan