Akibat termakan hasut, Inilah sejarah lenyapnya
Kesultanan Melayu di Indonesia.
Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang
Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga
Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung
menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di
beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari
keturunan pendatang luar.
Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan
suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai parti politik dan juga
membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti komunis Indonesia.
Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan
Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang
melaungkan ‘Ketuanan Rakyat’ yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama
berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur
kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka
terdahulu.
Sultan Langkat 1893-1927 |
Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan
untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih
pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan
risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan
‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa
Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan Belanda dimainkan kononnya
pihak istana memeras dan menindas rakyat.
Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang
dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan dengan 7 buah kereta ,
bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah
menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada
22 Mac 1946.
3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang
ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis
kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan
pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan
oleh rakyat Indonesia.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara
besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka,
ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh
orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah,
Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa yang
digelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang,
kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan
Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.
Sultan Deli 1858-1873 |
Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari
kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.
Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan
di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat
ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan
Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan
Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan
mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke
mana.
Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama
Marwan dan pengikut-pengikutnya.
Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan
mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan
Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang
tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh
kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari,
140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan
dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.
Sultan Ashan 1888-1915 |
Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman
ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka.
Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu
dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau
diterima dipejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan
karena takut dicaci sebagai kerabat raja.
Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965,
terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan
Jenerel Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak
pro-komunis Indonesia menerima nasib yang sama dianggap sebagai balasan kepada
apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.
Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh
oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di
Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di Sumatera Timur
dengan membunuh para Sultan dan kerabat
diraja serta merompak istana-istana, ditangkap dan di bunuh oleh tentera dan
juga rakyat.
Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada
tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi
oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jeneral Ahmad Tahir, telah
mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk
payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .
Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang
hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan
sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha
menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa
bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.
Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali
keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya
pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan
mudah.
Tengku Amir Hamzah, Pahlawan ulung wafat setelah dipenggal kepala di Kuala Kegumit. Beliau tidak lari saat nak dibunuh , beliau
berkata ” lari dari binjai patik pantang,Patik ialah keturunan Panglima, kalah di gelanggang sudah biasa”.
Baca sejarah jatuh nya raja raja melayu di indonesia. Jangan biarkan sejarah disana terjadi disini.
Sumber: ipohmalay
6 ulasan:
Kaji dan perhaluskan lagi peristiwa Istana Melayu dimusnahkan pada zaman PKI 1946 ini. Kaji juga dokumen berbahasa Inggeris. Dokumen melayu kebanyakannnya hanya sehala sahaja.
Sebagaimana Perang Dunia ke 2 itu, merupakan satu perancangan yang memakan masa lebih 30 tahun sebelum ianya dilancar dan dijadikan realiti.
Begitu juga dengan kemusnahan kerajaan Melayu Indonesia. Segalanya di rancang dengan cekap dan terurus. Pastinya, talibarut Melayu itu...wajib wujud!
Dasar bangsa jawa musuh utama orang melayu .. hanya tau menyalahkan org lain
semua kesultanan yang berada di Nusantara dulu adalah keturunan Melayu
Semua itu adalah angkara sang Jawa keparat bernama soekarno
assalamualaikum, tuan... boleh tak tulisan tuan ini saya post kan di facebok saya?
Boleh..."
Catat Ulasan