responsif teks foto

Ahad, 9 Disember 2018

Tanah FELDA Akta GSA, 1960

Apa yang anda tahu tentang Akta GSA, 1960?
Lazimnya pihak pentadbir Felda di tanah-tanah rancangan menggunakan Akta GSA, kononnya bagi menghalang peneroka melaksanakan sebarang aktiviti yang tidak digemari agensi tersebut. Tatkala peneroka bertindak sesuatu, Akta GSA biasanya dijadikan alasan untuk mengugut atau menekan peneroka. Apakah mereka faham apa itu Akta GSA?

Di bawah ini diperturunkan definisi dan intipati akta tersebut (yang amat perlu difahami oleh semua peneroka) sebagaimana yang dipetik daripada kertas kerja peguam Wan Rohimi Wan Daud bertajuk: ‘Menongkah cabaran, mendepani zaman: Maruah Peneroka perlu dikembalikan’.

• 1960: Tun Razak mencadangkan GSA untuk panduan kerajaan negeri membangunkan sosio-ekonomi rakyat melalui pembangunan tanah.
Geran tanah FELDA pemilikan tak sempurna

• Tanah akan dibahagikan kepada rakyat untuk membasmi kemiskinan dan membangunkan negara.

• Peserta/ peneroka dibenarkan membayar kos pembangunan tanah secara beransur-ansur tanpa menjejaskan hak mendapatkan geran hak milik.

• Felda dilantik sebagai agensi pengelola rancangan sehingga peneroka mendapat hak milik tanah (geran).

• Kerajaan negeri masih mempunyai hak terhadap tanah malah menurut GSA pelantikan pengurus Felda mesti mendapat izin daripada kerajaan negeri.

• Felda juga disyaratkan mesti mendapatkan kelulusan kerajaan negeri sebelum boleh menggubal sebarang dasar/polisi undang-undang kecil berkaitan penyeliaan ladang dan peneroka.

• Namun Felda telah menggubal banyak peraturan perjanjian yang menindas peneroka.

• GSA tidak membenarkan Felda memiliki tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri kerana Felda hanya dilantik sebagai pengurus dan pemberian tanah adalah untuk mewujudkan kawasan penempatan berkelompok yang didiami oleh peneroka atau secara pemilikan saham koperasi.

• Sebaliknya Felda telah mengambil tanah tersebut untuk diusahakan sendiri dengan menubuhkan Felda Plantation Sdn. Bhd. Tindakan itu menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan ramai rakyat hilang hak sebagai peneroka.

• Di bawah Akta GSA, hanya pentadbir tanah yang berhak memutuskan sama ada peneroka boleh dikeluarkan dari tanah rancangan tertakluk kepada bukti nyata pelanggaran Akta GSA atau menduduki tanah rancangan secara haram, sehingga dia mendapat hak milik. Sekiranya peneroka telah mendapat hak milik, maka dia tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965 sama seperti tanah lain.

• Peneroka berhak mendapat geran atau hak milik tanah setelah menyelesaikan CAC. CAC ialah bayaran premium, upah ukur dan batu sempadan. Tindakan Felda melewat-lewatkan pemberian geran walaupun setelah peneroka melangsaikan hutang bayaran kembali adalah bertentangan dengan GSA. Malah GSA membenarkan pemberian hak milik kepada peneroka walaupun hutang Bayaran Kembali belum langsai.

“Felda hanyalah pengurus sementara sehingga peneroka mampu berdikari dan mendapat hak milik mereka. Felda tidak berhak menekan dan mengaut keuntungan daripada peneroka selama-lamanya” – Wan Rohimi

Tiada ulasan:

AddToAny