responsif teks foto

Sabtu, 29 Jun 2019

Bas Terbalik

Dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik. 
Pemandu bas ekspres parah apabila bas dipandunya terbabas sebelum terbalik di Jalan Chegar Perah, dekat Kuala Lipis, hari ini. Lima penumpang bas ekspres itu cedera manakala 18 yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian 6 petang itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lipis menghala ke Gua Musang, Kelantan. Katanya, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan mengenai kemalangan itu.

“Sebaik tiba, pegawai dan anggota kami melakukan kerja menyelamatkan mangsa dengan mengeluarkan mereka dari bas ekspres itu.

“Berdasarkan maklumat awal, bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Merapoh, dekat sini, bagi mendapatkan rawatan susulan manakala pemandu bas yang parah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata, orang awam turut membantu menghantar mangsa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, maklumat lengkap mengenai identiti semua mangsa masih belum diperoleh pihaknya dan kes itu sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - metro

Tiada ulasan:

AddToAny