responsif teks foto

Sabtu, 1 Jun 2019

Ingatan Kenangan Abadi

Pada pertengahan tahun ini, kita dikejutkan dengan pemergian individu-individu ternama yang meninggalkan kita semua, mereka adalah adalah insan-insan hebat yang banyak berjasa pada masyarakat, bangsa dan Negara, Daripada Sultan, Pemimpin Politik, Ulamak, Usahawan terkenal, Professor , Artist, Ahli Sukan, Aktivis Masyarakat hingga kepada Ketua Kampung(tok 4). “Harimau Mati meninggalkan Belang, Manusia mati Meninggalkan Jasa”.

Insan-insan tersebut adalah seperti berikut:

Mior Ahmat Zaudi. 66 Pelakon Mior Ahmat Zaudi berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 pagi Selasa 1 Jan 2019 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat masalah jantung dan pendarahan dalam otak

Zailaludin bin Zainol .55
YH Dato’ Zailaludin bin Zainol 55 , Setiausaha UMNO Bahagian Cameron Highlands telah kembali ke rahmatulah tengahari ini pada 26 Feb 2019 di Hospital Kajang disebabkan serangan jantung. Beliau merupakan Pegawai Khas MB Pahang. 1964 - 2019

Wafa Abdul Kadir, 53 Pelakon popular 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 53, meninggal dunia awal pagi jam 1.10, 17 Mac 2019 di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor kerana penyakit kanser peritoneal.

Tengku Puan Zanariah 79 Bonda tiri Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat pada jam 8.10 pagi Isnin 18 Mac 2019 pada usia 79 tahun.


Al Fatihah

Mohd Rafi bin Abdullah. 55
Arwah dilahirkan pada 01 Ogos 1964 merupakan Ketua Kampung (Tok 4) Sungai Koyan 1, telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah beliau di No 143 Felda Sungai Koyan 1 pada 29 April 2019 jam 7.00 pagi,

Datuk Seri Abu Hassan Din. 73
Hari ini 1 Mei 2019 kita dikejutkan dengan pemergian pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz, Arwah meninggal dunia di rumahnya apabila rebah selapas selesai menunaikan solat subuh..

Anuar Abu Bakar, 48
Lagenda bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam (HSA), 9 malam tadi 6 Mei 2019.

SM Mohamed Idris. 93
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang sebentar tadi jam 4.45 petang 17 Mei 2019.

Al Fatihah

Faziani Rohban Ahmad, 40 Usahawan kosmetik, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada 11.00 pagi Sabtu 18 Mei 2019.

Sultan Ahmad Shah mangkat. 89 Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada jam 8.50 , 22 Mei 2019.

Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. 82
Tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini. Beliau berusia 82 tahun meninggal dunia pada 25 Mei 2019 pukul 10.13 pagi…RIP.

Datuk Dahlan Zainuddin, 78
Penyanyi popular era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada 28 Mei 2019 jam 9.48 petang.

Al Fatihah pada yang beragama Islam
Pada yang beragama Islam kita doakan mereka ditempatkan bersama-sama orang yang imam…Amin…”. Kata Imam al-Ghazali, "Yang singkat itu waktu, yang menipu itu dunia, yang dekat itu adalah kematian, yang besar itu adalah hawa nafsu, yang berat itu amanah, yang sulit itu adalah ikhlas, yang mudah itu adalah berbuat dosa, yang susah itu adalah bersabar, yang sering dilupa adalah bersyukur…"

Tinggal Kenangan

Tiada ulasan:

AddToAny